Salam...

Aduhaiii... turut tersayat hati bila baca berita Harian Metro hari ni. Kisah Bayi mati tercekik makan bubur.  Bukan ke baru-baru ni dah ada kes bayi mati tercekik minum susu yang di tinggalkan dalam buat.. ni makan bubur pun masuk dalam botol lepas tu tinggal baby makan sorang-sorang jugak..? lansung tak jadi pengajarann....??? Kalau kes macam ni apa tindakan ibu bapa bayi ni..? boleh sabit 'cuai' kah..?

Laporan : Harian Metro

PUCHONG: Rasa rindu seorang ibu untuk melihat bayi perempuannya yang ditinggalkan bersama pengasuh berhampiran rumahnya di Taman Putra Perdana di sini, bertukar pilu, apabila dimaklumkan bayinya itu meninggal dunia akibat tercekik bubur nasi.

Ketika menerima berita kejadian menyayat hati itu, dia masih dalam perjalanan pulang untuk mengambil anak bongsunya itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Selasa lalu, ibu berkenaan, Nor Jam’atul Mohd Nordin, 31, pulang awal ke rumah untuk mengambil anak bongsunya, Nur Shazwani Izni Mazlan berusia lima bulan kerana berasa terlalu rindu untuk memeluk dan menciumnya.


Menurutnya, pada kebiasaannya, dia pulang kira-kira jam 7.40 malam, namun pada hari kematian anaknya, dia mengambil keputusan untuk pulang awal kerana perasaan rindu terhadap anaknya itu terlalu kuat.

“Saya tidak menyangka perasaan rindu kepada anak bongsu pada hari kejadian terpaksa saya tanggung buat selama-lamanya apabila dia kini sudah tiada.

“Lebih menyedihkan saya tidak dapat bersama ketika saat akhirnya, malah tidak menyangka anak saya maut akibat makanan yang diberikan,” katanya.

3 sweet comments:

Mama Zharfan said...

sedihnya :(
siyes cuai baby sitter tu--patut didakwa

eelobor said...

masa baca berita nie kat berita itu ari pun terasa sedih sangat. salam takziah kepada keluarga arwah...

*∽ IZAN ∽* said...

Re Mama Zharfan :
tu lahh.. bleh dakwa .. camne leh baby makan bubur sediri..?

Re Eelobor :
sedih tuu.. penat ngandung 9 bulan, pantang 2 bulann.. sian si ibu rindu sampai ke sudahh......