Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts
Assalamualaikum...

Hari raya korban tahun ni jatuh pada minggu cuti sekolah. Sama minggu pulak dengan cuti hari Malaysia kan.. mesti ramai yang ambik peluang ambik cuti seminggu balik kampung.
Actually la ni aku dah support Japan Calendar so Cuti2 Malaysia ni tak de effect sangat pada aku.. kalau aku nak ada rasa effect makanya aku kena apply cuti la dengan erti kata lain. Seb baik start tahun ni cuti tahunan dah bertambah sejajar dengan lamanya tempoh aku berkhidmat dgn En Kompeni ecececece....

Last minute jugak dapat cuti raya haji ni. Nyaris2 aku kerja sebenarnya.. so last minute jugak decide balik Johor (HoooOooRayyYyyyYyy!)

So menu raya kali ni cam biasa laa... lodeh, sambal udang, ada serunding plus makan dengan lepat.
Rajin mak aku buatkan lepatt..sayangg emakk muahh muahhhhhhhh!!! Raya haji kami ni tak de la meriah mana... masak2.. tukar2 lauk dgn jiran.. makan lauk raya pagi raya... orang lelaki gi solat sunat raya.. ziarah kubur arwah Abah... cam tu je lah.


Actually disebabkan aku balik kampung last minute... last minute jugak decide booking hotel nak bawak mak dgn budak2 sekali berjalan sementelah cuti sekolah. Yang bestnya kami pi check in hari raya tu! ahahhahaah . Buang tebiat btolll ekkekek.
So lepas zuhur kami bertolak ke Desaru .. since lauk raya banyak lagi so kami tapau la sekali.
Check time kul 3 ptg. Mujur kami sampai bilik pun dah ready.
Sebelum keluar rumah.. posingg dulu dehhh





Ahaaa.. tak jauh pun perginyer. LOTUS DESARU. Punya lah dekat ngan umah mak.. tak sampai setengah jam pun kome oiii! hhhahhahah. Dah berbelas tahun kot siap resort ni.. tahun ni baru buang tebiat nak gi.. sebab dekat sangat kot.. segannnnnnn!! ahahahha


OK sampai2 terus check in. BESAR GILER HOTEL ni okeh!! 
Dari bilik hotel nak ke Lobby utama kena naik trump dia tuuuu.. kalau menapak mmg letih gak le.
Lagipun mak pun tak berapa kuat sangat lutut nak jalan jauh...
Cakap pasal emak.. aku ni kan kalau la mak kuat macam dulu mmg 
nak je ajak gi Vietnam ke shopping2.. bawak jalan gi pulau2 ke tenang2kan
fikiran dan minda.... tapi Mak dah tak sekuat dulu dahh..
so cari tempat dekat2 je lah biar travel tak penat. Yang penting
bertukar angin sekali sekalerrr..



Tara .. gambar raya dari bilik hotel tahun ni! ekkekekeek
Aku ambil apartment 2 bilik. Luas sket kan sekali dengan dapur dan meja makan.
Ada sofa budak2 bleh la bergolek tidur depan TV je malam2.


Sampai2 dah tak sabar2 dah semua nak terjun kolam.
Dalam pool view pulakkkkk. very the nice view uoollsss



Tu dia view pool dari balkoni bilik.




Budak2 dah terjun kolamm ngan paknyer..
kami melepak kat bilik je ambik angin.
Masa booking aku request kalau ada lift mintak bilik atas sekali..
kalau tak de lift mintak bawah sekali ekekkeke


Mak ngan Mak long lepak2 sambil ngeteh kat balkoni nu






Lauk pauk yang dibawa. Ketupat rendang siap!



Balik2 mandi pekena lontong.. saiko weh!




Petang tu jenuh pujuk mak gi spa.. gi urut2 ke kann.. jenuh la pujuk bab2 ni..
semua dia jual mahalll tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.. jenuh paksa!
Macam2 aku kelentong.. dah booking la.. dah bayar laa. .tak boleh tukar nama laaa
mak suh aku je la pegi.. aku kata aku mmg bebila bleh pergi .. ni nak suh dia pergi
sekali sekala manjakan diri kannn.. lastttt minute tu akhirnya baru mak nak tauuuu!
terus tak tanya 2 kali dahh.. jommmmmmmmmmmmm!!!


 Tu dia.. Lotus Suria SPA


 gitu gini lebih kurangg.. confirm bilik and treatment


VVIP nak masuk bilik beradu versi lena diulit intan



Tu dia dalam bilik SPA

Aku ambikkan tradisional SPA... so aku tinggal lah Mak Long temankan Mak di ulit2 dek tukang uruttt. Aku lak gi ke pool tengok budak2 dgn Abang....
sampai petang gak lerrrrrrr berendammmm. 
Budak2 macam biasa kalau dah berendam mmg tak perasan masa berlalu kannnn..

bersambung aktivi malammmmmmm.....


Assalamualaikumm...

Sempena kempen sihat 2016 * la sangattt ~~~*, akhirnya buat julung2 kalinya 
berjaya menceburkan diri dalam bidang larian 5KM ohohohoohoho!!!
Actually member2 aku lama dah start join ni dari hujung tahun lepas...
deme dah start 10KM nko... aku je terhegeh2 1st time ni 5KM ohohoho.
Tu pun sebenarnya gara2 kaki aku yg retak tahun lepas kan insiden di Desa Waterpak
yang kalut mencari Dhiya hilang ... Jun 2015... lama dah

so start tahun ni baru nak menjinak2kan diri dengan aktivi2 jom sihat! Yeahh!!
ok larian ni di beri nama

                 KRISPY KREME DOUGHNUTS RUN BY LARIAN SPEKTRA


yang berlansung di Universiti Malaya pada 24 April, Ahad lepas


Registration melalui TIXTAX



So pagi tu seawal pukul 6:45 pagi aku dah gerak dari rumah.. En Suami 
hantar aku sampai depan pintu sambil berbisik 'moga dapat lucky draw MyVi sebijik'
ahhahahahaha! Tak tau aku neves sbb pestime join ni wahhaha



Nak dekat 7:30 pagi aku sampai.. geng aku si Ujen & Zalie sampai.. aku baru ambik
racing kit kat depa and salin baju kat AAJ aka Ambang Asuhan Jepun ni.
Muka  suci di'awal pagi' hehehehe





Sebelum flag off kul 8:00 pagi kami dah kat tempat berlepas.. 
tunggu lagi sorang geng masih otw.

Bunyi wisel apa lagi.... runn foresttt!! runnn!!!!!

Oiiit mengah2 jugak aku lari ni... tapi best la sbb UM ni tempat nostalgia
sewaktu belajar di AAJ ni 20 tahun lepas... 1995 ~ 1997.
Ronda2 balik dalam UM ni lepas rindu gitewwww

Yang bestnyer masa lagi 1.5Km nak sampai ntah camne aku leh lah tergolekk atas jalan
gara2 nak larikan diri dari committe yg duk lempar serbuk warna ke para peserta tuu alahaiii
kasut aku longar kot.. nak pecut sekali kasut tertanggall.. apa lagi 
dengan aku2 tergolek wahahhaa.
Ada la orang lain datang tolong.. aku tanya luka ke dahi aku sebab terhantuk 
derang kata ada merah sket.. aku pun tak de pening apa sambung lari lagi lahhh
dalam 8:40 pag aku sampai dengan selamatnyaa dah terus ke medic dulu takut ada apa2 
kecederaan lain.. so paramedik just tuam je lah kat lebam tu uhuhuhu


Anyway ni team geng2 aku yg join hari tu.. 
actually ada lagi sorang Hada... tapi ayahnya tak sihat warded so 
dia kensel lah join event ni walaupun dah register.


My 1st ever run medal! Nampak sedap tak medal tu??
excited siott!!! wahahahah



ada photo booth percuma


makan time.. donut freee...


air free.. banyak lagi free by penaja sebenarnya


Nak balik tu lalu kolej kelima -  Dayasari.. kolej kami dulu


Singgah balik merapu2 bergambar kat AAJ ahahahha


Nostalgia sangat tempat niiii 



Goodies kali ni

ok more picture of the event here. Feel free to click okeyy !
https://www.facebook.com/RunningMalaysia/

Habis run tu singgah mandi salin baju pulakkk..
alang2 dah berkumpul dgn geng2 ni kan... ambik peluang lunch date sesamer ehehhe.
Of course En Suami masing2 dah bagi greeen light heheheh

Ok lunch date kali ni sempena meraikan salah sorang member kami 
yang baruuuu naik pangkatt.. ouch!! so apa lagi kan.. open table lerr ehehehhe

asal2 nak gi Foods bury kat Seksyen 9 Shah alam..
kami sampai tu kedai tutup lagi.. kul 12:15 tenngahari kottt...
last2 member offer Sakura Fuji Japanese Restaurant kat Plaza Masalam..
so kami menurut perintah je laaa.. orang nak velanjerrrr
kecil tapak tangan tempayan kami tadahkann wahahahahah


Ahaaaa.. menu pun tukang sponsor siap advise..
Lunch set Tempura Sashimi set ni.. RM35 hokeyy
memang berbaloi2 complete set lagi pulak makan freee!!!



Tak sah kalau tak bergambar dolu kennnn



Semua ambik set sama wahahahah



Sashimi ni memang terbaekk... double thumbs up!!!!


Makan sampai lebamm... lebam pagi tadi pun tak hilang lagi keh keh keh.
ni la bff aku dunia akhirat.. dari zaman belajar.. yang best semua
ahli kelab Fantastic 4 ni..
nak tau kelab apa..? semua ada askar 4 orang kekekekek.
Jumlah anak pun nak samerr yerrr ahahahhahahahah

Ok sekian lah weekend kamiii.... bulan May ni kami join Beachh Run pulakk...
kat mana tuu?? tungguUuuUUuu!!

 al kisahhhh.........




Assalamulaikum...

Aha... actually masa Japan public Holiday last month aku pun ambik cuti 
attend event Simposium Usahawan Internet #interwip 2015.
Penyertaan percuma. 
Ni pun geng2 interprenure ku yang ajak, si Hada & Zalie...
tokey Vendor Butik KIDDORESU mereka ni..
terletak si Seremban 2.



Speaker hari ni ada 10 orang.. semua yg taiko dalam persada perniagaan internet.

Actually aku nyaris nak kansel dah...
jarang aku masuk KL drive sorang weh.. kalau ada event yg En Suami tak ikut
biasa aku nak train je la gii..aku ingatkan tempat ni bleh pergi naik train rupanya 
kena drive !! huwaaaaaaaaaaaaaa... gigil2 jugak le aku nak masuk KL drive sorang2 ni..
mujur sampai juga akhirnya wahhahaha


\
Terbahagi pada 2 sessi... sessi umum sebelah pagi.. sessi bertopik disebelah petang.
So sessi petang tu .. so kena pilih topik mana nak dengar..
memang ada yg clash topik and speaker yg bestt... tapi terpaksa pilih 
2 antara 10....
sebab setiap sessi dalam 2 jamm. 2-4pm,
4-6pm di bilik2 berasingan...



Lunch kat Traders Cafe... panjang giler queue bila semua peserta serbu waktu lunch huhu


 Antara sessi yang aku attend 


posing2 skett


ok.. puas dengan ceramah percuma har ni...
ilmu yang bermanfaat jika di aplikasikan InsyaAllah.


Malam tu pulak ada event concert Wind of Music bertempat di 
Japanese Ambassador Residence.
Yang kelakar aku boleh termasuk Germany Ambassador Residence..
rupanya both dok selorong je.. boleh pulak buat event concert gak malam ni.
Aku lak  2 kali tanya guard betul ke ni "Japanese" ambassador residence sebab
guest rata2 muka mat salehh.. tak de muka Jepun ponnnn..
last2 tanya salah sorang guest detail concert mmg lain!
Bila aku tanya  kali ke-3 ke guard baru dia kata ... 
mmg Japanese Ambassador tu selang 4 rumah lagii..
lorr sabor je laaa


Actually both artis adalah combination Violinist & Pionist..
lagu2 yang dimainkan tu lagu2 dari abad ke 17 sampai la ke abad 19.....
seni lagu lama kannn... boleh rasa seni lagu tu berubah mengikut abad..
ada lagu yg panjang gilerr...
derang bleh main non stop.. dasatt sungguh!


Lepas concert cam biasa... acara beramah mesra & makan! 
Yeszaa I very the loike.. of course Japanese Menu kenn.. tapi segan lak nak snap 
gambor uoolsss  kah kah kah! Control malu la sket kenn


Bergambar dengan artis import Japan mari dan juga isteri Duta Jepun di Malaysia 
(yg baju hitam 2 dari kanan)


Dan juga bergambar dengan Duta Jepun di Malaysia


Ahli2 dan para exco ALEPS yg hadir memeriahkan majlis.
Apapun syukur la aku bleh sampai both location ni tak sesat dan 
balik dengan selamat.... thanks tu WAZE...eh!

sekian