Assalamualaikum...
Harap-harap korang semua sihat yek.
Ni nak wat entry tahap lentok ni..huhu.
Hari ni Dania dah discharge dari ward. Alhamdulillah...
Start malam semalam Abang tukar shift jaga Dania
kat Hospital setelah aku 2 hari suntuk melepak kat sana.
Petang tadi dalam pada staff nurse process untuk discharge
Dania, baby sitter pulak call kata Danish pun muntah-muntah... dah lembik
kat rumah BS sampai muntah pun keluar air je.
Aduhaiii.. dugaan sungguh. Aku rasa ni la saat-saat paling
menduga kami sekeluarga dengan masalah kesihatan.
Abang pun dah tak berapa sihat dok berulang alik hospital
beberapa malam sepanjang Dania warded.
Kesian Abang.. Barangkali kepenatan dan tak cukup tidur.
Petang tadi mintak keluar awal dr ofis dan terus ambik Danish pergi klinik.
Aku rasa hampir setiap minggu 'sain' borangg kat Klinik tu.
Sejak-sejak claim medical outpatient dah jadi unlimited ni
makin kerap pulak anak-anak aku pergi collect ubat kat klinik.
Naik penuh peti sejuk tu dengan ubat-ubat diaorang.
Dulu limit claim RM1000/setahun untuk sekeluarga.. aku & anak2
bleh plak bajet-bajet *Abang bleh claim untuk diri sendiri je*
Ngam-ngam je habis RM1000 setahun
kadang2 je ada terlebih guna tak leh claim tu pun hujung2 tahun..
Sebenarnya ni lah situasi yang paling merisaukan aku.
Selama ni anak-anak tak pernah sampai bermalam dekat wad.
Tapi nak buat macamana.. rasanya dah buat apa yang termampu
tapi kadang sukar nak mengelak dari apa yang sangat2 kita cuba nak elak...
Supplement vit C sentiasa ada kat rumah tu utk anak-anak.
Keluar masuk tandas memang aku ajar tangan kaki mesti basuh!
Perubahan paling ketara dari segi rutin harian ialah
tak de maid dan dah stop BF..!
Maafla.. tu memang betul2 rutin yang 180 degree berubah..
Lagi satu, last week ada pergi bawak budak2 pergi mandi kolam
kat kelab komuniti cyberjaya. Itu pun selepas berkali-kali
di pujuk dek Danish. Dia yang beriya-iya susun jadual nak mandi kolam.
Aku & Abang bawak depa pergi Sabtu tu. Memang tak aku nafikan,
minggu lepas airnya tak sejernih selalu..
tapi di sebabkan Danish & Dania gembira terlampau dapat main air
maka kitaorang kasi gak lampu hijau depa berendam dalam kolam tu...
Itu pun mungkin salah satu sebabb...
Dania +ve tonsillitis & virus infection!
Hari selasa sampai spital tu tonsil dia dah bernanah..! iskk!
Aku pun ada consult dengan Doc pasal benda ni.
Tapi Doc nasihat aku..
Don't worry too much.
You have give enough for her.. now let her develop
her own antibody. Sooner or later she will need
to mix & socialize with others.
Nanti bila dah masuk sekolah pun ada lagi
macam2 masalah *kesihatan* lain. Just let her..
hu hu hu.
Anyway, balik tadi Danish masih muntah2. Dinner aku cuba suap nasi gorengg pun
tak sempat 4 sudu dah berlari ke toilet..
kesian Danish tak ada apa dalam perut dah.. badan pun lemah,
habis semua berhambur semua isi perut keluar keluar.
Masa check kat Klinik Doc kata perutnya berbunyi,
bukan sebab kembung ke angin ke tapi sebab ada 'activity@bacteria'
yang cuba tolak makanan tu keluar.
Nasib baik maggi goreng bersambal yang aku beli kat pasar malam
tu akhirnya dapat jugak pancing selera dia sampai terpaksa aku
tapis2 sambalnya.. lepas makan terus aku suh dia rehat
dan tidur takut2 muntah lagi.
Dania pulak sekadar makan jajan Mimi sebungkus dengan aiskrim.
Tu pun aku dah bersyukur sangat.. seleranya masih tak berubah 2-3 harini,
terkunci rapatt & hampir tak mau makan..!
Abang balik pun ikut tumbangg.. pagi tadi pun Abang ikut muntah-muntah & sakit perut
jugakk..risau aku di buatnyaa. Seb baik pagi je.. petang dah ok sket.
Dari semalam pun tanya Abang kata OK je bleh jaga Dania.
Masa bawak Danish pergi klinik minta supplement dari Doc
supaya kami, at least lebih 'gagah'
untuk jaga anak-anak yang tengah tak sihat ni.
Dan tatkala aku menaip ni.. 3 orang dah tumbang atas katil nu..
tinggal aku sorang yang kena gagahkan diri untuk jaga
insan-insan kesayanganku...
Lagi satu pesan Doktor
hygiene hygiene hygiene..!
Jangan lupa amalkan 5 petua iklan lifeboy tuh..!
Especially budak2 yang suka lupa cuci tangan bila nak makan huhu
Ya Allah, berikan kekuatan kepada hamba mu ini.
Aku sedar semuanya atas anugerah serta rahmat
dan kasih sayang mu.
Semoga insan-insan kesayanganku
segera sembuh dan kembali cergas dan ceria seperti selalu..!
Aminnnnnnnn...!!