Assalamualaikum.....
Alhamdulillah... dah hari Rabu..! Ini bermakna genap 36 minggu baby dalam perut Mama ni.
Moga baby masih selesa duk dalam perut Mama yaa.. jangan keluar cepat sangat tau baby ! *wink*
Semalam cek dari Nuffnang sudah sampaiiiii. Ada la sikit buat geli -geli buh dalam tabung huhu.
Ni plak rupa bentuk Baby dalam perut Mama di usia hampir 36 minggu.
Memang saiz paling XXL compare dengan yang lain kali ni huhu.
Dalam entry sebelum ni ada cerita yang Doktor dah suruh jaga permakanan kurangkan makan
Karbohidrat & Gula kann... Aku pun jenuh jugak la nak mengingat balik
piramid makanan seimbang tuhhhh.. meh kita review balik sesame
Aha tu dia piramid mengikut corak pemakanan kat Malaysia. Aku pun kadang jenuh fikir nak makan...
ye la dalam setiap hidangan sarapan ke, lunch ke, tea break ke yg tersedia kat Cafe Office ni sure ada unsur Karbohidarat kann... jenuh jugak aku nak filter menu apa nak ambik uhuhuhuhu.
By right dalam kes aku ni Plate Hijau (Nasi, Mi, bijirin & roti) tu kena duk level No. 2 dari atas,
Plate kuning (sayur & Buahan) bawah sekali, plate orange (Susu dan produk tenusu) duk level 3 dari atas ek
So lepas kena 'warning' minggu lepas... ini lah menu2 yg di pilih dari dapur Cafe Office untuk minggu ni..
Breakfast Set... Omelete + Cheese, Kacang Panggang, Tomato bakar, SOsej & Toast.
Dalam ni sumber Karbo ialah Toast.
Buah-buahan tapau balik ofice sebagai snack.. Buah pun Doktor dah pesan suh
makan buahan yang kurang manis.... so selalu ambik Tembikai.. la ni ambik betik & melon jekk..
tapi 2 jenis buah ni pun konsider 'kurang manis' ke ekk...
Menu lunch... Chicken Chop. Aku masa tengok display set.. alahaiiiii comelnya ayammmmnya..
Gelak je budak yg jaga kaunter tu bila aku tengok ayam tu pas tu tengok baby dalam perutt..
'Macam tak cukup je ..' akakakakkaa
Ok Dalam ni sumber Karbo ialah Mashed Potato..
Air sirap separuh gelas yg di tambah air masak sampai penuh gelas hehehe
Ni pulak Burger Set... Chicken Burger + Add on egg + Cheese.
Coleslaw & Potato Fries...
Ni lagi banyak Karbo : Potato Fries + Roti burger.
Aku habiskan burger & Coleslaw jekk.. Potato Fries tak habis pun huhu.
Air pun minum air masakk.....
Ni Rosemary Marinated Chicken BBQ *kottt*
Sama gakkk ada mashed potato & Coleslaw.
Sumber carbo : Mashed Potato
Air.. air masak jewwwwwwwwwww
Sekali nak keluar Cafe... terasa San Francisco melambai2 plak suh masuk dalamm..
aisehhhhhhhhh... apsal tetiba tergoda plak ari ni.. padahal SF Cafe tu mmg hari2 kat situ pun..
owh tidak owh tidakkkk..... akhirnyaa TERorder jugak
Mo' Mocha dan team mate ku Caramel Machiato...
sedapnya, creamyyy... nyummmm!!!
owhhh... gula gula gula...............!!!!
Pagi ni plak gi Cafe tengok ada Menu BARU, ROTI JOHN pulakk...
Sumber karbo : Roti !
haii boleh tahan jugak Cafe HP Global Campus ni. Ada je menu2 baru yg di perkenalkan..
kira tak yah nak keluar ke mana2 pun Menu dalam Cafe sendiri sentiasa bertukar ganti huhu.
Bagus bagus baguss...!!
Bila sekali tengok macam nya pregnant 4th Baby kali ni aku asyik pulun ala Western je ekk..
Masa pregnant Dhiya dulu asyik makan Japanese Food jekk..
aku tak ingat berapa kali terjah Sushi Zanmai nunnnnnnn
Masa Dania plak asyik makan fast food! hohoho
Pergi office pepagi sempat tu drive thru Mc D kat area Hicom-Proton Shah Alam dulu huhu.
Lunch tengahari pun kerap gi Seksyen 18, ada KFC & Mc D sebelah menyebelah jek huhu.
Memang betul tiap kali pregnant tu pengalaman, selera mesti lain lain kannnnn
TAPI balik umah terus insap...
Dinner tetap masak lauk macam biasa... Maklumkah En Suami memang Dinner
makan nasi almost hari-hari. Aku pun ambik jugak buat syarat.. tapi nasi cipuuuttt jekkk.
Selain dari tu sebab cepat plak lapar.. akan sentiasa ulang makan...
SALAD....SALAD.... SALAD... dan SALAD lagiiiii....!!!
+ Sesame dressing
+ Thousand island
Terima kasih Kekanda sebab dah penuhkan peti ais rumah kita dengan pelbagai jenis sayuran yg boleh di buat salad huhuhu. Errr.... cuma Epal Hijau tu... aduhaiiiiiiiiiiiiiiii
terkulat2 dinda nak makann.... errr.. mmg dari azali tak berapa makan benda2 masamm uhuhuhuhu
Last2 yang sibuk membedal budak kenit ni haa.... pantang nampak, pantang offerr..
semua nak masuk mulut! macam gigi banyak sangat kan ada hati nak menghongeh Epal hijau..!
Tapi memang bersungguh2 makan nyer
Dan yang tak berapa best.... akhirnya serah diri jugak kat En. Suami untuk dihantar dan diambil dari
tempat kerja hari harii.... ini bermakna aku dah kena keluar dari rumah awallll! uhuhuhuh
dan sempat la menempuh jammed 3-5 minit ni sebab Flyover ke Selangor Science Park 2 menuju ke Cyberjaya tengah ada kerja2 baik pulih sehingga May 2013 uhuhuhu
Okehh.. cukup dulu cerita ceriti hari ni...
selamat terus menjalankan tugas semua!!
P/S: Catatan pregnancy :
Macam biasa.. sekarang ni makin seksa nak tidur. Kekerapan ke toilet tak usah citer laa...
kejap2 nak terkucil... kejap2 nak terkucil. Pantang baby gerak lasak sket dalam perut jap lagi
kompem cari bilik air uhuhuhuhu. Tidur malam pun kerap terjaga.. paling tak larat nak bingkas bangun dari
baring atas katil tu.. terpusing2 badan nak mengayakan perut & urat badan.
Tidur telentang pun tak selesa... tidur mengiring kompem kena kepit bantal kat peha & lutut baru
selesa sikit.. Bolster 2 biji kat umah dah di konker Danish & Dania sorang satuu.
Minggu ni dah kaji selidik set bersalin apa nak pakai dalam pantang nanti...
dan barang2 sambut baby dah start nak kena prepare sket2.
Hujung minggu lepas memang berkurung 2 hari suntuk kat umah atas arahan Doktor
jangan lasak2. Mujur ada bibik yang boleh tolong buat kerja2 rumahhh.
Kena consider naikkan gaji lagi bibik ni dalam pantang nanti uhuhuhuhu
*sebenarnya itu jugak sebab menambah lagi terlanjur ada bibik yang masih dalam kontrak *wink*