Showing posts with label Dania Aliesya. Show all posts
Showing posts with label Dania Aliesya. Show all posts
Assalammmm...
Rutin pagi.... bangun sediakan sarapan Danish Dania sebelum ke sekolah pagi. Danish SRK, Dania SRA. Pagi biasa masak simple2 je. Danish Dania kena ready  siap sarap by 7 AM. Abang hantar. Kalau ada yg boleh di goreng, goreng saja. Time rajin sikit bleh la buat nasi goreng, mee goreng, omelete.... sandwich kalau ada bahan.
Dhiya biasa kejut lambat sket sbb aku yg hantar. Kena keluar rumah paling lewat jam 8 pagi tu pun dah kira lambat sbb Dhiya ada reading session pagi sebelum start kelas.
Breakfast kalau ada lebih aku tapau le jadi Bentou gi ofis... kalau habis aku  sarap kat cafe ofis je ekkekee
Hari ni nak jadi cerita bleh plak masa otw nak hantar Dhiya ada dengar bunyi kucing..... memula ingat suara Dhiya. Rupa2 mmg suara kucing betul. Dah la masa tu berenti kat Traffic Light. Suspen jap... teringat pasal kucing yg "masak" dalam enjin keta yg viral bebaru ni... haishhh
Sampai je Qdees , terus cari parking tepi... cek bonet belakang... try bukan cover enjin depan.. dengar lagi suara kucing mengiau... tapi tak nampak plak bayang kucing..  aduh suspen! Aku bukan tau sangat isi dalam enjin2 keta ni weyyyy.. terus tepon Abang!
Last2 cek bawah keta seb baik kucing tu dah turun sendiri. Panas haba enjin gaknyer kan. Terus bawak kucing tu jejauh sket cek balik bunyi kucing kat keta tak de dahh.... seb baik la bernyawa lagi... selamat dan tak cedera. Aku tak tau dia menyelit kat ne...
Btw... mintak mahap banyak.. aku tinggalkan dia kat situ. Sorry ye dia yg nak ikut... esok lusa kalau hantar Dhiya dia ada aku bawak balik semula yekk.. aku dah le mengejar meeting kul 9 pagi uhuhuuu.
Apapun syukur kucing tu selamatttttt
Al kisah

Assalam..... waaa sekejap je dah masuk 2 minggu puasa yek.
Alkisah baru2 ni ada order 3 balang cookies... home delivery. Dah la cepat giler dihantar... yg aku lak sedar2 kuih raya ni tak dan seminggu licin dah 3 balang weyyyyy haiyaaaa laju betul budak2 ni kasi settle. Tak dan raya weh!

Terus la aku pun rasa... haish tak leh jadi ni... nampak gaya kena buat kuih raya sendiri tahun ni. Dah la sebalang pun sekian reganya kennn.

Alkisah Dania pun ikut excited nak buat kuih raya. Sejak weekend lepas... asyik tanya bila nak buat adehhhh.. masuk Isnin pun asyik remind.. dah macam alarm aku rasa... kejap2 nampak muka Mama dia je tanya "bila mama nak buat kuih?, bila nak beli barang??? " aiyohhhhh fenin fenin. Last2 balik kerja tu Abang gi carik gak bahan2. Aku pun buat yg simple je la... amatur maaaa kekee.

So Isnin lepas berbuka *time nak  buka pun asyik tanya bila nak buat? Errkkkk pitam mak*.... akhirnya lepas Isyak dan settle homework masing2 baru la start projek... yeszaaaa ... dgn rasminya aku melancarkan "The Kuih Raya Project 2015".....!

Dania of course yg paling excited....! Dibantu oleh tenaga buruh lain *dibaca sebagai Danish dan Dhiya*. Sempat tu google video kat Youtube tengok ramai2 kasi paham sket. Lepas tu apa lagi kerah la buruh kasar berjemaah kekkeke. Jom layan gambar.

Tu dia mood raya sudah mariiiii.. excited sangat budak2 ni. Dhiya pun tak kurang hebat gak jadi tukang tabur choc rice.

Overall budak2 ni la gotong royong buat sendiri. Omak eh jadi mandor je and tolong perangat oven . Hatta bakar pun derang wat sendiri wahahahahha of course with guidance lah. Sonang kojo ehh ramai tenaga buruh. Omak ekau OKU ni harap bersabar lah yer anak2. 


Alhamdulillah menjadi jugak kuih 1st projek nih. Rupa bentuk harap diabaikan. Maklumla master chef pun level amaturrrrrr kekeee.

Happy sangat dan sangat bersemangat budak2 ni... tu dia mood raya sudah mari. Yg best je lepas bakar 1st trip yg kenit2 pun asyik keluar masuk dapur jek... last2 1 balang je sempat masuk balang. Hampir separuh dah katam dalam perut masing2....

Ini macam kalu macam tak dan jumpa raya je kuih ni hihiihi.

Alkisahhhh

Assalamualaikummm......

Sedia maklum Dania dapat chicken Pox sekaligus MC selama hampir 2 minggu awal bulan ni...
berjangkit dari Dhiya yg kena chicken pox sebelum CNY... mujur la sempat bercuti sempena Anniversarry uhuhuhuh.


So dah hujung2 MC tu *dah nak cuti sekolah pun* akhirnya ku mengambil kesempatan menunaikan hajat, hasrat dan impian anak dara sorang ni nak buat cup cake kat rumah!!!! Aku rasa dah makan bulan dia request tu. Kebetulan Mak Long ada datang temankan... Masa ni Abang pergi oustation ke India selama seminggu jugakkk... kalau sorang2 memang mati la dennn... mujur la Mak Long datang temankan sepanjang ketiadaan Abang di sisi.

Anywayy... jommmm kita layan THE CUP CAKE project by DANIA. Sehari sebelum tu sibuk gi DAISO cari barang2 kelengkapan utk buat CUP CAKE ni la kononnya... Chicken pox dia pun almost recover dah so berani la ajak keluar rumah buat release tensen dia kann.

So berbekalkan Chocolate Moist Cake pemberian Mak Long juga maka bermulah lah projekk cup cake Dania.. jom layannnnnnnnnnn


Tu dia Chef in the house.... Menu kita hari ni :
Chocolate Moist Cup Cake ya.
Actually pakai tepung segera.. maklum la ku bukan mahir sangat
buat2 desert type punya menu huhuh. so pakai yg segera ni 
tinggal sediakan bahan2 tambahan je ngeh ngeh


ni ya bahan2 yg diperlukan puan puan


Mula2 pecahkan telurrr


Kacau hingga berbuih


masukkan tepung cake


Masukkan susu pekat, minyak dan air panass...


Kacau hingga sebati. Gigih sangat Dania


Tuangkan ke jug penyukat


Dan tuangkan ke mangkuk Cup Cake idaman yaa


Siappp.. dan boleh terus di masukkan ke dalam oven


Ya gitu la lebih kurannn


Kemain Dania kan senyummmm happy sangat dapat buat cup cake tuuu


Opsss!!! Tapi Mak Long advise kalau nak betul2 moist, lembut dan sedapp..
better kukus je tak yah bakarr... ooooooo cam tu ehhh


So mengukuslah kita atas dapurr giteww


Selepas 15-20 min tengokkk.. naik gebusss dah cup cake sekeliannn



Dania dengan muka yg sangat2 happyyy!!!

Seterusnya untuk topping. 
Dania gigih baca menu..
baca kuat2 ya mama nak tumpang dengarrr


Ok bahan2 untuk topinggg



Bancuh sebatiii


Eh tetiba ada assitant lak kat sebelah uhuuuu 


 Ok dah siap dah cup cake Dania... so happy hokey riak muka dia


Itu dia hasil 'hand made ' Dania



Ok masa untuk mengeteh dan mengetess power Cup Cake Dania nihhh.
Boleh kata almost 100% Dania lah yg buat.. Mama & Mak  Long tolong sediakan  bahan ikut sukatan *


Sedappnyerr moist chocolate cup cake dgn wafer ice creamm giteww


Riak wajah Dania yang sangat2 happy


Pehh tu dia... hingga menjilat jariiii nak membayangkan betapa sedapnya menu minum petang hari tu hihih.
Al kisahhh