Salam...
Masa pergi tu Abang ada cerita tentang plan pembangunan Kampung Baru yang dah di luluskan oleh Kabinet. Macam-macam reaksi & spesikulasi yang timbul tentang nasib penduduk-penduduk Kampung Baru dan bagi pengunjung di kedai-kedai Makan sekitar Kampung baru yang bermacam-macam tu
pasti timbul pula rasa bimbang ntah macamana la nanti rupa bentuknya kalau betul Kampung
Baru di bangunkan oleh Kerajaan..

Mesti ramai yang ada sentimental value & kenangan kat sini kan..?
So untuk itu.. jom kita tengok semula asal usul Kampung baru ni dan sejarah perkembangannya
sebelum ia bertukar wajah....

sumber : Kosmo

MENITI sejarah penubuhan Kampung Baru, ia sebenarnya mula dibuka sejak tahun 1899 melalui tanah kurniaan Sultan Selangor, Sultan Sulaiman atau Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa.

Setahun kemudian, sebuah lembaga pentadbir khusus ditubuhkan iaitu Penempatan Tanah Pertanian Melayu (MAS) dan diwartakan oleh British bagi menguruskan perkara mengenai pentadbiran kampung.
Kampung Baru dibentuk daripada tujuh buah kampung kecil iaitu Kampung Hujung Pasir, Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Pindah, Kampung Paya, Kampung Atas A dan Kampung Atas B.

Kawasan dengan keluasan 90 hektar itu bersempadankan Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sebelah utara, Jalan Dang Wangi di selatan, Jalan Tuanku Abdul Rahman di barat dan di sebelah timurnya adalah Sungai Klang.

Pada awalnya kampung tersebut terbentuk apabila sekumpulan orang Melayu yang tinggal di kawasan Sungai Gombak dan Sungai Klang terpaksa berpindah untuk memberi ruang kepada pembangunan Kuala Lumpur.

Tokoh

Bandar berkenaan ketika itu sedang pesat membangun apabila beberapa projek yang kini menjadi ikon sejarah dan seni bina seperti Kelab Diraja Selangor, Bangunan Pejabat Pos Utama, Victoria Institution dan Bangunan Sultan Abdul Samad sedang dalam pembinaan.


KEDIAMAN bertiang tinggi ini boleh ditemui di Jalan Raja Muda Musa.
--------------------------------------------------------------------------------

Selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957, Kampung Baru menjadi tumpuan penghijrahan penduduk dari negeri-negeri Semenanjung yang mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur.
Lebih menarik, kampung yang dihimpit dengan rentak kemajuan dan arus pemodenan serta pelbagai bangunan pencakar langit berjaya melahirkan ramai tokoh yang mungkin tidak diketahui ramai.
Antara tokoh tersebut ialah veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani; Pengasas Sapura Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Ir. Shamsuddin Abdul Kadir dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim.

Pada tahun ini, Kampung Baru mencecah usia 111 tahun malah penduduknya masih mengekalkan identiti tersendiri dengan binaan dan kedudukan rumah yang biasa dilihat di kampung serta terdapat rumah-rumah yang masih berdiri teguh dengan ciri-ciri tradisional.

RAGAM penduduk dan peniaga Kampung Baru dipertontonkan pada Pameran 3 Alam yang sedang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman.

--------------------------------------------------------------------------------
Menurut Setiausaha Kehormat Lembaga MAS, Shamsuri Suradi, sehingga kini terdapat lebih 100 rumah Melayu yang masih mengekalkan reka bentuk tradisional.

Reka bentuk

Kata beliau, reka bentuk rumah di kawasan tersebut berbeza kerana ia bergantung kepada kehadiran penduduk dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu ketika itu.

“Jadi kalau dilihat rumah yang cantik waktu dulu kebanyakan terdapat di sebelah Kampung Hujung Pasir yang mana rata-rata penduduknya datang dari Melaka dan beberapa negeri lain dengan binaan tangga yang cantik.
“Sementara rumah di Kampung Atas A dan B pun cantik dengan tiang-tiangnya yang tinggi. Itu semua rumah orang-orang kaya,” katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Sementara itu, seorang penduduk yang masih mengekalkan kediamannya dengan reka bentuk tradisional, Muhd. Noor Muhd. Amin, 73, memberitahu, rumah pusaka yang didudukinya itu kini berusia 86 tahun dan masih utuh.

PENDUDUK kampung, Maimunah Ayub, 63, ceria menunjukkan gambar Sekolah Perempuan Kampong Bharu, tempat ibunya belajar pada zaman dahulu.
--------------------------------------------------------------------------------

Dia yang meminati muzik klasik Melayu memberitahu, dahulunya kawasan sekitar rumahnya yang berpaya menjadi punca rumah dibina menggunakan tiang yang tinggi selain mengelak daripada banjir.

Pesara guru itu berkata, rumahnya sepanjang 30 meter dan lebar 15 meter itu berunsurkan gaya Limas dari Selangor dan dibina menggunakan kayu cengal yang tahan lama.

“Bermula dari pintu gerbang Jalan Raja Muda Musa ini, seingat saya hanya terdapat enam rumah yang masih mengekalkan konsep tradisional Melayu.

“Sebelum tahun 70-an, rumah di jalan ini semuanya diperbuat daripada kayu. Bagaimanapun, semasa Datuk Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor, beliau memudahkan penduduk di sini mendapatkan pinjaman mengubahsuai rumah,” katanya.

4 sweet comments:

eelobor said...

tu lah, hajat nak makan nasi bubur kat situ belum kesampaian lagi.

semoga sejarah kampung baru terus terpahat

fiziskandarz said...

interesting article! saya sebelum nihs xtau pun macam manyak history gaks kampung baru [ clearly someone has to read more huhu ] [ btw - hope it's not too late to wish happy new year to u + family! :D ]

ez said...

Salam,

Tau tak Kg nangka, di kg baru kat mana? atau yang mana? khabarnya dah tukar nama tapi orangtau tau asalnya yangmana satu kg nangka. Nak cari saudara mara yang lama terpisah. Thank you

Anonymous said...

saya ingin berkongsi di sini,di ceritakan dari turun temurun sebuah kampung di kampung Periuk adalah milik seorang lelaki keturunan India yang telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan orang tempatan.Kepada sesiapa yang ada info lebih mengenai keturunan beliau di harap boleh berkongsi sama.Nama susur kepada nama beliau adalah Tanggalam bin Ahmad.Ahmad adalah nama selepas memeluk Islam.Beliau adalah merupakan lebih 7 atau 8 keturunan ke atas sehingga kini.