Showing posts with label Dhiya Ariessa. Show all posts
Showing posts with label Dhiya Ariessa. Show all posts

Assalamualaikum...

 

Tak sedar rupa2nya dah sebulan tak bersiaran.

Sessi persekolahan pun dah bermula...

Sekolah versi PKPP ni bila waktu rehat pun ada SOP SOP tertentu 

termasuk lah SOP waktu rehat nak membeli kat kantin dah sebagainya....


Last week Delisha duk ulang lagi...request nak Mama bawakkan bento.

Masa Delisha kat Q-Dees dulu mmg hari-hari bawakan bento.

Sebab sarap pepagi dia tak makan sangat tapi susu sebotol wajib.

So hari2 bawak bento utk makan waktu rehat pukul 9:30 pagi..

 

Tapi bila dah masuk sekolah rendah, rehat waktu petang confirm lah Mama tak berani bawakkan bento sebab takut tak tahan dan basi.

Cumanya since Mama still WFH sampai end Aug ni boleh boleh jugalah usahakan bento Dhiya Delisha. Kena prepare tengahari dan hantar ke transit supaya boleh dimakan 

waktu rehat pukul 3:30 ptg tu. 

Hari pertama Mama bawakkan bento, bukan main ceria lagi Dhiya Delisha.

Happy sangat-sangat diaorg bila Mama sampai je kat pintu pagar transit.

 

Sejak tu Delisha asal malam je dah excited tanya

"Mama.. esok Mama nak buat lunch box apa ?"

 

Dhiya pulak entah berapa kali pesan

"Mama jangan lupa bawakkan lunch box hari-hari tau. Dhiya suuuuuuuuuukaaaaa sangat lunch box Mama buat."

"Mama, Dhiya tak sabar nak pergi sekolah esok nak tunggu lunch box Mama"

 

Aduhaiii mana la tak cair hati Mama dia kan...

so walaupun tengahari tu terhad juga waktu rehat, gigih jugak lah Mama siapkan bento depa. 

Basically menu utama utk minum petang tu sebenarnya ialah

Menu sarapan pagi yang diolah semula untuk jimatkan masa. Kadang ada juga yang masak baru... tengok mana yang available. Yang penting epal hari2 WAJIB. Depa request.

Tambahan pulak, Danish & Dania bergilir sessi sekolah. So Abang & Kakak lah yang tolong Mama kat dapur jugak siapkan bento, tolong goreng la.. tolong potong.. tolong kemas... Terima kasih Abang Danish & Kakak Dania. 

Buat kenangan Mama simpan gambar-gambar bento Dhiya Delisha untuk seminggu ni.

Bila Mama sampai je transit Dhiya Delisha dah tanya

"Mama buat lunch box apa hari ni ?"

"Suprisee laaaaa....!"


Main Menu : Roti Jala + ayam goreng

Main Menu : Bihun Goreng + Nuget ayam


Main Menu : Cajun Crumb Sosej Roll + French Fries


Main menu : Carbonara Spagheti + Anchovies Nugget (Cekodok Bilis)


Main Menu : Fried Dried Mee (Maggi goreng ?) + Chicken ball

Main Menu : Nasi Goreng Taman Astakona + Japanese style egg

 

Tiap kali prepare bento terbayang senyuman diaorg bila bukak bekas bento ni...

dan tiap kali basuh bekas bento tersenyum sorang Mama bila tengok bekalan yang dibawa hari-hari habis. Saiz bekas pun ngam2 untuk sekali makan je. Alhamdulillah... Mama happy ~

 


Assalamualaikum...

28 hb Dec yang lepas genaplah usia Dhiya yang ke 4 tahunn.. ALhamdulillah.
Baru masuk usia 4 tahun tapi  lagi beberapa hari Dhiya dah nak masuk kelas 5 tahun... 
cabaran untuk simanja Dhiya. Tapi mama yakin Dhiya mampu lakukannyaa InsyaAllah.

Tahun ni berkesempatan celebrate birthday Dhiya di Taska... sementelah minggu2 terakhir cuti sekolah. Kek last minute juga cari.. bawak Dhiya pergi beli ke Secret Recepies dia sendiri
pilih nak kek coklat.. so Mama tunaikan yekk


My little girl Dhiya


Kek yang paling sedap sebenarnya ialah kek yang dimakan pada ulangtahun kelahiran kita sendiri..
setuju tak? 


Celebrate dgn Abang, Kakak. adik dan kawan-kawan taska 



Happy friends


Putera Puteri kesayangan Mama & Papa



Mama suap birthday girl. Suka Dhiya makan Chocolate Indulgence kek ni 
habis sepinggan dia makan sorang hihi


My Little Girl... dah masuk 4 tahun.. sungguh pantas masa berlalu..
Mama Papa Abang Kakak dan Adik doakan semoga Dhiya sentiasa beroleh kejayaan.. jadi anak yang soleh dunia dan akhirat dan dapat mencapai segala impian Dhiya okey.

We Love You So Much!!!

Assalam..... waaa sekejap je dah masuk 2 minggu puasa yek.
Alkisah baru2 ni ada order 3 balang cookies... home delivery. Dah la cepat giler dihantar... yg aku lak sedar2 kuih raya ni tak dan seminggu licin dah 3 balang weyyyyy haiyaaaa laju betul budak2 ni kasi settle. Tak dan raya weh!

Terus la aku pun rasa... haish tak leh jadi ni... nampak gaya kena buat kuih raya sendiri tahun ni. Dah la sebalang pun sekian reganya kennn.

Alkisah Dania pun ikut excited nak buat kuih raya. Sejak weekend lepas... asyik tanya bila nak buat adehhhh.. masuk Isnin pun asyik remind.. dah macam alarm aku rasa... kejap2 nampak muka Mama dia je tanya "bila mama nak buat kuih?, bila nak beli barang??? " aiyohhhhh fenin fenin. Last2 balik kerja tu Abang gi carik gak bahan2. Aku pun buat yg simple je la... amatur maaaa kekee.

So Isnin lepas berbuka *time nak  buka pun asyik tanya bila nak buat? Errkkkk pitam mak*.... akhirnya lepas Isyak dan settle homework masing2 baru la start projek... yeszaaaa ... dgn rasminya aku melancarkan "The Kuih Raya Project 2015".....!

Dania of course yg paling excited....! Dibantu oleh tenaga buruh lain *dibaca sebagai Danish dan Dhiya*. Sempat tu google video kat Youtube tengok ramai2 kasi paham sket. Lepas tu apa lagi kerah la buruh kasar berjemaah kekkeke. Jom layan gambar.

Tu dia mood raya sudah mariiiii.. excited sangat budak2 ni. Dhiya pun tak kurang hebat gak jadi tukang tabur choc rice.

Overall budak2 ni la gotong royong buat sendiri. Omak eh jadi mandor je and tolong perangat oven . Hatta bakar pun derang wat sendiri wahahahahha of course with guidance lah. Sonang kojo ehh ramai tenaga buruh. Omak ekau OKU ni harap bersabar lah yer anak2. 


Alhamdulillah menjadi jugak kuih 1st projek nih. Rupa bentuk harap diabaikan. Maklumla master chef pun level amaturrrrrr kekeee.

Happy sangat dan sangat bersemangat budak2 ni... tu dia mood raya sudah mari. Yg best je lepas bakar 1st trip yg kenit2 pun asyik keluar masuk dapur jek... last2 1 balang je sempat masuk balang. Hampir separuh dah katam dalam perut masing2....

Ini macam kalu macam tak dan jumpa raya je kuih ni hihiihi.

Alkisahhhh

Assalamualaikum....

5 Januari... hari ni nampaknya Dhiya je yang ke sekolah. 
Danish & Dania masih bercoti... wawawahhhh.

AL kisah akhirnya kami dah buat keputusan untuk sekolah kan Dhiya
pada umur (kelahiran) 4 tahun uhuhuhu.


Kali ni kami memilih Q-Dees.. berlainan dengan Abg Danish ~ Krista 
dan Kakak Dania ~ The Little Caliphs.

Actually registration pun last minute je huhuhu.
Itupun setelah selesai process reno and majlis kat rumah 20hb tu.
Then the following week aku dah sibuk balik sebab 
dah cuti panjang sebelum 20hb so kira cover balik la.
26hb Dec hari Jumaat tu baru kitaorg terjah Q-Dees.
Datang terus confirm dan register. Rupa2nya the next day 27hb, Sabtu tu 
hari Orientation... naseb baik tercepat sehari je kalau tak mmg melepas wahahahah.


Dhiya masa orientation day. 
Pilih kelas dan baju sekali.


Si Delisha plak over excited kikikiki



Testing.. testing saizz.


One of the attraction of course the 'playground' muahahhaha.
Tengok tu si Dhiya.. excited giler main sampai berpeluh sakan! 


Balik rumah posing dengan bag sekolah baru.. kemain excited dia ehhh!


Lately memang Dhiya selalu semangat kalau ada beg, pensel dan buku.
Dah mula mengapal ABC.. suka mewarnaa.. suka menconteng jugak wahahha
so Mama Papa decide utk masukkan Dhiya ke kindergarten walau pun sebenarnya agak awal huhuh


31st Dec hari pertama Sessi orientation persekolahan Dhiya.
Orientation 2 hari ... Rabu dan Jumaat. 
Of course la kena guardd sampai kelasss...



Yang bestnya school sebelah Taman permainan besar.
Hari pertama sampai2 terus ajak mama main kat taman permainan dulu! 
Tak dan nak masuk pintu pagar wahahahha.



So lepas kelas terus layan Dhiya main kat taman ... upah okeh
Hari ni Dhiya the very good girl. Teacher siap bagi coklat, Honey star dan balloon.
Pandai sungguh mengambil hati gitewww


Layan Dhiya main taman japp



Dan hari ni 5hb Jan Dhiya mula pergi School full time meaning dari pagi sampai tengahari.
Mama guard juga DHiya ke school sebab guard dia naik transport.
Tapi hari ke-3 pun masih pegang tangan mama lagi masuk dalam kelas tak mo lepas...
mulut tu "Nak Mama.... Nak Mama....!"
dan kalau perasan kelibat Mama hilang memang menangis! 
Alahaiiiii


Esok Mama dah naik kerja macam biasa. Harap2 Dhiya boleh sesuaikan diri dengan environment,
cikgu2  dan kawan2 baru ya sayangggg.

All the best to you. Mama Papa will always support untuk kecemerlangan anak2 Mama dunia akhiratt..
aminnnn!
Assalamualaikum..
Alhamdulillah genap Dhiya 3 tahun pd 28hb Dec yg lepas. Kebetulan jatuh hari Sabtu maka bawak la Dhiya (dan semua) jalan2 kat luar. Bila tanya  Dhiya nak makan apa jawabnya nak makan 'ayam' makanya ke KFC lah kami cari menu kegemaran dia. Dhiya sememangnya suka makan ayam goreng. Kadang tahan tak mo makan nasi ratah ayam je hehe.


Sempat tapau ice cream cake BR. Bila start dapat makan ice cream cake terus tolak tepi ayam wahahaa.
Lepas makam Papa bawak pergi ke Kids Paradise kat the Mines. Macam biasa semua tumpang sekaki lerrr jawabnyer hehe. Maka bergumbiralah 4 beradik ni dlm Kids Paradise. Main sampai lebammmm..... hehehe
Apapun Mama, Papa Kakak Abang dan Adik sentiasa doakan yg terbaik untuk Dhiya. Semoga Dhiya terus cemerlang dunia dan akhirat aminnnnn
Al kisah







Wajah wajah ceria anak anakkk




P/s : Hari ni last day 2014. Sesungguh nya banyak suka duka 2014. Dengan dugaan dalam negara yg tak putus melanda. Terbaru banjir pantai timur. Semoga semua mangsa diberikan ketabahan dalam mengharungi waktu sukar ini dan semoga ramai rakyat Malaysia yg sentiasa prihatin turut sama membantu InsyaAllah