Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts
Assalamualaikum 
Apa khabar semuaa...? Sedar tak sedar dah lebih seminggu 
kita menjalani ibadah puasa.. Alhamdulillah.

Maaf lama tak bersiaran.. sangat sibuk akhir2 ni..
sibuk di tempat kerja.. di tambah pulak En Hubby yang terpaksa menjalani minor
operation batu karang minggu lepas...

Paling membanggakan tahun ini Danish masih puasa penuh sehingga 
hari ini. Alhamdulilllahh..! Dania baru dapat sehari..


Dengan rasa rendah dirinya nak berkongsi majlis yang baru di hadiri semalam.
Tahun ini  Ramadhan lebih bermakna kerana dapat di raikan bersama-sama
anak-anak di Baitul Hidayah Kg Sri Puchong.
Semuanya atas usaha keras Pn Organizer, BFF ku Suzanne Mennon (nama gelaran).
Alhamdulillah.. program yg di initiate kan oleh kawanku ini
mendapat sambutan yang amat menggalakkan 
dari rakan-rakan dan keluarga terdekat.

Berkat sokongan rakan2 yang menjayakan,
tahun ini dapat melaksanakan pemberian sepasang
baju raya baru untuk anak-anak di sini selain 
duit raya, majlis berbuka puasa dan sumbangan buat pihak
pentadbir.. Alhamdulillahh..!


Petang sebelum pergi tu aku pun dah ready buat Dadih untuk di bawa ke majlis.
Dania & Danish semangat menolong!!


1 shot sebelum gerak dari rumah.
Susah betul nak suruh posing cecomel budak2 ni kannnn


Jam 6:30 petang sampai sana, Pn Azuana, Pengetua Baitul Hidayah
sedang memberikan taklimat tentang sejarah penubuhan 
dan sedikit sebanyak tentang kisah anak-anak 
di Baitul Hidayah ni. 
Terdiri dari anak-anak yatim, anak-anak oku (dileksia),
anak terbiar dan juga anak-anak Asnaf.
Ada pekerja di sini yang terdiri dari ibu ibu tunggal.


Kemudian di teruskan dengan persembahan Nasyid dari anak-anak di sini.
Semuanya berbaju baru yang di berikan oleh para peserta program.
Mereka juga berkebolehan membuat persembahan di luar 
dan baru baru ini kali pertama menang sebagai Johan pertandingan
Nasyid peringatkat daerah Petaling.
Comel-comel tengok anak-anak di sini ;)


Di serikan lagi dengan persembahan silat.


Sengaja bawak Danish & Dania semoga mereka belajar
dan melihat sendiri bagaimana kehidupan rakan-rakan yang kurang bernasib baik 
dan mereka yang sudah kehilangan ibu dan ayah.
Semoga Danish & Dania lebih insaf dan syukur serta lebih
menghargai & menyayangi Mama & Papa okehhh.
Baby Dhiya macam biasa tinggal ngan Bibik kat rumah.


Ahaa.. gambar bersama  Pn Organizer (bertudung hitam) yang bertungkus lumus
menjayakan projek ini bersama suami.


Danish & Dania di saf belakang.. Danish tu muka dah lepak habis 
tunggu waktu berbukaaa uhuhu


Sebaik Azan berkumandang, semua berbuka ringan, bersolat Maghrib 
berjemaah dan baru mula makan berat.
Hidangan hari ini Nasi beriani & Nasi hujan Panas.
Caterer pun dari kaum keluarga Pn Organizer. Alhamdulillah..
sedapppp sangatttt 




Anak-anak yang di raikan 


Danish & Dania pun tekun makan


Acara kemuncak, pemberian duit raya hasil kutipan dari 
para peserta program. Alhamdulillah....


Comel-comel adik kat sini tauuu


Sempat bergambar bersama BFF sebelum bersuraii..
Terima kasih tak terhingga buat Pn Suzanne mennon & keluarga
yang menjadikan projek ini satu realiti.

Kepada kawan-kawan yang mungkin berminat untuk menghulurkan sumbangan
boleh la hubungi No serta alamat di bawah :
Lokasi berhampiran Tol Puchong Barat.


Ada 46 orang anak-anak yang di besarkan disini,
paling tua berusia 16 tahun dan paling kecil di bawah satu tahun.


Lebih mengkagumkan, Pn Pengetua turun membesarkan keluarganya
di Baitul Hidayah termasuk anak-anak 
dan menantunya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 mereka
membesarkan anak-anak di sini....

Salam...

Orang kata "Hijrah itu Pengorbanan"..
Huh...! besar maksud tuhh..!!
Ahahahahah.. 

Ni tentang HIJRAH kerja aku..
Start bulan lepas dah pindah kerja baru..
tapi OFIS kerja baru tu letaknya kat Damansara..
tempat yang CONFIRM aku tak terlintas nak hantar resume pun! ha ha ha


gambar dari surau tingkat 12

Tapi di sebabkan tempat kerja baru ni ada plan pindah ke Cyberjaya.. 
so gagahla jugak apply dan Alhamdulillah....
Dan start awal bulan lepas bermulalah episod berulang alik lah aku 
ke Damasara yang terkenal dengan kawasan SESAK & JAMMED tuh.. 
yang tiap-tiap pagi confirm keluar kat laporan lalulintas radio Hot FM..!
dan setiap kali ke udara ulasan tu aku mesti berkata dalam hati "ye ye. aku ada kat situ".

Selalu aku dah kuar highway pun gelap lagi cam nihh... 
Seb baik la CD lagu Maher Zain ada buat penghibur hati penenang jiwa.
Credit tu Fauzi & Firdaus ~ ex-ofismate


Setiap pagi aku terpaksa bertolak sebelum kul 7 pagi *kalau nak 'selamat'*.
Ada 2 jalan.. ikut Elite highway kuar toll Damansara RM 13 pergi balik or ikut
LDP yg sokmo jammed tahap dewa toll RM3.20 pergi balik tapi confirm tak sampai 
kurang dari sejam setengah! ha ha. Kalau hujan leh cecah 2-3 jam lagii.. huhuhu.
Ada satu option masuk KL keluar MEX.. tapi aku tak sempat belajar jalan tu huhu.


Hari-hari average 3- 4 jam gak le drive pergi balik.. tu paling cepatt.
tu baru bab driving.. bab parking lagi satu halll..
memang MASAKKK laa parking kat area-area nih.
Secure parking*nama company* bersepah-sepah.. tapi  MAHAL GILER. Rate 1st 1 hour RM2, jam berikutnya RM3, Jam berikut dan seterusnya RM4/hour. GILA ke aperr..
kalau parking 8 jam leh cecah RM30 wehhhh!!
Masak-masakk...

Tapi ada la satu parking ni RM 9 /entry/day.
RM 9 bebb..! 10 hari RM 90! 


Pastu kalau parking kat situ keta aku CONFIRM dia dah reserve utk 
parking kat hujung tebinggggg nuu....! 
alasannya keta ku panjang huhu. Nak masuk parking pun aku ngeriiii siottt.... bayangkan kalau reverse masuk parking tu kat reverse camera tak nampak tanah dahh.. nampak lalang tepi gaung jekk.. fuhhhhhhhhhhhhh!! Tiap kali masuk keta mesti aku cek gear betul2 masuk D.. 
kot tersilap masuk R memang 'selamat'..!!! Dah la nak kuar parking tu pun turun bukit 45 deg gakk.. curam abess.. kalau turun tu tak nampak tanah sehh.. nampak bumper enjin keta depan jee.. hua hua huaa!
2-3 hari pertama aku parking situ berdebar tiap kali nak turun bukit tu huhu


Pastu nak turun parking tu ada lak tangga yg curam 45deg gak..!! oh gayatt gayattt..!
dah la lebar tangganya kecikkk.. tapak kaki pun kena menyengett pijak huhu


pandangan dari bawahh.. tak gayatt..? 
tapi kadang aku tak ikut tangga ni.. pusing jalan lain jauh sket huhu.


last-last aku follow ofis mate aku yg menumpang parking kat depan rumah 
resident kat situ. jauh tuuu jalann.. 15 minitt wehhh!! 
Kalau tengok kat jalan ni keta aku pun ada.. nuuuuuuu
hujung sekali tuuu.. tak nampak kan..? punya la jauh ha ha.
Excercise worth RM 9 la katakannn
Tapi area-area sini pun berisiko gak.. ade je kes-kes kereta memember 
kena tarik dek majlis perbandaran. Dah satu hal plak nak bayar sampai RM200!


Ha ni zoom dekat2 skett.. kira 2 keta depan aku pun pun park-mate aku gak le.. biasa aku sampai mesti keta diaorang dah parking dulu. Susunan same je hari hari hehe. Anyway ma kaseh la kat tuan umah.. moga murah rezeki aminn.


 Tu belum lagi cabaran melintas jalan ni... huhuhu. Memang mencabar 
la duk area Damansara nih.. 'masakkkk!' Moralnya masa memula tu kos milleage sehari RM13 + RM 9 + RM20 dalam RM40 ++. 10 hari RM400...! kalau sebulan..???

Anyway.. semuanya dah berlalu..!! Alhamdulillahh... ! setelah hampir 10 tahun berulang alik berkilo-kilo metriko. penantian aku berbaloiii akhirnya... hari ni 1st day masuk kerja ke ofis kat Cyberjaya... 
cuma < 10 km away from home. tak de toll dan tak jammed! *buat masa ni*. Aku memang betul-betul rasa 'bahagia' drive gi kerja hari ni. LEGA yang amat...!!! Bawak keta pun senyum meleretttttttttttttttttt hehehehehehe.. Parking tempat kerja baru pun bersepah-sepah.. ada 900 lot parking biasa tak termasuk reserve parking..FREE pulak tu.. keliling bangunan ofis je.. Syukrann..! Itulah yang di namakan..

 HIJRAH itu PENGORBANAN..!
Salam..
Ahaaa.. semalam Aku & Abang pagi-pagi lagi dah sampai kat Plaza Low Yat, KL.
Balik dengan Wireless Modem & Router baru... beserta Wireless internet camera.


Sebelum ni dah pasang web cam kat rumah... ni tambah satu lagi wireless kamera.....
Semuanya gara-gara kepercayaan kami yang tercalar kepada pembantu rumah.

Kita ni sebagai Manusia .. siapa-siapa pun,
kepercayaan tu adalah sesuatu yang tidak boleh di jual beli.
Sekali kita kehilangannya.. sampai mati pun belum tentu kita dapat tebus kembali.


Moralnya :
Peliharalah kepercayaan orang kepada kita.. kalau tak macam nilah jadinya *contoh*...
Lepas ni segala gerak-geri kami perati... tahu atau tidak, suka atau tidakk..
bukan lagi pilihan. Itulah padah bila kata-kata tidak lagi bermakna....
walaupun aku tahu semuanya berpunca dari
pengaruh dari pembantu lain yang dah jadi 'taiko' di sekitar taman perumahan.
Apapun kina hanya 'VIDEO' pembukti bicara...! Huh!

Just touched down. Alhamdulillah settle gak akhirnyaa.. fuhhhhhhhhhhh...!
Kat LTSAAS (Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) Subang.. tengah tunggu Hubby & Kids datang fetch.Really misss them so muchhhhh..!!
And miss my blog too..!! he he

Lawa dah aiport nih. Rasa cam kecik je *compare ngan KLIA* padahal 13 tahun lepas first time fly ke Narita Airport Japan dari sini laa... nostalgic la plak.

Anyway kepada para pemenang My Familys Sweetest Contest @ Sweet Omoide
penghantaran Hadiah mungkin akan sedikit delay di sebabkan ad-hoc schedule ni. Tapi don't worry
selewat2 akan di pos by next week yekk! Sian korang asyik kena hold 10 hari jekk. ekekeke.

gambar orang yg dah tak sabar jumpa bantal. Dedor dah dedor dah nihh... Mata pun tak larat tak bukak dahh

Badan rasa letih giler.. rasa cam nak collapse sangat dah nih. To be continue.. bubaii!
 
Big Apple Donut celebrate 3rd years anniversarry tahun ni... aku plak tak pernah rasa terhingin pun nak makan donut nih tak kira la dunkin donat ke apa apa nat nat ni sebab tahu ianya manis sangatt..! Rasa bleh pening kepala makan manis-manis sangat nihhh...

Tapi ntah sejak bila dan kenapa... sejak awal tahun ni tetiba TER'seru' plak nak merasa Donat Big Apple nihh... sekali aku beli kat SACC... rasanyerrr.. tepung donat yang lembut, perasa yang pelbagai, manis nikmat diet tak hingat di tambah plak taburan  kacang2 yg rangup... perrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
 memang mencengkam kalbu dan buat aku terhingat hingattt cik donat nat nat nat nih.. kui kui kui.

Yang paling jadi peberet ialah segala yg di tabur kan kekacang especially kuaci tuhhh!! Adusssss.. sekali makan memang terhingat hingattt sampai sudahhhh ha ha ha.

Maka tu jugak.. sejak 2 minggu lepas je dah 4 kali aku berulang alik beli Donat Big Apple nihhh.. dan 2 kali antaranya seperti dalam gambarrr.. kesian aku, orang lain makan dah nak muntah, aku baru terhinggin! sabor ja lahhh ha ha ha.

Just nak share, harga dari RM2.30/pc. RM12.50 / 6 pcs and RM23 /12 pcs.

Yang pasti bila dapat beli donat yg pelbagai perisa/kaler tuh memang hati aku berbunga bunga gembiraaaa.. tak sabor nak rasa tiap2 satu donatt bak kata Big Apple ! every piece is master piece!

Buat para peminat Big Apple Donut, sekarang nih tengah berlansung peraduan sempena 3rd anniversarry Big Apple Donut. Setiap pembelian RM15 akan dapat satu borang penyertaan.. hadiah berupa pakej2 perlancongan dan wang tunai! So kalau ada tersinggah dan terbeli donut bleh la masuk peraduan ni sekali. Mane la tau ada rezeki menang peraduan plak kan!

Apapun, Selamat menyambut Hari Pekerja kpd kengkawan sekaliann.....!
selamat berhujung minggu dan selamat berehatt!

p/s: Kami ke Ipoh esok pagiii ada hubby's company nyer bowling tournamenttt. Sikit punya jauhhhh da... hu hu hu. Layannn je lahhh... ha ha
Bersawang jap blog nih.. iskk iskkk. Too many story to tell but to little time to spend uhuk!

Dah lah since last week tak leh access internet- refer to streamyxnyer wireless modem condition. Mula-mula ingatkan mmg problem kat TMNet kebetulan lak last week dapat call Abah tak sihat kelam kabut balik kampung dah lupa dah pasal streamyx. Tapi bila balik semula rumah tetengok masih same condition so start la call TM tanya status.

Bila call TM punya la terkejut bila dapat tahu yg line streamyx tu dah di terminatekan ....???!!!!!
Aikkk.. baru pasang sebulan, tak dan bayar bill pun lagi ( belum due pun) dah kena terminate..? Masalahnye kitaorang tak de pulak request utk terminate..!
Just to share my experience. 1st day call customer service (Dial 100). So far bila call memang layanan tu berbudi bahasa cuma ultimate resolution tu sokmo blurrrr! Bila dia jawab "Okay, nanti supervisor saya akan call balik.." memang nampak gaya sampai esok, lusa, tulat, tungging hatta tahun depan sekalipun jangan harap la nak dapat return call. Dah la tak pasal2 kena terminate pastu kita plak yg kena pergi balik ke TMPoint untuk check balik condition! Really irritating argghhhhhhhhhhh!!!
The next day hubby lak call, pun dapat janji yang sama " Tak pa encik saya check dulu, nanti saya akan call balik. Saya mesti call Encik balik hari ni juga..." dari pagi sampai ke petang bawak ke malam tak de gak dapat return call macam la customer tak de kerja lain nak buat selain call berkali-kali utk follow up sama gak cam experience masa nak install line streamyx dulu! More than 2 weeks baru leh dapat pakai streamyx upon registration!

Malam tu balik rumah my hubby call lagi TM. Dah la everytime call akan terpaksa explain semula dari A-Z..! Padahal everytime call CS mesti kena open report tapi tak tau la apa yg di'report' kan! 1st attempt CS operator angkat and mentioned according to report subsriber yg request to terminate. So kalau betul subsriber yg request termination kitaorang minta evidence.. bila dan oleh siapa? Katernya cuma pelanggan dan agen je yg boleh request utk terminate streamyx. Bila minta di sambungkan dengan orang atas, line transferred tapi 10 minute tunggu pun still line tu dlm mode 'disambung'kan ?? Adoiii....!!!! Tensennnn nyer makcikkk!!! Pass tu call lagi.. same gak bila kater nak transfer ke supervisorrr terus laaa jadi tak de answer terusss! Memang sangat buang masa, tenagaaaa dan mengurangkan pahala betulll melayan karenah CS TM Net nihh! Adoiiiiiiiiiiiiiiii...!!
3rd time call, En Hubby pun dah panassss nihhhh...! Suara pun dah
naik dahhh.. last-last mintak sambungkan dengan managerrr kalau dah susah sangat nak transfer line ke supervisor. Maka line pun di'sambung'kan lagi.... Tup-tup bila angkat call.. ex-junior kitaorang lak yang on duty! My ex-junior yg cam my Hubby nyer nama terus tanya hubby dulu ex-Asb*** ?... terus laaaa controll skettt amarahhh tuh... sangat bernasibb baekk la tuh kalau takkk...hissssssssssssssssssssss! *Tarikkk nafassssss!!*
Anyway, at the end En Hubby pergi gak ke TM Point the next day ( Dah 3rd day since first report) and according to TM Point memang agen (with reference number) yg submit termination request! Sengaaalllllll betullllllllllllllllllllllllllllllllll! Tak pasal2 jugak customer yg jadi mangsa kena register balik new line...! Dah la mula-mula estimate the next 3-7 days lak baru leh settle pas runding2 lagi kalau tak esok next monday plakkk baru siap! Itu pun kalau leh siapp.. TM kan.. paham-paham je la! Memangg sangat sengall.. dengan agen TM nyer termasuklah procedureeee TM point & TM family sekali aku rasa memang sangat sengall tahap DEWA dan tah hapa-hapa...! Padahal tu kira internal technical error tapi customer gak yg tak pasal2 kena turun padang to settle down. Number Agen tu plak pakal je 'lost' kalau tak memang.....dot dot dottt! Tensennnnyerrrrrrrrrrrrr!! Arrghhhhhhhhhhh!!!
Aku bukan tak pernah buat complain ke TM Point (online) tapi macam la diaorang 'dengar dan cuba lihat' pun! Hatta reply E-mail yg at least menunjukkan E-mail tu sekurang2nyer 'telah di baca' pun tak dapat.. so tak de makna nyerrr la susah payah nak karang mail utk complain. Kalau complain kat TM sendiri pun diaorang tak layan so apa kata tulih je lah kat blog sendiri.. at least leh la share ngan member2 terdekat buat lepas tensenn... iskk iskk iskk.
Moral of the story, pakal je lah TM satu-satunya wired broadband provider kat Mesia ni so boleh la tunjuk taringg.. memang tersangat la HAMPESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!
Terkini :
Dah dapat call agent dan bila tanya agent mati-mati kata dia tak ada submit apa2 cancellation or termination request sedangkan TM Point kater agent yg submit request. Jadi kawan-kawan, soalan cepu emass.. siapakah dalang di dalam TM yg telah dengan PENUH KE'SENGAL'AN cancellkan line streamyx kitaorangg.. ?? jeng jeng jenggg.. Agak -agak kalau suh diaorang siasat diaorang nak siasat takk..? ke takat pass sana pass sini je... bak kata Nabil ~ Lu fikir la sendiri... huh !
Early morning this mail just came across to my mailbox fowarded by my fellow friend.
Just want to share with you guys out there... a very inspiring thought.

Friends, make sure you read this story until the end
POWER OF MONEY

By Adam Khoo - Singapore's youngest millionaire at 26 yrs.


I travel around the region pretty frequently, having to visit and
conduct seminars at my offices in Malaysia, Indonesia, Thailand and Suzhou (China).

I am in the airport almost every other week so I get to bump into many people who have attended my seminars or have read my books.

Recently, someone came up to me on a plane to KL and looked rather shocked. He asked, 'How come a millionaire like you is traveling economy?' My reply was, 'That's why I am a millionaire. ' He still looked pretty confused.

This again confirms that greatest lie ever told about wealth (which I
wrote about in my latest book 'Secrets of Self-Made Millionaires').
Many people have been brainwashed to think that millionaires have to
wear Gucci, Hugo Boss, Rolex, and sit on first class in air travel.
This is why so many people never become rich because the moment that
earn more money, they think that it is only natural that they spend
more, putting them back to square one.

The truth is that most self-made millionaires are frugal and only
spend on what is necessary and of value. That is why they are able to
accumulate and multiply their wealth so much faster.

Over the last 7 years, I have saved about 80% of my income while today
I save only about 60% (because I have my wife and 2 kids, mother in
law, 2 maids etc. to support). Still, it is way above most people
who save 10% of their income (if! they are lucky).

I refuse to buy a first class ticket or to buy a $300 shirt because I
think that it is a complete waste of money.

When I joined the YEO (Young Entrepreneur's Orgn)a few years back (YEO
is an exclusive club open to those who are under 40 and make over $1m
a year in their own business) I discovered that those who were
self-made thought like me. Many of them with net worth well over $5m,
travelled economy class and some even drove Toyota's and Nissans,not
Audis, Mercs, BMWs.

I noticed that it was only those who never had to work hard to build
their own wealth (there were also a few ministers' and tycoons' sons
in the club) who spent like there was no tomorrow. Somehow, when you
did not have to build everything from scratch, you do not really value
money. This is precisely the reason why a family's wealth (no matter
how much) rarely lasts past the third generation.

Thank God my rich dad foresaw this terrible possibility and refused to
give me a cent to start my business.

Then some people ask me, 'What is the point in making so much money if
you don't enjoy it?'

The thing is that I don't really find happiness in buying branded
clothes, jewellery or sitting first class. Even if buying something
makes me happy it is only for a while, it does not last.

Material happiness never lasts, it just give you a quick fix. After a
while you feel lousy again and have to buy the next thing which you
think will make you happy. I always think that if you need material
things to make you happy, then you live a pretty sad and unfulfilled
life..

Instead, what makes me happy is when I see my children laughing and
playing and learning ! so fast. What makes me happy is when I see my
companies and trainers reaching more and more people every year in so
many more countries.

What makes me really happy is when I read all the emails about how my
books and seminars have touched and inspired someone's life.

What makes me really happy is reading all your wonderful posts about
how this blog is inspiring you. This happiness makes me feel really
good for a long time, much much more than what a Rolex would do for
me.

I think the point I want to put across is that happiness must come
from doing your life's work (be it teaching, building homes,
designing, trading, winning tournaments etc.) and the money that comes
is only a by-product.

If you hate what you are doing and rely on the money you earn to make
you happy by buying stuff, then I think that you are living a life of
meaninglessness.
Gambar ini dirakamkan sekitar tahun 1920-an bertempat di sebuah perkampungan yang terletak di Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor. Lelaki segak yang duduk ditengah2 antara 4 orang wanita ialah Allahyarham Hj Ridwan, datuk aku iaitu ayah kepada abah.. 4 orang wanita di kiri dan kanannya ialah isteri-isteri beliau dan nenek kandung aku, adalah isteri ke-2 yang duduk disebelah kanan Allahyarham *dari depan*.
Menurut Abah, adik beradik abah ada 20 orang semuanya termasuk adik-beradik tiri... Abah adalah anak bongsu dari 6 orang beradik dan tahun ni usia Abah dah pun menjangkau 68 tahun... Kesemua keluarga besar Abah menetap di kampung yang sama tapi dirumah-rumah yang berlainan. Katanya lagi, arwah Atuk siap ada buatkan sebuah surau untuk semua ahli keluarga sembahyang berjemaah..
Namun, bila usia meningkat ada juga yang berhijrah keluar dari kampung termasuk Abah.
Didalam gambar dipangkuan allahyarhamah nenek ialah kakak kandung Abah yang kini masih menetap di kampung yang sama.. Adik-beradik Abah yang masih menetap disana termasuklah Wak Basoni, Wak Som & Wak Seri. Alhamdulillah ketiga-tiganya masih sihat walaupun ada yang melewati usia hampir 90-an... Gambar ini pula dirakamkan pada Aidilfitri 2008.. Disebabkan Abah tiada didalam gambar sebab ketika gambar lama itu diambil Abah pun belum lahir lagii, makanya kami rakamkan gambar kami sekeluarga pula di hadapan rumah yang sama! Rumah pusaka yang hampir berusia 100 tahun itu kini tidak lagi diduduki oleh sesiapa tapi masih dijaga kerana ramai lagi keluarga Abah yang menetap di sana..

Teringat dulu masa kecil-kecil (aku sekolah rendah) kalau balik kampung aku rasa dari rumah pertama masuk simpang kampung tu sampai hujung kampung berderet2 rumah saudara-mara aku... heheheheheh. Dulu-dulu seronok kalau dapat berkubang dalam 'kolam mandi'.. ada pokok buah-buahan yang besar2 bagak nak main buaii.. sepupu sepapat pun ramaiii.. tapi bila dah besar ni masing2 dah bawak haluan sendiri.. aku sendiri pun seawal umur 13 tahun dah merantau ke Kuantan, lepas SPM sambung belajar kat KL, lepas 2 tahun terus terbang seberang lauttt... manalah nak jumpa sedara mara melainkan time cuti2 sekolah.. & cuti2 semester.. itu pun kalau boleh jumpa.. kalau takk..? Moralnya masing-masing pun dah sibukkk sampai kadang-kadang bila dah berkeluarga nih kalau jumpa time kenduri-kendara pun payah nak recall... iskk iskk iskkk

Walaupun arwah atuk berkahwin 4, tapi dikalangan adik-beradik abah termasuk yang tiri aku pun tak ada dengar lagi yang berkahwin lebih dari satu melainkan yang berkahwin semula setelah pasangan meninggal dunia...

Moral of the story..
Selalu berangan untuk cari balik & buat salah silah susur galur keluarga sebab kadang-kadang raya bila tanya ramai jugak yang duduk KL.. jadi kalaulah ada para pembaca yang familiar dengan kisah keluarga ni boleh la hubungi aku.. manalah tauu kita ni rupanyer sedara mara.. lalu depan mata tapi sendiri pun tak perasannn!!! huhuh
'warna-warni' kehidupan ....
Ada masanya aku suka kalau kami pakai sedondon.. ada masanya aku tak kisahh.. kalau rajin aku yang pilihkan semua baju utk dipakai Abang dan anak-anak.. kalau tak berapa rajin Abang & anak-anak boleh pilih sendiri baju apa nak pakaii..

Satu hari kitaorang nak keluar malam cari goodies untuk bufday Danish...
Abang pilih baju color hijau.. aku pulak pilih kaler biru tapi matching brand dgn Abang sementara bibik siapkan Danish & Dania.
Sekali tu turun bawah aku tengok.. Danish pakai baju kaler merah & Dania pulak kaler kuning. Ehhh 'warna-warni' plak kitaorang hari ni.. lengkap pulak semua kaler -biru merah kuning hijau ! tak disengajakan pun.. terus snap 1 shoot.. jadi simbolik pulak huhu

Setiap satunya punya identiti, citarasa, personaliti & warna tersendiri dan itulah yang menjadikan kehidupan ini lebih berwarna warni dan berseri asalkan saling memahami...
Di satu maghrib minggu lepas..Azan baru lepas berkumandang dan aku baru lepas berbuka puasa sambil BF Dania depan TV.. Tiba-tiba bunyi bising macam benda berlanggar kat laman rumah. Aku terus kelam kabut buka pintu. Serasa mcm ada bendalah terlajak masuk porch rumah kott..

Bukak bukak pintu tgk anak jiran aku dengan motornyer dah tergolek depan keta aku yg parking depan rumah. Selalu balik kerja memang aku parking kat luar sebab biar Danish & Dania bleh main kat porch tu. Malam nak tidur dalam kul 10 tu baru la park masuk kereta dan time tu biasanya Danish & Dania akan ikut jalan seround dulu barulah bleh park kereta masukkk... dah sejak bertahun mmg kereta tu akan park kat luar lepas kerja mcm tu jugak jiran sebelah umah aku..

So berbalik pada cerita tadi, aku pun terus la panggil (aka jerit) Abang keluar..! Panik panikk...Memula risau gak tengok anak jiran aku yg dah tergolek depan rumah. kebetulan maknya pun mmg seiring dgn motor anaknyer tadi so maknyer pun nampakla apa yang berlaku. Menurut anaknya - si bujang 15 tahun, ada serangga masuk mata tu yang buat dia terbabas langgar keter kitaorang..

Tengok la luka ke tak.. Abang lak dirikan balik motor.. luka sket kat kaki pastu budak tu dok menahan senak kat dada..sebab rempuh side mirror kottt. Kakak sebelah tu pun duk tanya alamak camne kereta.. kalau ada apa2 bagitau tau lahh tapi since maghrib tak pe lah aku terus la suh akak jiran sebelah rumah aku tu balik dulu..tengok2 anaknya kalau teruk kena bawak gi klinikk..tak teringat pulak nak tengok keta cam ne cuma masa kakak tu nak balik baru perasan rupanya side mirror aku dah bersepai..tu pun kakak tu pungut buh dalam bakul motor pastu baru perasannn... lor rerupa side mirror yg dah bersepaii.. iskk iskk iskk

Anyway malam sket baru teringat nak tengok keta... sekali tengok....tu diaaa
i) Side mirror patah
ii) Skirting pintu bawah bergarittt.. dalam gakkk
iii) Pintu penumpang belakang calar
iv) Logo Proton kat sport rim pecah

Moralnya malam tu aku panggil gak la kakak sebelah tengok..
ingatkan tak apa2 rupanya apa-apa jugakkk huhuh.. apo nak buekkk

So isnin lepas hantar pi kedai sebab akak tu nak cover repair cost. Total kalau nak repair RM560! Sebab nak kena ketuk & sembur cat balikk...gullpppppp!!!Nak seminggu gak aku & Abang drive tanpa side mirror! Sengetkan back mirror ke tepi je utk gantikan fungsi side mirror tapi payah gak la sebab tak biasa kan apa2 nak tukar line mesti nak tengok side mirror. Moralnya Khamis lepas Abang beli side mirror dan jadi pomen pasang sendiri sebab kalau buat kat kedai RM150! Beli spare part pasang sendiri baru RM115...Dah jimat RM35..caya la Abang.. Ada bakat terpendam rupernyer huhuh
Moral of the story :
Anak lelaki memang mantenance tinggi...!!! huhuhuhu
P/S: Aku pun pernah experience 'sondol manja' keta bos aku masa nak masuk parking kat ofis. Camna tah bleh plak pagi yg sama ada gak keter lain 'sondol manja' gak keter bos aku nihh sebab bila pergi check, apsal jumpa cat keta color lain pun lekat gak kat body keter dia.. penyudahnye tong2 gak bayar repair cost yg berjumlah RM450.. hua hua huaa..
Setiap pagi bila aku keluar bekerja, aku akan melalui 'jalan dalam' dan cuba mengelak untuk lalu LDP-Hicom apatah lagi jalan depan proton yang sememanggnya terkenal dengan tahap kesesakan lalulintas terlampau! Entah berapa kali aku menanggung rasa geram dan terkilan bila ada polis2 traffic yang tak mampu nak mengawal lalulintas dpn proton - shortcut ke Sharp dengan lancar dan aku sedia maklum semuanya pun gara2 kesesakan terlampau dekat flyover masuk shah alam dari KESAS tu. Jalan short cut ke SHARP tu pun dah berapa kali di tutup supaya traffic dari simpang 3 Hicom boleh terus je masuk ke Sri Muda-Bulatan JVC tapi cubaan ntah berapa kali tu pun tetap GAGAL dan itu tak termasuk pulak traffic jam kalau ada accident dan sebagainya pendek kata memang tertekan jiwa ragalahhh!!. Makanya sebagai alternatif aku memilih 'jalan dalam' demi memastikan aku boleh sampai office sebelum jam 8:30 pagi!
Jalan dalam yang aku lalui ni pun berkat info dari ex-ofis mate lama aku yg duk setaman dulu. Jalannya melalui kawasan kampung.... kebun-kebun.... menyusuri sungai Klangggg.. jeng jeng jenggg... melalui bawah Highway Elite... dan akan keluar ke Sri Muda... Jalan memang tak berapa elok.. ada jugak kena merentas jalan tidak bertar. Dan yang bagusnya tidak perlu melalui tol tapi sebagai timbal balikk.. mantenance kereta aku pun naik la skettt.. huhuh. Tapi jauh berbaloi dengan ketenangan minda yang aku perolehi kerana jalan ini jauhhhhhhhhhhhhhhhh dari kesesakan lalu lintassss sewaktu peak hour pagi hatta hujan sekalipun... cuma kalau hujan memang berdebu tepu lah kereta aku tuhh.. uhuk!. Balik kerja petang baru aku ikut jalan biasa Hicom-LDP dan terpaksa kebalkan diri juga merempuh kesesakan. Kalau nak tau 'jalan dalam tu'.. cuba2lah cari di google mapp ya.. heheheheh
Anyway apa yang nak aku ceritakan ialah... sepanjang aku melalui jalan ni yang entah dah berapa bulan nak dekat setahun pun.. aku selalu terserempak dengan seorang pakcik menunggang basikal tua...

Pak cik ni akan berkopiah, mengenakan baju melayu warna marroon dan berkain pelekat kecoklatan. Kadang2 aku terserempak dia mengusung basikal sambil berjalan.. kadang2 dia mengayuh basikal.. dan aku sempat kira jarak terdekat dan terjauh pakcik ni pernah pergi..
3.5 KM! Jauh tuu utk menunggang dan berbasikalll untuk seorang yang dah berumur! Dan berbulan jugak la sampai aku dapat snap 2 foto ni pada arah yang berbeza sebab kekadang aku lalu terlupa nak ready camera lah, kekadang aku snap ada kereta lain lalu lah al maklum aku pun tengah drive!

Tapi apa yang menarik perhatian aku ialah... pakcik ni .. setiap kali aku terserempak walaupun sejak berbulan yang lalu...akan berkopiah, mengenakan baju melayu warna marroon dan berkain pelekat kecoklatan.
Setiap kali!!!
Tak pernah walau sekali pun aku jumpa pakcik ni dengan pakaian lain!!!

Dan itu membuatkan aku sering tertanya-tanya...

Siapakah pakcik ni
Dimanakah dia tinggal
Siapakah keluarganya
Siapakah anak-anaknya
Kemanakah dia hendak pergi setiap hari.....
Kenapakah aku tak pernah nampak dia dengan pakaian lain setiap kali aku terserempak..?

Dan persoalan masih dan sentiasa terus berlegar dalam minda aku....
Agaknya siapa pakcik ni ya....?

Namun, walau siapapun Pakcik ni aku doakan semoga dia sentiasa diberikan kekuatan dan kemudahan untuk menempuh sisa-sisa kehidupannya..
Last week dapat FREE Movie Screening tiket movie - Transformer : Revenge of the fallen - dari vendor Cisco & iDeal (Hmm.. tak pre-screen pun ohok!). Dapat 1 invitation utk 2 seats so of course la aku ajak room-mate- Abang gi tengok he he. Location GSC One Utama, 3rd July (Jumaat) kul 9:00mlm. Danish & Dania tinggal la ngan bibik kat umah heheheh.


Dari mula memang plan nak ajak Danish gi tgk movie ni tapi since ter-dapat tiket free moralnya Abang cakap - Danish tengok CD je lahh.. huhuhh. Sebelum movie start sempat la gi makan kat yoshinoya. Ambik yoshinoya beef bowl set and Abang ambik salmon set.. Last aku makan kat Yoshinoya ni kat Mid-valley 4 tahun lepas kot tak silapp. OK. Harga berpatutan.. cuma chawa mushi dia aku bagi 2.5 star out of 5! Kurenggg skett tapi beef bowl dia sedapp gak .. daging pun lembut jeee. Abis makan sempat la meronda jap sebelum masuk ke GSC. Kul 9:00mlm movie startt..... teringat lak kat Danish huhuh


Lepas tengok, conclusion memang best la movie ni kan. Aku rasa lebih banyak action scene compare previous. Cuma bila robot2 tu transformed ada gak la yg berserabut and rasa aikk.. tadi masa jadi keta/lorry kecik je apsal bila dah transformed jadi besar gilerrr..? iskk iskk iskk.. cam biasa ada unsur2 komedi gak.. yg lawaknyer ada plak la transformer tua yg siap berjanggut dan bertongkattt.. waahahah!. Anyway aku bagi rate 4.5 star out of 5. Nak tau kesudahan? Pi la tengok sendiri.. dijamin berbaloiiiiiiiiii..
Movie tamat nak dekat kul 11:30malam.. Sebelum keluar dari OU pi la toilet japp.. tetiba aku terjumpa sesuatuuuuuuuuuuuuuu.. jeng jeng jeng!
NOKIA- N82 cantik je bersandar atas lantai
So apa yg berlegar diminda aku?
- Aikkk... ada handphone...? Biar betulll! Nokia N series plak tuu...
- Hmmm................................ dah la tak ada orang.. ni kira rezeki aku ke ni..? (ha ha tu dia! setan hasut dulu!)
- Iskkkk.... mana bleh. Ni hak oranggg...
- Hmmm....... biar je lahh.. mana la tau tuannya datang balik ambikk
- tapi dah larut malam nih.. mana ada orang dah...???
- Kalau aku tinggal... mesti orang lain yang 'sapu'......
- Nak bagi kat guard pun ntah sape2 guard bangla gak nyer yg tinggal malam2 buta ni.. bukan boleh caya pun.. isk iskk iskk
So cam ni lahh..
Baik aku je lah yang ambikkk..... he he he!
Oppssssss nanti dulu!!!!
Bukan ambik nak buat reta.. ambik tolong simpankan.. so pepandai la tuannya nanti jumpa aku kalau nak hp dia balik dari aku tinggal silap2 langsung jadi macam tricycle Dania! Ha ha ha ha!
So keluar toilet terus la aku bagitau Abang.. Abang pun angguk setuju ngan tindakan aku
Godeh2 hp tu cari call list dia and call satu nombor terakhir dlm rekod kul 10:45 mlm thru HP tu
Aku : Elo.. ni ***** ker..?
F** : haa.. eh bla bla bla bla (aku pun tak berapa dengar dia cakap sbb dia pun cakap laju semacam sbb ingat aku ni member dia - owner hp kot )
Aku : Err.. saya bukan pemilik HP ni.. tapi saya jumpa HP ni kat toilet OU. Awak kenal ke
sesiapa orang yg terdekat dgn dia yg awak rasa ada dgn dia sekarang ni?
F** : Ohhh.. ye kerr.. ada ada! dia dengan husband dia sekarang.
Aku : Boleh bagi nombor dia ke sbb saya cuba gak cari tapi tak tau la.. *sbb aku cari nama kata nama khas yg manja2 tak jumpa plak huhu*
F** : Oh.. nama dia M*** ni nombornyer. Tak pe nanti saya call husband dia suh call you balik yerr.. Err siapa yg bercakap nih
Aku : Izan.. * he he*
F** : Oh ok. Terima kasih ye Izan.. nanti I suruh dia mintak call you balik ok.
Tunggu seminit 2 tak de call pun aku pun terus la call je nomo yg dia bagi. Dah lewat ni malas plak nak tunggu lelamer
Aku : Err.. *** ke ni? Saya ada kat 5th floor OU ni
S** : Ha ahh.. errr. I kat sungai Buluh ni dah on the way balik ke sana. You boleh tunggu kejap ker?
Aku : Okayy.. boleh
S** : Hmm.. tak pun senang I ambik kat rumah you je lah. You duduk mana yer?
Aku : I duduk Puchong. Taman *****
S ** : Oh okayyy.. I pergi rumah you terus
Aku : Tak pun you tunggu kat Jusco IOI je lah.. I pun on the way pergi sane *since Abang parking kereta kat situ*
S** : Okayyy
So moralnya dalam pukul 12:20mlm, 15 minit lepas aku sampai kat Stesen Minyak Esso sebelah Jusco IOI pemilikHP tu pun sampaii.... satu family dng hubby dia & 2 kidss
So dengan senang hatinya aku pun serahkan lah HP tu kat tuan punya badannn..
kebetulan tuan punya badan plak owner spa/saloon boutique kat sungai buloh *jauhnyerr*.
Owner pun ucapla terima kasih sambil pelawa lah datang ke boutique dia utk treatment sambil sempat lagi hulur note RM50! huhuh..
Anway aku ikhlas je dan aku tolak dengan baikk...
So moral of the story 2
Sebenarnya dek terkenangkan rasa terkilan aku kat tricycle pink Dania yg kena rembat orang yg hilang tertinggal kat taman mainan dkt ngan umah bulan lepass... so tak payahla orang lain rasa apa yang aku rasa.. huhuuh!
*NOTE : Teringat 3 tahun lepas buka puasa dgn office mate & vendor kat Blue Wave hotel. Nak balik tu jumpa orang tinggal purse yg tebal giler kat meja sebelah.. cam biasa nak pulang kat guard memang tak caya so kitorg cari name card dlm purse.. call org2 yg dirasakan kenal owner dan alhamdulillah.. dapat pulangkan purse tu ke tangan owner sendiri... huhhu
Salam Aidiladha buat semua..


AidilAdha tahun ini kami sambut sederhana..
Aku pulak selesai Exam JLPT jam 6:30 petang Ahad.
Lepas maghrib & dinner baru balik Pahang bersama bibik,
Idie & Iwan.
Sampai Jengka pukul 12:00 malam.
Di rumah Ma (my SIL) dah selesai rebus ketupat segera.
Ma preggy 7 month so aku sendiri pun tak advise dia buat kerja
sangat.. Sementara aku exam Abang ke rumah Along tolong masak.
Along tak dapat beraya ke Pahang sebab menemankan Mak Mertuanya
yang dah uzur. So Along sambil aku exam Along dah siapkan Ayam masak
merah & Rendang daging. So malam tu sampai kampung menyinsing lengan lah buat
kuah laksa penang pulak sampai pukul 1-2 pagi... huhuh
Pagi raya seperti biasa pergi bersembahyang raya dan pergi tengok upacara Qurban dirumah jiran. Yang lelaki tolong melapah, yang perempuan kat dapur menjamu selera..

Tahun ini genap AidilAdha ke-2 Arwah Mak mertua pergi meninggalkan kami. Semoga
Allah mencucuri rahmat ke ats Roh Ibu & Ayah mertua ku yang dikasihi..