Showing posts with label Hot Chat. Show all posts
Showing posts with label Hot Chat. Show all posts
Salamm...
Ahaa.. kerajaan dah mengumumkan tentang pemansuhan SBPA semalam.
Aku tak tau la apa perasaan orang2 di jabatan2 kerajaan.. 
suka ke sedih ke...
Tapi bagi aku 13% banyakkk tuhh..!
kalau kat kampeni lame, time promoted je baru leh dapat increment
13% tu.. kalo tak memang paras2 hidung gak lerr uhuhu

credit : rakan di FB@ loankerajaan.blogspot.com

Yang pasti bermula 1hb Mac ~ 30th April adalah hari 
untuk membuat taksiran cukai dan submit e-Filing.
Sentap jantung tengok Najib datang untuk perasmian
menara LHDN yang terletak sebelahhhh je ngan ofis aku..
lebih sentap tengok PCB kat payslipp.. uhuhu


sumber: utusan Malaysia 

CYBERJAYA 1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan hebat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip cukai bernilai RM109.7 bilion tahun lalu membolehkan kerajaan memperhebatkan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat melalui pelbagai program dan produk.

Perdana Menteri berkata, nilai kutipan yang merupakan 27 peratus lebih tinggi berbanding pada 2010 itu juga membuktikan kerajaan berjaya menguruskan ekonomi dengan baik.
Menurut beliau, keadaan itu merangsang pertumbuhan sektor swasta tempatan di samping memberi keyakinan kepada pasaran luar untuk melabur di negara ini.

"Apabila ada sekolah, kita tidak hanya bina dan bayar gaji guru tetapi segala program kurikulum kebangsaan. Malah, dalam Bajet 2012 kita isytiharkan pendidikan percuma (peringkat sekolah) buat kali pertama dalam sejarah negara.
"Apabila kita sediakan perkhidmatan kesihatan dengan hanya RM1, boleh jumpa doktor sementara dengan RM5 kita boleh jumpa doktor pakar dan bayangkan kos sebenar. Kita hanya kutip dua peratus daripada kos sementara 98 peratus lagi ditanggung kerajaan hasil kutipan cukai," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan ibu pejabat baru LHDN yang dikenali sebagai Menara Hasil, seterusnya melancarkan Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, timbalannya, Datuk Dr. Awang Adek Hussain dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan, kegagalan agensi kerajaan mengutip cukai boleh menyebabkan keruntuhan ekonomi negara seperti yang dialami oleh kebanyakan negara Eropah kebelakangan ini.
"Tetapi kita bernasib baik kerana mempunyai asas perolehan yang kukuh," katanya.
Sementara itu, beliau mengingatkan LHDN supaya tidak bertindak melulu dan menyalahgunakan kuasa dalam proses mengutip cukai ke atas masyarakat awam dan sektor swasta, sebaliknya menggunakan lunas undang-undang sedia ada secara efektif.

Katanya, LHDN perlu melakukan penambahbaikan berterusan dalam budaya kerja, cara, teknologi, pengetahuan dan bidang seperti perakaunan forensik untuk menambah kecekapan agensi tersebut.
"Kepada mereka yang enggan bayar cukai, caranya ialah kita bertindak supaya ada sedikit rasa gerun tetapi jangan sampai mereka kena serangan jantung, bagi berpeluh sahaja," katanya.

buat rakan2 ku di luar sana...
"Selamat membayar cukai dengan penuh 'keikhlasan'.."
uhuhuhuhu

Sumber : Berita harian

KAHERAH: Seorang ulama yang tinggal di Eropah menasihati wanita supaya menjauhi pisang atau timun dalam usaha untuk mengelak sebarang pemikiran seksual. 

Ulama yang tidak mendedahkan nama itu berkata jika wanita mahu memakan makanan berkenaan, pihak ketiga seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan mereka seperti bapa atau suami perlu memotongnya kepada kepingan kecil dan menghidangkan kepada mereka.

“Buah-buahan atau sayur itu mempunyai bentuk seperti kemaluan lelaki dan boleh membuatkan mereka memikirkan mengenai seks,” katanya yang dipetik laman berita el-Senousa.


Beliau berkata sayur seperti lobak merah dan zucchini turut disenaraikan sebagai makanan yang dilarang kepada wanita. 


Ulama berkenaan ditanya bagaimana untuk mengawal wanita apabila mereka keluar membeli belah barangan runcit dan jika membeli barangan ini di pasar akan memburukkan mereka. 

Beliau menjawab bahawa perkara itu adalah urusan antara mereka dan Tuhan. 

Ditanya mengenai apa yang perlu dilakukan jika wanita dalam keluarga menyukai makanan terbabit, sheikh berkenaan menasihatkan supaya makanan itu dipotong di tempat yang tersembunyi yang tidak boleh dilihat wanita berkenaan sebelum diberikan kepada mereka. 


Pendapat berkenaan telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam terutama di talian apabila beratus-ratus komen dilihat sebagai mengejek ulama itu. 

Seorang pembaca berkata pemimpin agama seperti ini memberikan nama buruk kepada Islam manakala komen lain berkata ulama berkenaan perlu berhenti dari jawatannya dengan segera. 

Pada masa sama beberapa pihak mendakwa ulama terbabit sengaja cuba meraih populariti tetapi tiada sebarang kenyataan jawapan daripada ulama terbabit. – Agensi 

P/S: Opsss.. aku tersangat speechless baca artikel nih. Nak tergelak pun ada...  
sampai ke situ pikirnyerr ulama nih.??? Macam dah tak ada benda lain nak pikir... 
 Memang patut  letak jawatann....isk isk iskk


Sumber: Harian Metro

KUALA LUMPUR: Sukar digambarkan azab yang dilalui seorang suri rumah apabila mukanya ditekap dengan seterika panas, dipukul lebih 15 minit, lehernya dijerut dengan selendang sebelum digantung di kipas oleh suaminya.
Kejadian berlaku jam 3 pagi kelmarin di rumah pasangan terbabit di Taman Miharja, Cheras di sini, apabila wanita berusia lewat 30 tahun itu mempersoalkan tindakan suami mahu menceraikannya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila selendang yang digunakan untuk menjerut leher dan menggantungnya di kipas siling terputus, membolehkan dia menyelamatkan diri.

Menurut sumber, sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan mangsa bertanya mengapa mahu berbuat demikian.
“Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang lalu mengambil seterika panas dan menekap muka mangsa. Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa menangis dan meminta dikasihani.

“Namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kakinya,” katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang mangsa dan menjerut leher isterinya.
“Lebih kejam, suspek mengangkat mangsa dan menggantungnya di kipas siling di ruang tamu sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan isterinya terpakai-kapai meminta bantuan.

“Suspek meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher mangsa terputus.
“Sebaik terselamat, mangsa berlari keluar dari rumahnya dan mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk rawatan berikutan mukanya yang melecur selain beberapa kecederaan lain di badan akibat dipukul.

Difahamkan, selepas sehari dimasukkan ke hospital berkenaan mangsa dibenarkan pulang jam 11.30 pagi, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dilakukan.

PS: Kenapa la makin ramai lelaki yang di kurniakan 9 akal meletakkan akal mereka di kepala lutut...?????
Warga Afrika berkeliaran di sekitar rumah kedai pada waktu malam di Mantin, Negeri Sembilan, semalam.


Sumber : Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 20 Okt. - Seramai 138 warga Afrika yang merupakan pelajar di kolej swasta di negara ini telah ditahan sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini kerana terlibat dalam sindiket penipuan antarabangsa yang mengakibatkan kerugian mangsa sebanyak RM940 juta.


Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mendedahkan jumlah kerugian mangsa itu meningkat berbanding RM731 juta pada sepanjang tahun lalu dengan seramai 196 warga Afrika ditahan.
Kesemua mereka merupakan penuntut di 19 buah IPTS di sekitar Lembah Klang.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, kemasukan pelajar itu ke negara ini juga dipercayai telah diatur oleh sindiket warga negara tersebut hasil siasatan yang dijalankan pihaknya.
"Apabila ditahan suspek memberitahu mereka pelajar jurusan diploma dan ijazah namun terdapat dalam kalangan mereka tidak tahu membaca apatah lagi menulis.

"Dalam pemeriksaan lanjut dengan kolej tempat suspek menuntut pula, pusat pengajian tersebut menafikan warga asing terbabit adalah pelajar mereka sedangkan masing-masing mempunyai visa pelajar untuk berada di negara ini.
"Namun siasatan terperinci mendedahkan ada suspek telah memuat pendaftaran sebagai pelajar di kolej swasta dengan menggunakan nama palsu," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini, hari ini.

Beliau berkata, antara jenayah yang dikesan dilakukan oleh warga Afrika ialah penipuan kiriman barang, phishing dan Black Money.
Phishing boleh didefinisikan sebagai proses fraud jenayah dalam cubaan untuk memperoleh maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

Tajuddin memberitahu, dalam penipuan tersebut penjenayah bukan sahaja menjadikan penduduk tempatan sebagai mangsa tetapi rakyat di negara lain.
"Negara ini dijadikan lokasi untuk melakukan penipuan sehingga melibatkan rakyat di negara lain dan akibat perbuatan itu, nama baik dan keselamatan negara terjejas.
"Malah penjenayah itu juga menggunakan nama agensi kerajaan, bank dan rakyat tempatan sebagai alat dalam melakukan penipuan," ujarnya.

Katanya, dalam siasatan JSJK sebelum ini pernah mendedahkan seorang daripada penjenayah warga Afrika berjaya membina sebuah hotel dengan kos jutaan ringgit di negara mereka hasil wang penipuan.
Menurutnya, kebiasaannya penjenayah dapat membina rumah bernilai jutaan ringgit dan hidup mewah selepas melakukan penipuan sepanjang tempoh 'belajar' di negara ini.

Baca lagi :

Dadah: Pelajar Afrika catat jumlah tangkapan tertinggi


sumber : Malaysia kini

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

NONEBagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut. 

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.

Isu itu didedahkan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (bawahkanan) Julai lalu yang mendakwa mempunyai bukti kemasukan cincin itu menerusi rekod kastam.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinDakwanya, rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu.

Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu ia ditimbulkan.











P/S: Tiba-tiba teringat potongan PCB yang selalu tertera kat Payslip... duit aku.. oh tidakkkkkk!!!!!!

SHAH ALAM – Polis semalam mendedahkan pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya ditemui dengan kesan terbakar hampir 80 peratus di dalam semak berhampiran loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan 5 September lalu berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.
Menurut polis, akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang juga suspek dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan. Suspek merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 19 tahun dari Ukay Perdana, Ampang.
Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu ditahan pada pukul 12 tengah hari, 12 September lalu di Seri Iskandar, Perak.
Ketika ditahan, polis merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik keluarga suspek yang didapati mempunyai keterangan-keterangan fizikal seperti rambut yang diyakini ada hubung kait dengan kes bunuh itu.
Siasatan awal ketika itu mendapati, suspek membeli petrol di dua buah stesen minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa.
Mangsa dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19. Dia merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Selayang, Gombak.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati suspek dikatakan mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas berang apabila permintaannya ditolak.
Katanya, polis juga telah mendapatkan laporan penuh bedah siasat ke atas mangsa tetapi enggan mendedahkannya sehingga siasatan selesai.
“Sehubungan itu, permohonan kita untuk melanjutkan tempoh reman ke atas suspek telah dibenarkan sehingga 27 September ini bagi membantu polis menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, mayat seorang remaja perempuan ditemui berhampiran loji itu pada 5 September lalu dengan kesan terbakar hampir 80 peratus badannya pukul 1.35 petang.
Sebelum itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan mengatakan mangsa tidak pulang selepas keluar pada pukul 8.30 malam sehari sebelum itu dan pengecaman dibuat berdasarkan cebisan baju kurung serta sepasang anting-anting.
P/S: Wahai kaum Adam.. bukan kah korang di jadikan sepatutnya menjadi pelindung kaum hawa..??




Sumber : Hmetro

KAJANG: Sikap sesetengah umat Islam memandang remeh ayat al-Quran yang ditulis di kad jemputan perkahwinan atau di cakera padat (CD) agama dengan meletakkannya di merata tempat secara tidak langsung melakukan penghinaan terhadap ayat suci itu.
Walaupun hanya tertera kalimah Bismillah dalam bahasa Arab di kad jemputan perkahwinan maknanya tetap sama, sekali gus perlu mendapat penghormatan seperti kitab al-Quran dan jika mahu dilupuskan ia mesti melalui tertib tertentu.

Pengurus Percetakan Saufi yang menguruskan tempat pelupusan al-Quran, Rahmat Mahdan, berkata selain al-Quran, ada di kalangan umat Islam terlepas pandang petikan ayat suci itu yang ditulis di tempat lain seperti barang perhiasan, seramik, jam dinding, pinggan, sejadah atau kaset agama.

“Al-Quran ialah mukjizat yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW, jadi dalam apa juga bentuk ia mesti dihormati dan dimuliakan kerana darjatnya yang tinggi.

“Misalnya dalam CD agama yang mengandungi bacaan al-Quran, sewajarnya ia dihormati sama seperti kitab, namun ramai di kalangan kita tidak mengambil berat soal ini sehingga dibuang atau diletakkan di tempat tidak sepatutnya. Kalau kad kahwin seeloknya ditulis terjemahan al-Quran bagi mengelak ia dibuang di merata tempat selepas habis kenduri,” katanya yang ditemui di Batu 9, Cheras, di sini, baru-baru ini.

Rahmat berkata, sejak mengusahakan tempat pelupusan al-Quran bersama ahli keluarga, dia bukan saja menerima kitab al-Quran sama ada uzur atau tersalah cetak, malah barang lain seperti ukiran kayu dan kulit kambing, kepingan kaca hiasan, kitab pengajian agama, buku teks, kad kahwin, kain, kaset, pita video dan CD mengandungi ayat al-Quran.


“Kesedaran perlu wujud di kalangan umat Islam mengenai perkara ini supaya kesucian ayat al-Quran terpelihara kerana dalam apa juga bentuk, maknanya tetap sama,” katanya.

Di sebalik tanggungjawab fardu kifayah yang dilaksanakannya itu, Rahmat kesal kerana ada pihak memandang hina tugas dilaksanakannya, malah disebabkan marah, kitab al-Quran turut mendapat penghinaan.

“Saya buka tempat ini tanpa mendapat pembiayaan mana-mana pihak, jadi apabila ada orang mahu menghantar al-Quran, saya meminta sumbangan untuk menggaji pekerja, membayar bil elektrik serta kos operasi lain, namun ada di kalangan mereka menganggap ia umpama menjual surat khabar lama di tempat kitar semula dan mengharap wang daripada saya.

“Menguruskan pelupusan kitab suci memerlukan tertib tertentu dan saya memerlukan sumbangan kewangan, tetapi disebabkan tidak mahu membayar ada yang memberi ‘kata dua’ supaya saya menerima al-Quran dibawa atau ia akan dicampak ke tengah jalan. “Ada juga yang meninggalkan kotak mengandungi kitab suci ini di depan pejabat tanpa pesanan atau akad semata-mata tidak mahu membayar kos operasi pelupusan,” katanya.

Menurutnya, tujuan dia membuka pusat pelupusan itu bukan untuk mengaut keuntungan sebaliknya rasa tanggungjawab selepas mendapati al-Quran dibuang sesuka hati di tempat kitar semula selain tidak mendapat penghormatan sewajarnya.

“Apabila ada orang yang menghantar kitab lama dan membuat sumbangan, kami akan memberi al-Quran baru sebagai menghargai mereka, namun masih ramai yang tidak faham usaha kami sehingga membuat tuduhan dan menghina kami,” katanya.

Rahmat berharap jabatan agama Islam serta agensi berkaitan bekerjasama dengan pihaknya bagi memudahkan fardu kifayah itu dilaksanakan.

“Kerja ini dilakukan atas dasar tanggungjawab dan kami amat mengharapkan bantuan serta kerjasama pelbagai pihak,” katanya.


Assalamualaikum..
Di post kan oleh sorang rakan FB.
Tergelak aku tengok ha ha!


Patut dapat anugerah pekerja contoh yg berani clamp keta belang2 nih he he.
Baru la CEKAP & AMANAH namanya.. muahahahahaha

Assalamualaikum..

Dapat link dari rakan FB. Perghh.. ngeri giler tangok gambar2
nihh... akibat main mercun kah macam nih..?
 dah macam mangsa perang pun ada..
Hati-hatilah la yekk.. jangan sampai memakan diri isk isk isk.

Credit : Zon bebas.com






Pengarah KRU Studios, aktres popular belum pilih tarikh sesuai

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, 
Yusry Abdul Halim, 38,  mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular,
isa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini
dan jika tiada aral melintang akan
ke jenjang pelamin tahun depan.

Tumpang gembira. Semoga jodoh mereka berkekalan ke akhir hayat... aminn.....

sumber : Berita Harian
Assalamualaikum

Berishtighfar panjang bila baca artikel ni....
Orang kata bulan puasa ni syaitan di ikat.. tapi kalau masih ada yang 
sanggup lakukan perbuatan sekeji ini... memang pelakunya tu sendiri 
Syaitan bertopengkan manusia..!!

Tak dapat aku nak imagine sengsaranya mangsa kes ni..  MasyaAllah...!

sumber : Harian Metro



KUALA LUMPUR: Bukan saja dirogol dan disamun, malah wajahnya turut disimbah sejenis cecair dipercayai asid menyebabkan mangsa berdepan risiko kemungkinan buta dan kini terlantar menerima rawatan di hospital.
Itu nasib yang menimpa seorang wanita bujang dan tinggal bersendirian selepasnya rumahnya dicerobohi seorang penjenayah bertopeng, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru pulang ke rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran.

Menurut sumber polis, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki menceroboh masuk dan bersembunyi.


“Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya,” katanya





Meh nak share satu kisah hukuman simbah asid kepada pelakunya.
seorang wanita IRAN yang memohon hukuman Kisas di jatuhkan kepada 
pesalah..! Pampasan bernilai RM95,000 pun di tolaknya. 
Kalau Malaysia pun laksanakan hukuman 
seperti ini memang baguss..! baru SETIMPAL 
dengan derita yang di simbahnya pada orang lain.
SIMBAH ASID DI BALAS DENGAN SIMBAH BALIK ASID..!!
Baru tahu langit tinggi ke rendah... baru la penjenayah2 ni fikir sepuluh kali nak buat...!

AMENEH menunjukkan gambarnya sebelum diserang asid di Teheran.

Di Teheran, Iran, seorang lelaki yang didapati bersalah menyimbah asid ke muka seorang wanita telah dijatuhi hukuman simbah asid (sama dengan jenayah yang dilakukannya) oleh mahkamah negara itu.

Majid Movahedi, 30, melakukan perbuatan kejam itu selepas mangsa, Ameneh Bahrami beberapa kali menolak lamarannya untuk berkahwin, sehingga mengakibatkan wajah wanita itu rosak teruk selain menyebabkannya menjadi buta dalam serangan pada 3 November 2004.

Mahkamah mengarahkan Majid dibutakan menggunakan asid selepas lelaki itu mengaku bersalah atas jenayah itu.
Hukuman itu sepatutnya dijalankan kelmarin, namun pihak berkuasa Iran menangguhkannya selepas campur tangan masyarakat antarabangsa, termasuk Britain, yang mengecam hukuman itu.

Ameneh berkata, pada awalnya dia mahu menjalankan sendiri hukuman itu yang ditegaskan sebagai sah dari segi undang-undang agama.

“Tetapi saya takut asid tumpah di tangan saya, jadi lebih baik doktor yang melakukannya. Saya menunggu selama enam tahun untuk hari ini,” katanya, kelmarin.



MAJID MOVAHEDI


Menurut laporan berita Agensi, perbuatan lelaki berkenaan menyimbah asid adalah kerana kecewa cintanya ditolak wanita berkenaan yang juga bekas rakan pelajarnya di Universiti Teheran.

Mahkamah pada awalnya menjatuhkan hukuman penjara ke atas tertuduh dan memberikan pampasan berjumlah kira-kira RM95,000 kepada mangsa namun ianya ditolak oleh wanita berkenaan dan mahu penyerangnya itu menderita sepertinya.

“Saya mahu hukuman qisas dilaksanakan. Saya sudah bersedia untuk menjalankan tugas itu. Hanya dengan membutakan dia baru saya boleh tenteram,” kata Ameneh.
Dia berkata, segala rayuan, supaya dia membatalkan hasratnya, termasuk daripada ibu lelaki itu sudah terlambat.

Persediaan dibuat untuk membolehkan Ameneh menyuntik asid ke dalam mata Majid di sebuah hospital semalam, di bawah pengawasan doktor. Ameneh dibenarkan menitik 20 titisan asid pada setiap belah mata 
lelaki itu.

sumber : Warkah Daily

Walaupun akhirnya wanita tersebut mengampukan pesalah..??!
KLIK SINI
Assalamualaikum..

Aha.. Tahniah buat pasangan Mawi & Ekin yang bakal menimang cahaya mata
sulung. Khabarnya sudah pun masuk 7 minggu berdasarkan laporan 
Utusan Malaysia 2 minggu lepas.. jadi nya sekarang dah pun masuk 10 minggu 
usia kandungan beliau. Aku pun tau sebab dengar radio Hot FM pagi tadi huhu.

Setelah menunggu hampir 3 tahun dan 2 kali keguguran, semoga kali ini
Ekin akan selamat melahirkan anak sulung mereka. Tahniah sekali lagi...!




ARKIB : 13/07/2011

Mawi bakal timang cahaya mata sulung

KUALA LUMPUR 12 Julai - Selepas dua kali mengalami keguguran, isteri kepada Asmawi Ani, 30, atau Mawi, Nora’Asikin Rahmat, 32, disahkan hamil tujuh minggu.

Berita baik itu disambut dengan penuh kesyukuran oleh Mawi yang memberitahu, beliau tidak sabar-sabar lagi untuk menimang cahaya mata sulung.

“Dua minggu lalu, Ekin disahkan hamil selepas melakukan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor.
“Ini khabar gembira buat kami suami isteri yang mendambakan untuk menjadi ibu bapa seperti pasangan lain.
“Namun begitu, dalam menyambut berita menggembirakan ini, saya perlu beringat kerana isteri saya pernah mengalami keguguran, bukan sekali tetapi dua kali,” kata katanya ketika ditemui pada majlis rakaman Raya 1Malaysia Muzikfm di sini, hari ini.

Mawi dan Ekin telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2008 dan sehingga kini, masih menunggu untuk menimang anak.

“Saya berharap kali ini Allah memberi kami rezeki dan permintaan kami dimakbulkan-Nya. Soal jantina bayi, saya tidak kisah.
“Bagi saya, apa yang penting, Ekin nanti selamat melahirkan bayi kami dan sempurna sifatnya,” kata juara program realiti televisyen, Akademi Fantasia musim ketiga.

Katanya lagi, doa peminat amat diperlukan agar isterinya beroleh kekuatan untuk menjalani tempoh kehamilan.

Sumber : Utusan Malaysia
Assalamualaikum...
Sempena hari terakhir sebelum puasa esok,
aku dan Abang gi ber'dating' ke kedai mamak 
sebab aku terhingin nak makan Roti canai sardin huhuhu.
Budak2 tak bangun lagi.. maklum la malam tadi 
tidur lewat buat acara Yasin & tahlil arwah kecil-kecilan
kat rumah adik ipar di ikut majlis bakar2 & makan steamboat.

Sambil2 tunggu roti canai siap gi beli Harian Metro 
jap... tengok gambar front page.. alamak...!!
Biar betul detik hati aku....
Korang baca la sendiri.

Kalau berita ini benar menjadi kenyataan, tentu ada sebab kenapa ianya terjadi.
Biarlah masa yang menentukan.Buat Elia.. kalau dah jodoh tak mana..
berpisah pun boleh bertemu semula..
tapi kalau tidak.. tentu ada hikmah di sebaliknya ok...
Mungkin ada yang lebih baik lagi menanti....




KUALA LUMPUR: Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.
Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.

Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.
Assalamualaikum.....

Sebelum ni statistik menunjukkan bilangan wanita 
lebih ramai dari lelaki.. tetapi ternyata senario itu telah berubah 
berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 
yang menunjukkan statistik lelaki lebih ramai dari wanita 
iaitu dengan nisbah 106:100..!!
Apatah lagi di negeri2 tertentu nisbahnya mencatat sehingga 
113:100 (Pahang) dan 112:100 (Johor).
Maka ternyata wanita lebih banyak pilihan okeh!

Moga dengan statistik baru ni mana-mana lelaki yang 
sudah pun mempunyai pasangan atau beristeri.. 
sayangi , hargai dan SETIA lah pada pasangan anda
apatah lagi niat nak berpoligami.... 
Jangan la tamakk... kasi la can kat lelaki-lelaki lain jangan sampai 
mereka dapat title TERULUSIA - TERUNA LANJUT USIA..okehh!!!.



Sumber : Berita harian

Jumlah lelaki lebih ramai 

PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita.
Data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada sidang media Pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi Banci 2010 di sini, semalam. 

Berdasarkan data itu, bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah 106:100. Mengikut negeri pula, Pahang mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97). 

Berita lanjut, dapatkan akhbar Berita Harian, di pasaran 


Assalamualaikum...

Walaupun ratusan ribu penyokong setia terpaksa
bersedih kerana tewas untuk terus mara ke pusingan kelayakan 
Piala Dunia, tetap kita berbangga dengan pasukan bola sepak
negara.. sekurang-kurangnya tewas bermaruah...
tidak berlakon... tak de laa sikit sikit jatuh, berguling-guling,
strecher berapa kali keluar masuk padang.. siap ada yg dah duk atas 
strecher turun balikk... muallll sangat aku tengok aksi2 tu..!
Dari pemain sampai ke gol keeperr..  semua sepesen je lakonann.. 
benci benci bencii! meluattt tengok...! Buweekksssssssssss...!!

Apapun aku percaya semua permain dah cuba yang terbaik.
Malangnya ramai lagi pemain berkebolehan yang tak dapat 
beraksi malam semalam atas perlbagai alasan.. 
injured, kad merahh... sungguh merugikan.

Lagi satu sekurang2nya tak ada satu pun muka pemain importkan.
tengok team lawan muka mat saleh bersepah2.
Sah2 la FREE2 je dpt jadi warga Singa.. cess

Apapun tetap SAFEE & FAHMI terBAEK..!!
Macam biasa K.Fahmi tangkap bola memang melekat.. 
banyak jaringan yang di selamatkan malam tadi...
Kalau lah FAHMI ada masa perlawanan kat Singapore,
mungkin gred mata tak seteruk 5-3.. .....

P/S:: Oh yaa.. K.Fahmi dah pun menjadi tunangan orang okeh.
Boleh layari jejariruncing PART 1  & PART 2.
Semoga panjang jodoh mereka

Credit : Berita harian



RIBUAN penyokong-penyokong bolasepak hadir memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan bolasepak kelayakan Piala Dunia Pusingan kedua antara Pasukan Malaysia menentang Pasukan Singapura Stadium Bukit Jalil. - Foto Yazit Razali


ORANG ramai tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan bola sepak menerusi skrin besar di Dataran Merdeka, malam tadi.


PASUKAN Malaysia ketika menyanyikan lagu Negaraku sebelum sepak mula perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 (Zon Asia) menentang Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura, baru-baru ini. - Foto AFP



MOHD Safee Sali (kanan) melakukan rembatan untuk gol pertama Malaysia dalam perlawanan timbal balik pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Osman Adnan/Mohd Yusni Ariffin


PENYERANG Malaysia, Safee Sali meraikan gol pertama Malaysia bersama rakan sepasukan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 (Zon Asia) di Stadium Jalan Besar, Singapura, baru-baru ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail



PEMAIN Malaysia, Ahmad Fakri Saarani dicabar pemain Singapura, Jumaat Jantan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 (Zon Asia) di Stadium Jalan Besar, Singapura, baru-baru ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail

   

MOHD Safee Mohd Sali dihalang oleh pemain Singapura, Mustafic Fahrudin pada perlawanan kelakyakan Asia peringkat kedua piala dunia 2014 di stadium Natsional Bukit Jalil. - Foto BERNAMA


MOHD Safee Mohd Sali di kawal ketat pemain Singapura, Mustafic Fahrudin (merah), di pelawanan kelayakan Piala Dunia 2014 di antara Malaysia bertemu Singapura di Stadium National Bukit Jalil . - Foto Mohd Yusni Ariffin



PENJAGA gola Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat cuba menyelamat percubaan oleh penyerang dua penyerang Singapura, ketika aksi perlawanan bolasepak kelayakan Piala Dunia Pusingan kedua antara Pasukan Malaysia menentang Pasukan Singapura Stadium Bukit Jalil. - Foto Yazit Razal


PENJAGA gol Malaysia hanya mampu melihat bola sepakan pemain Singapura, Qiu Li menerjah gawang pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 (Zon Asia) antara Malaysia dan Singapura, baru-baru ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail


PENYERANG Singapura, Qiu Li diasak dua pemain pertahanan Malaysia, Kunalan Subramaniam (kiri) dan Amar Rohidan, ketika aksi perlawanan bolasepak kelayakan Piala Dunia Pusingan kedua antara Pasukan Malaysia menentang Pasukan Singapura Stadium Bukit Jalil. - Foto Yazit Razali

MOHD Fadhli Mohd Shas mengawal ketat penyerang Singapura Aleksandar Duric ketika aksi pusingan kedua kelayakan piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto BERNAMA


MOHD Safee Sali cuba mengarahkan penjaga gol Singapura untuk bangun main daripada melengah-lengah masa muram dalam perlawanan timbal balik pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia Zon Asia di stadium nasional Bukit Jalil. - Foto Osman Adnan


 Time ni tak de plak muka sakitt.. tak de plak injuredd.. nyampah!


PASUKAN Singapura smeraikan kemenangan setelah terikat seri 1-1 dengan Malaysia pada perlawanan kelakyakan Asia peringkat kedua piala dunia 2014 di stadium Natsional Bukit Jalil. - Foto BERNAMA


KAHIRUL Fahmi tersandar di tiang gol selepas tewas di pelawanan kelayakan Piala Dunia 2014 di antara Malaysia bertemu Singapura di Stadium National Bukit Jalil. Foto Mohd Yusni


NORSHAHRUL Idlan Talaha begitu sedih kerana tidak dapat beraksi dan ditenangkan isterinya ketika berada di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Osman Adnan


MOHD Safee (tengah) bersama Mohd Amirulhad i(kanan) dan Khairul Fahmi (kiri), berjalan keluar selepas tewas di pelawanan kelayakan Piala Dunia 2014 di antara Malaysia bertemu Singapura di Stadium National Bukit Jalil. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Apapun pasukan Malaysia sudah pun cuba yang terbaek..!! Semoga penyokong
Malaysia terus memberi sokongan padu menyokong pasukan negara
di masa2 akan datang.  Dan semoga pasukan bola sepak negara
akan terus memperbaiki
mutu aksi persembahan mereka di padang ..!
MALAYSIA BOLEH..!!!