Assalamualaikummm..

Ahaaaaa.. selamat menghabiskan sisa sisa cuti sekolah yg masih berbelen sebulan lagi uhuhu.
Aku pun dalam kesibukan berulang alik ke kampung hampir setiap hujung minggu
akhirnya minggu ni dapat jugak bawak budak2 gi bersuka riaa sempena cuti sekolah.
Sebenarnya beli kupon Groupon i-City @ WaterWorld + Snow walk tuk Weekend
tapi apakan daya masa tak mengizinkan nak pergi hujung minggu.. hampir2 nak expired dah tiket masuk tu
uhuhuhu. Akhirnya kelmarin baru dapat pergi.. tu pun amek cuti uhuhuhu.


OK, inilah tempatnya.. tarikan terbaru di i-City Shah Alam yang baru sahaja di buka untuk orang awam 
9 Nov 2012 lepas. Kitaorg pagi2 lagi dah sampaii.. semangat gitukann..
waktu operasi 10:00 am ~ 7:00 pm.


 So sampai2 terus redeem ticket 2 in 1, i-City @ WaterWorld + Snow Walk
Masuk2 dua beradik ni mmg dah tak sabar terus salin baju la kann.

Sebelum terjun pool, sempat lagi posing Danish & Dania hehe.
Opsss.. Dhiya tak bawak kali ni.. since sekarang ni musim hujan takut 
plak tengah lepak sini kang hujan.. tak pasal2 demam plak si kenit tu karangg.
so Dhiya tinggal ngan bibik kat umahh


Ok Dania posing ngan 'bunga' dalam kolam hehe



Pelampung kat umah rata2 dah bocor.. tak pasal2 kena pau lagi 
pelampung baru dek Daniaa seb baik tak mahal sangat, RM15 


OK.. nak share sket. Dalam I-City ni kalau beli tiket normal rate, RM35 akan dapat jam kuning tu.
Kira macam tag masuk waterpark tu laa.. tapi bila kita pulang akan dapat refund RM10. Jam kuning ni jugak
boleh di gunakan utk top up cash dalam tu. Means segala transaksi dalam iCity WaterPark ni tak pakai 
cash, tapi pakai cash value yg kita dah top up kan dlm jam tangan tu 


Yang mc Jam tangan merah tu pulak utk sewa locker. OK.. sewa sehari RM15 + RM5 deposit. 


Ok Jam tangan tu pun berfungsi mcm kunci locker tapi menggunakan sensor. Nak buka/tutup locker just
tag je jam tu kat kunci locker tu. Kira safety jugak lah barang2 berharga leh tinggal dalam locker je especially yg tak bawak 'penjaga' bag & barang2 mcm aku ni kan.


Seterusnya layan gambar je la yer he he. Ada beberapa attraction kat i-City Waterpark ni antaranya :-

CHILDREN ADVENTURE PARK






Ni antara pot yg bestt! terapi urut badan dengan airrr.. best! besttt!!


Danish & Dania main percik2 air pun tak layan dah kikiki


Ada plak Snow Whit & 7 dwaft sesat kat sini huhu


Ada GIANT JACUZZI


Semua pancuran airnya mmg bleh mengurut badan ala jacuzzi hehe


Best kan main air panas-panas nihhh


Ni pulak WAVE POOL. Time aku snap ni ombak belum start so tak penuh sangat orang.. time ombak start haruslah aku pun dah dalam pelampung tu kann. Lagi satu nampak tak KON GERGASI kat belakang nya nuuu.. aha... tu la TORNADO yg di war-warkan yg pertama &  terbesar di Asia tenggara. Itu antara tarikan kat i-City Waterpark ni jugak la kiranya. Tapi nak naik pun kena naik pelampung 4 org tu.. so kena cukup corum la baru leh naik.. kitaorg kali ni pun bypasss... aku sendiri pun cuma bleh join antivity berendam jek.

Aha.. kat sini yg bestnya lagi pelampung tak payah sewa.. semua pelampung FREE
je bleh pakai mana suka bila bila masaa gitewwww.
jadi tak yah la pening2 kepala nak jaga pelampung takut org ambik kann


Wah wah.. siap terlelap plak tepi pool bawah pokok tu kikiki


Ni antara port lepak kat Wave Pool tu. Kalau sampai awal tu cepat2 la korang cari port yg best macam kat sini okeh. Port lain byk open air tak berbumbung uhuhuhu


Ahaa.. ni pllak KIDDIE TWIN SLIDE


Papa la layan Danish & Dania main slide ni. Kemain seronok memasing.





Next, FAMILY RAFT SIDE
Ni kena naik pelampung 4 orangg. 
kitaorg tak naik la sbb tak cukup korum uhuhuh.


Ahaa.. ni dia model Family RAft Slide hehe. sape ntah aku pun tak kenal..
suka suki je kannnnn


RAINBOW RACER SLIDE


Ahaa.. Papa je la layan.. Mama cam biasa jadi photographer hehe.
Colorfulnya memang boleh tahann.. tapi tak segerun Racer Slide kat A Famosa hoho!
Yang itu pun Mama pernah naikk.. perghh ngeri gilerrrr.. dah la tinggi curam,
bleh plak kita slide tu siap terangkat dari papan lungsur mmg tak touch apa2
dan tak terikat ngan apa! ngerii terbabass!

       
Okeh lunch time..!!
Lunch pack kat sini pun not bad.. tak mahal sangat.
Untuk setiap set kat bawah ni , Nasi lemak + ayam berempah + soft drink = RM10.
Ok ok la kann.. tak la mahal sangat.
Tapi tu la datang sini tak de intention sangat nak makan tapi asyik nak berendam jek hehe



Lepas makan budak2 ni sambung balik terjun kolam sampai penatt.. begitulah seadanyaaa..





Last but not least.. LAZY RIVER. Tapi kat sini dia tak panggil Lazy River.. tak ingat namanya
tapi arus dia deras sket laaa.. best je lepak atas pelampung kat sini.. berapa round gak kitaorg mengulan.


Ni antara port yg Mama suka.. ala jacuzzi gakk.. sdap urut badan dengan water presure 
sejuk2 time panas2 ni kann!!


Overall seronok bawak budak2 kat sini. Maklumla tempat baru.. semua masih cantik, bersih.. colorfull kan.
Harga pun berpatutan.. RM25 after refund. Makanana derang akak cek beg sebelum masuk tapi
makanan dalam ni pun tak mahal sangattt so ok ok la.

Ok.. sekian entry kali ni... to be continuee 2nd Part, i-City SNOW WALK !

5 sweet comments:

mama tisya said...

bdk2 pasti suka la dpt mandi manda...oh bli kt groupon aritu ye...tgk waterpark die menarik cz ada tube 4 org tu

Nad @ MamaZN said...

Bestnye..!!!
Kene try gak nnt ni =)

Cho Zila said...

belum dapat pergi lagi..
Insyaallah antara dalam listlerni...

tempat barukan mestiler kemudahan tip top lagikan... akakni snow walktu pun tak pegi lagi..

Jojo Merah said...

suka waterpark tu.

Harap dapat g suatu hari.
Terima kasih untuk post ni.

http://inijojomerah.blogspot.com/

Nabill Nawai said...

Berapa harga tiket untuk kanak2..
Boleh bawak makanan dari rumah x?