Showing posts with label School. Show all posts
Showing posts with label School. Show all posts
Assalam..

Selamat tahun baru semua!!!!!!
Semoga tahun 2017 ini bakal menjanjikan seribu rahmat, kejayaan dan kebahagiaan buat kita semua ya!

Ok.. hari ni nak update pasal hari pertama persekolah 2017...
Tahun ni Delisha buat julung2 kalinya masuk tadika! jeng jeng jeng...!!!!
Alahaii tak sangka dah masuk skool dah Delisha ni ... kami decide untuk hantar dia ke tadika Danish masa 4 tahun dulu jugakk.. tak nak heavy sangat silibus kalau boleh more to playschool.
Dhiya 4 tahun dah masuk Qdees. Aku rasa macam agak heavy jugak la silibusnya.. dah la masa naik sekolah tu Dhiya baru je 5 hari sambut birthday 3 tahun tapi dah masuk tadika  4 tahun huhuh.
So kali ni ubah lagi strategi.


Paling mencabar of course la bab nak kejut bangun pagi.. mana tak nyer Delisha ni jenis berjaga malam.. malam kemain dia aktif mmg jenis tahan mata macam mak dia ! keh keh keh.
Selagi aku tak tidur mmg tak tidur jugak la dia.. kalau aku buat kerja lagi tu mmg dia la jadi peneman aka pengacaunyer!

Delisha siap nyanyi2 tu dalam keta.. lepas hantar Abang kakak...

Anyway pagi tu berjaya kejut dia awal pagi... sessi pagi tahun ni Danish, Dania dan Delisha.
Dhiya ambik sessi petang... sepesen dgn Delisha sebenarnya jenis mata tak tahan bangun pagi..
masa dia kelas 4 tahun selalu tertidur dalam kelas... so 5 tahun aku masukkan dia kelas sesi petang.
So kira continue je lah utk 6 tahun ni...

Di jadikan cerita sebab pagi tu semua bangun awal.. Dhiya pun terjaga jugak and tengok 
kakak abang adik semua pakai baju sekolah.
Sampai taska Dhiya pun pakat nanges tak nak masuk taska.. nak gi sekolah jugak!
Apalagi kelam kabut gak le salinkan baju Qdees dia!
So tak pasal2 pagi tu hantara  Dhiya ke Qdees dulu.
Sampai2 ... of course la.. kelas pagi dah penuh!
Aku paham laa.. mesti cikgu dah arrange susunan meja bagai utk budak2 ni kan
lagipun mmg aku booking sessi petang cuma Dhiya pulak terover excited nak 
skolah pagi lak ni.. hmmmmm


So sampai Qdees Pn Pengetua tak sampai lagi.. 
cikgu cikgi semua tengah sibuk sambut murid2 baru..
Dhiya dah tahun ke-3 kat sini..
Since masa dah suntuk utk Delisha jugak..
Last2 kami gerak hantar Delisha terus lah..
and try nak slow talk dgn Dhiya utk mantain kelas petang.
Lagipun kelas petang tak ramai mcm pagi.
So masa booking pun Pn Pengetua dah cakap elok jugak boleh lah fokus lebih sikit.


Dhiya yg kemain ceria pagi ni


Sampai ke tadika Delisha...
Delisha pun sure nerves tuu... muka garang jekk.. macam kak long kawasann...
takot mak tengok ! Kkekekeke


Sampai2 disambut oleh Teacher Gee


Terus teacher tunjuk set stationary utk setiap pelajar.
Ada bekas khas siap tulis nama utk setiap murid.. cantek!

 

Delisha pun dah excited sikit nampaknyer. Muka dah ceria!


agak2 OK.. cikgu pun dah bagi signal "Mak pak boleh cau dah ye"
hahahahah. ok ok paham pahamm..
tapi cikgu suh mak pak salam anak dulu nak balik.. takut nanti di cari..
apa lagi... bila tau mama dia nak balil.. keriau sakan lerr Delisha! hahahaha
ingat darah Tun Teja tadii.. rupanya berderai jugak air mater!


Sementara tu kami pun pi la ngeteh.. bawak Dhiya sekali..
pujuk2 sikit suh mantain je kelas petang..
nampaknya berjaya hehehehehe


ok dah tengahari! Masa untuk Delisha balik sekolah!
Jenuh mak eh menyorok nak jadi mata2 gelapp..
tapi kantoi jugak tu nampak je dia! ahhahahaaha!


interview sket... kemain seronok lagi nampaknyer tuu.. ok sangat la tu kannn

main buat sementara tunggu van


ok.. 1st time ride ever naik van sekolah ni.. nampak confident jek tu naik sendiri!


Tapi bila mama cakap bye byee.. terus cuak nak nanges! Alamakkkk!!


OK OK... mama naik sekali yerr..
dah tak pasal2 mama dia sekali join naik van sekolah..
eh kira 1st time ride ever jugak ke ni mamanyer??
Hahahahahah ni semua Delisha punya angkara lah ni!

Anyway dah seminggu lah Delisha gi sekolah..
Alhamdulillah.. tak sangka jugak senang nak handle dia pagi2.. gi sekolah
pun macam ceria seronok je tu..
yang penting lepas mandi kena hadiah susu sebotol yerrr


Dan minggu2 terakhir ni jugak sibuk dengan segala persiapan 
uniform dan buku2 sekolah anak-anak..
tahun ni En Suami belikan mesin jahit..
ku dah la tak pernah attend kelas jahit bagai..
belajar pun dari youtube jekkkk..
maka kali ni cabaran pertama nak jahit lencana pulak!
Apa lagi.. youtube lah kita...
hantammm sajerr hihiihi



Dania dapat jadi pengawas SPBT tahun ni...
dalam pada viral kata lencana atas nama tu..
aku refer buku peraturan sekolah.. so mantain le lencana duk bawah huhuhu

Apapun selamat kembali ke sekolah buat anak-anak mama...
Tahun 2017 ni pastinya lebih mencabar ...
Danish bakal menghadapi UPSR... tak boleh belajar main2 dahhhh
Yang penting sentiasa berusaha untuk berjaya..
Mama dan Papa sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak kesayangan semua.
Semoga segala urusan kalian dipermudahkan olehNya...
Aminnnnnnnnnn





Assalamualaikummm...

Ahaaa.. aktiviti du hujung minggu pada usia kandungan 38 weeks ++.
Nampaknya Baby masih belum mau keluarrrrr..
Alamatnya sempat la aku nak pekena Japanese Food dulu sebelum 
bersalin ni... asyik bantai Western Food  je gara2 diet Karbo & Sugar seperti yg 
disarankan oleh Doktor uhuhuhu.

Sebenarnya antara tujuan utama ke IOI hari ni sebab nak cari 
bahan bacaan Dania rentetan dari Seminar Reading Technique yang 
kitaorang attend minggu lepas. Lepas settle cari buku2 Danish & Dania
akhirnya jejak jugak Sakae Sushi nyum!! nyum!!


Masuk2 memang tengah lunch hour.. tengok atas conveyor penuh pinggan2 sushi berderet 
menunggu kedatangan tetamuu! Kalau tengok betul2 conveyor kat Sakae Sushi ni 
ada 2 tingkat tauu... atas bawah penuh wehh! wahhh mau rambang mata 
nak pilih nihh!! isk iskkkk



Ahaa.. kat Sakae Sushi ni ada iPad utk Online Order.
Padahal atas conveyor pun dah penuh tuuuuu


Aku & Abang order Hot Green Tea (Genmai Tea)


Kat Sakae Sushi.. dia akan bagi gelas ngan seuncang Green Tea. 
Lepas tu ada pipe utk Hot water.. so boleh top up je ikut 
selera kitaaa.. besttt besttt!!


Antara menu2 yang available dalam Online Order thru iPad.



Antara yg di order..



Just select menu and click 'Confirm' !


Ini feveret Danish... Egg mayo inari sushi.. aku rasa
Danish sorang je order 4 pinggan!! Mana tak nya... order online.. tak dan 
online order sampai bila nampak atas conveyor dia rembat jugakk uhuhuhu


Sebelum2 ni tak pernah plak di order yang ni.. kat sini kemain selera lagi dia makann


Sambaran pertama Dania...! Isi ketammm nyumm!!


Menu pilihan Dania lagii.. 


Makan nak suh bersuapp.. hamboiii!


Ni plak sambaran aku.... Salmon Aburi ~  Half grill Salmon.. sedappp!!!


Salmon & White squid. 
Tapi ntah kenapa both sushi ni lagi sedap & Fresh aku makan kat Sushi King laa...
cumanya White Squid (ika) tu kat Sushi King dah tak de dalam menu.. uwaaaaa...
my always feverettt nihhh! uhukk!


Selain tu order gak Unajyu Don ... 
Unagi + Tamago (egg) ..nyum nyum!! mmg sedapp!


okeh jemput makannn


Abang plak order Haru Set Bento. Ada grill Salmon & Beef dalam tu 


Ada miso soup & Chawan Mushi. 
Both sedappp jugakk!!!



Dania makan ada la 3 pinggan .. lepas tu dia dah sibuk ralit nak baca buku yang baru beli 
tadii.. rajin sungguh anak Mama ni kann


Sempat lagi tu belek buku time makan uhuhuh


Al-kisahh tujuan utama outing hari ni sebab nak pergi kedai buku 
seperti yg di syorkan oleh TLC masa seminar minggu lepas.
Sebenarnya seminar ni kitaorg missed last year, baru tahun ni dapat join.
Since reading technics TLC ni lain which is guna kaedah  Fonetik,
so Mama & Papa pun terpaksa lah jugak
belajar & pahamkan sistem ni kat umah.
Sebab bila tengok Dania membaca.. kalau salah 
nak betul kan tu takut lain 'mazhab' plak dgn '
yg Cikgu2 ajar kat TLC. Nanti kan Dania plak yg confius kan.
So bila dah ada buku yg sama silibus baru la Mama & Papa paham 
perkembangan Dania kat sekolah uhuhuhu.


Beli gak buku latihan Danish. Buku2 latihan tambahan untuk Danish buat
ulangkaji kat rumah. Yang best kat TLC teacher ajar dengan 
konsep 'sticker' as reward. So Mama pun gigih jugak la cari sticker
siap ada yg 'tempah' khas sbb tak de sticker siap yg sesuai untuk Danish.
Sticker ni sebenarnya as a reward sebagai motivation untuk anak2 bila
diaorang selesai buat sesuatu perkara yang baik.


Sticker tempah tu yang gambar Spiderman & Disney princes with 
quote "Excellent!"
Nak tau hasilnya...?


Sampai2 rumah 2 beradik ni terus rajin bukak buku latihan masing2 nak siapkan gara2 nak dapat
sticker punya pasall..! berkesan sungguhhh!!!


Masih nak mengukuhkan 'latihan menulis' Dania 


 Kebetulan Danish ada ujian bulanan SRA minggu depan.


Selain buat latihan menulis.. Dania dah habis baca buku
'Bacalah Anakku' sampai buku 3 sekali guss!!
Lepas siap latihan masing2 datang kat Mama untuk serahkan buku 
untuk di tanda dan pilih reward stickerr!! 
Semangat sungguh!!


Dalam pada tu aku jugak tengah cuba siapkan 
Material bantuan mengajar ~ Reading technique menggunakan Calendarr...
 tengah duk pikitcamne nak masukkan semua 26 alphabet dalam kalendar yg cuma 14 page 
je ni uhuhuhuhu


Kalau dah siap bleh filp2 je utk Dania buat revision mengeja perkataan. 
Moralnya sungguh tidak sia-sia attend 
hari tu.. Thank you TLC!
Assalamualaikum...

Hari-hari terakhir sebelum 'meletops' memang agak busy dan memenatkan 
dok menyettlekan beberapa perkara sebelum cuti bersalin.
Antaranya menghadiri 
Reading Technique Parents Seminar
yang di anjurkan oleh 

ALhamdulillahh.. di beri kesempatan untuk join seminar ni.
Dah la terlepas nak register under Tadika Dania,
nasib baik ada kawan baik satu termpat kerja yang berenti kerja
jadi Pengetua salah satu branch TLC ni maka
dapat lah aku menyelit under tadika kawanku itew uhuhuh.
Untuk pengetahuan, sekarang dah ada 130 branch tadika yang menggunakan
program TLC di seluruh negara. Hatta kawan aku pun ada 2 orang
yang menceburi bidang ini sebagai Enterprenure@ pengetua.


Acara ni berlansung pada 3 March, Ahad yg lepas. Start pukul 2:30 petang 
bertempat di UPNM Sg Besi.
Sebenarnya dari pagi pun dah busy berulang ke sana ke marii..
nasib baik sempat jugak attend seminar ni.



Para Ibu Bapa yg berdaftar sebelum mula sessi seminar.


Dewan di mana seminar berlansung.


Ini dia 'pensyarah' pada sessi tersebut.


Antara yang dihuraikan teknik membaca secara sistem 'Phonics'.
Antara para guru yang membuat sessi demo


Ibu bapa turun di panggil untuk 'feel' bagaimana anak2 di ajar di sekolah.



Itu dia siap terbang2 lagi hihihi


Ibu bapa yg sporting beraksi di atas pentas.


Akhirnya dapat mengabungkan satu perkataan...


Kaedah mengajar menggunakan Kalendar. Wahh.. yang ini menarik. Aku pun dah stanby kalendar nak buat
jugak utk reading practise Dania kat ruma uhuhuh.


Antara audience yang memenuhi dewan seminar. Waktu ni  tgh sessi testimoni 
oleh salah seorang pelajar dari program TLC.

Seminar berlangsung selamat hampir 3 jam. Alhamdulillah..
dapat input yang sangat bagus dan lebih paham konsep pengajaran 
yang di terapkan dalam program TLC ni.

Sebelum  ke Seminar ni sempat lagi attend 
Wedding Cikgu Tadika Dania
Habis attend wedding tu hantar Danish & Dania balik rumah plak 
baru berkejar ke Seminar uhuhuhu.


Dania dengan guru kesayangan. 
Selamat penganti baru Teacher, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...aminnn


Hari Sabtu tu plak sempat lagi jejak Warehouse Sales My Dear.
Memborong barangan bayi dan kanak2.
Sempat borong 
1. Tricycle untuk Dhiya ~ masuk ni dah yang ke-3 dahh  beli isk isk isk
2. Tolo Car ~ Untuk Dhiya & Sepupunya Zara. 
Ni pun dah berapa kali beli gara 2 kat umah tak de store besar 
nak simpan. Letak kat luar lama2 buruk panas berujan dan akhirnya ke tong sampah uhuhuhu.
3. Walker ~ Untuk anak sedara, Firzana yang dah nak masuk 4 bulan
4. Stroller ~ Untuk Baby. Ni pun dah masuk buggy/stoller yg ke-5 atas reason yg sama.
Store simpanan yg terhad dan buruk sebelum dapat di turunkan pada adik2 yg lain uuhuhu.



Dhiya excited dapat beskal tolak baruu



Okeh dah siap pasang. Lepas ni petang2 bleh jalan2 kat luar okehh

Petang nya sempat keluar cari Almari baju Dania plakk...
sebelum ni almari baju derang buh dalam bilik Bibik kira Bibik yg uruskan..
Tapi Danish & Dania pun dah makin besar.. koleksi dah  bertambah 
tak muat dah almari sedia ada.. terpaksa gak top up lagi satu dan 
buh kat dalam bilik derang sendiri uhuhuh.


 Okeh... tu antara beberapa perkara lagi yang dapat di selesaikan minggu ni, Alhamdulillah.
Owh ya... weekend ni plak plan nak cari bahan bacaan untuk Dania seperti 
yang di senaraikan masa Seminar Reading Technique ari tu. 

Wah... dah 38 minggu ++ ni.. baby belum nak keluar ek.
Mama & Papa dah tak sabar dah ni tauuu...
Teringat masa Dhiya, sehari sebelum bersalin @ 39 weeks ++ sempat lagi attend
Orientasi Pelajar Tahun 1 kat sekolah Danish.
esoknya terus bersalin hihihi