Kesalahan penyanyi disifatkan serius . sumber : Berita Harian
BANDUNG: Pegawai pendakwa perbicaraan vokalis kumpulan Peterpan Nazriel ‘Ariel’ Irham, meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda 250 juta rupiah (RM85,255) dalam kes skandal video lucah penyanyi itu semalam.
Pegawai pendakwa berkenaan, Rusmanto ketika ditemui wartawan selepas perbicaraan tertutup di Mahkamah Daerah Bandung berkata, permintaan dibuat di bawah fasal 29 Undang-Undang Pemindahan dan Transaksi Elektronik Nombor 4 2008, dan fasal 56 ke-2, Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) atau Kanun Acara Jenayah. “Kami juga meminta dia dikenakan tambahan hukuman penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda,” katanya. Dakwaan dikenakan membabitkan pita video seks yang didakwa dilakonkan penyanyi itu bersama aktres Cut Tari dan Luna Maya.
Rusmanto berkata perbuatan Ariel dianggap sebagai penyebab keresahan masyarakat dan satu isu negara.
“Video perbuatan tidak bermoral itu tersebar melalui internet sehingga boleh ditonton oleh masyarakat dan lebih buruk lagi, Ariel terbukti sebagai pelaku video lucah itu,” katanya.
Ariel berdepan hukuman 12 tahun penjara dan denda 6 bilion rupiah (RM2.95 juta) jika sabit kesalahan. Ariel ketika ditemui wartawan berkata dia akan mempertahankan diri dan menghadapi tuntutan hukuman penjara.
“Saya sudah bersedia kerana itulah satu-satunya pilihan saya. Saya tidak mahu ia ditangguhkan lagi,” katanya ketika menunggu untuk masuk ke kamar mahkamah.
Permintaan pegawai pendakwa itu nampaknya tidak seperti apa yang diingini Ariel, kerana dia dikatakan berharap diberi keringanan.
“Saya berharap mendapat tuntutan paling ringan,” katanya.
Peguam Ariel, OC Kaligis pula berkata berdasarkan perbicaraan yang sudah berjalan selama dua bulan, tidak ada fakta yang membebankan Ariel.
“Kami sudah bersiap sedia untuk pembelaan kerana fakta persidangan dan bahan bukti sudah jelas,” katanya.
Di luar mahkamah beratus-ratus orang mengadakan tunjuk perasaan membantah perbuatan Ariel, termasuk anggota Barisan Pertahanan islam (FPI), Pergerakan Rakyat Bagi Menggantung Penzina (Gergaji) dan Pakatan Rakyat Menentang pornografi (Ampibi).
Bagaimanapun, kekasih Ariel, Luna Maya, tidak kelihatan pada perbicaraan itu seperti sebelum ini. – Agensi
NOTE : Bagaimanapun blog beautiful nara mengatakan Airel sudah pun di jatuhkan hukuman semalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 sweet comments:
akhirnye ...kene penjare jugak yeak...tu laa mase main pi rakam2 ape hal...tak pasal2 tejerat diri sendiri....
re Lieya :
tu la pasall.. isk isk isk
Post a Comment