Showing posts with label etc. Show all posts
Showing posts with label etc. Show all posts
Cadbury's Warehouse Sales!!!
Kepada peminat coklat... masa untuk menyerbu Cadbury's Warehouse Sales !

Vanue : Ruang Legar, Centro Klang
Date : Untill 13th Dec 09, SUN
Discount : Up to 50%!!







Untuk detail :-
*
*
Pastu lak hari ni kerja... menanti data restore yang baru 65%! Adoiiii bila nak siappp nih... start malam semalam dah lebih 12 jam tapi baru 65% jekkk... adehhhhh! Tak kan la esok pun kena datang lagi kottt... adussss.... Lunch time sempat la sorang ofice mate serbu warehouse sales ni... dah hasil dari serbuan nyerr... tara...!!
Total berharga RM130++..! (Gileerrr!). Dan dalam tu aku nyer...
Memang murahh! Contoh Cadbury ni harga runcit kat Giant
Cadbury Zrip regular RM4.29 sales only RM2.
Cadbury Zip Fruity Crunch RM5.99 only RM3
Dentyne Chewing Gum (120 pcs) only RM5
Cadbury Hot Chocolate Drink only RM7
Cadbury Bytes only RM2
Chocolate Bar (Dairy milk /Old Gold) only RM10
Average 50% less! So memang berbaloii... kepada yang berminat sila lah serbu ke booth mereka di ruang legar Centro kayy!! Esok last day!


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52 kepada seluruh rakyat Malaysia...
semoga keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini akan
terus diwarisi oleh anak-anak dan generasi kita yang akan datang....
Malaysia boleh!
Kami sekeluarga : Izan, Sham, Danish & Dania ingin mengucapkan
Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak
dan selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua rakan-rakan & pengunjung
yang dikasihi sekelian..
Semoga Ramadhan ini membawa seribu keberkatan kepada diri dan keluarga kita semua..!
Salam Ukhwah,
SweetOmoide.blogspot.com
Di satu maghrib minggu lepas..Azan baru lepas berkumandang dan aku baru lepas berbuka puasa sambil BF Dania depan TV.. Tiba-tiba bunyi bising macam benda berlanggar kat laman rumah. Aku terus kelam kabut buka pintu. Serasa mcm ada bendalah terlajak masuk porch rumah kott..

Bukak bukak pintu tgk anak jiran aku dengan motornyer dah tergolek depan keta aku yg parking depan rumah. Selalu balik kerja memang aku parking kat luar sebab biar Danish & Dania bleh main kat porch tu. Malam nak tidur dalam kul 10 tu baru la park masuk kereta dan time tu biasanya Danish & Dania akan ikut jalan seround dulu barulah bleh park kereta masukkk... dah sejak bertahun mmg kereta tu akan park kat luar lepas kerja mcm tu jugak jiran sebelah umah aku..

So berbalik pada cerita tadi, aku pun terus la panggil (aka jerit) Abang keluar..! Panik panikk...Memula risau gak tengok anak jiran aku yg dah tergolek depan rumah. kebetulan maknya pun mmg seiring dgn motor anaknyer tadi so maknyer pun nampakla apa yang berlaku. Menurut anaknya - si bujang 15 tahun, ada serangga masuk mata tu yang buat dia terbabas langgar keter kitaorang..

Tengok la luka ke tak.. Abang lak dirikan balik motor.. luka sket kat kaki pastu budak tu dok menahan senak kat dada..sebab rempuh side mirror kottt. Kakak sebelah tu pun duk tanya alamak camne kereta.. kalau ada apa2 bagitau tau lahh tapi since maghrib tak pe lah aku terus la suh akak jiran sebelah rumah aku tu balik dulu..tengok2 anaknya kalau teruk kena bawak gi klinikk..tak teringat pulak nak tengok keta cam ne cuma masa kakak tu nak balik baru perasan rupanya side mirror aku dah bersepai..tu pun kakak tu pungut buh dalam bakul motor pastu baru perasannn... lor rerupa side mirror yg dah bersepaii.. iskk iskk iskk

Anyway malam sket baru teringat nak tengok keta... sekali tengok....tu diaaa
i) Side mirror patah
ii) Skirting pintu bawah bergarittt.. dalam gakkk
iii) Pintu penumpang belakang calar
iv) Logo Proton kat sport rim pecah

Moralnya malam tu aku panggil gak la kakak sebelah tengok..
ingatkan tak apa2 rupanya apa-apa jugakkk huhuh.. apo nak buekkk

So isnin lepas hantar pi kedai sebab akak tu nak cover repair cost. Total kalau nak repair RM560! Sebab nak kena ketuk & sembur cat balikk...gullpppppp!!!Nak seminggu gak aku & Abang drive tanpa side mirror! Sengetkan back mirror ke tepi je utk gantikan fungsi side mirror tapi payah gak la sebab tak biasa kan apa2 nak tukar line mesti nak tengok side mirror. Moralnya Khamis lepas Abang beli side mirror dan jadi pomen pasang sendiri sebab kalau buat kat kedai RM150! Beli spare part pasang sendiri baru RM115...Dah jimat RM35..caya la Abang.. Ada bakat terpendam rupernyer huhuh
Moral of the story :
Anak lelaki memang mantenance tinggi...!!! huhuhuhu
P/S: Aku pun pernah experience 'sondol manja' keta bos aku masa nak masuk parking kat ofis. Camna tah bleh plak pagi yg sama ada gak keter lain 'sondol manja' gak keter bos aku nihh sebab bila pergi check, apsal jumpa cat keta color lain pun lekat gak kat body keter dia.. penyudahnye tong2 gak bayar repair cost yg berjumlah RM450.. hua hua huaa..
NEW GADGET
Aku memang addicted snap piccas... (sifat khas seorang blogger bak kata Farah Amoi). Hobi yg dah berbelas tahun kott! Bezanya dulu camera pakai filem, dah print baru bleh tgk gambar. La ni semua dah pakai digicam. Gambarnye tak nampak tapi sedar2 dah beribu2 lemon. Tapi , hobi yg dah berbelas tahun ni masih tetap tak menjadikan aku seorang photographer professional he he. Jauh panggang dari apilah org kata. Maklumlah setakat buat koleksi peribadi je kan hua hua hua! Walaupun begitu tanpa aku sedar HDD PC aku pun dah nak meletup simpan semua photo yg aku snap... tak kisah even quality just utk own collection je pun. Yang penting sentimentel value yg terpapar kat gambar tuh! Aku pun naik fenin mana nak simpan gambar2 yg dah berpuluh-puluh GIGA nih! Last-last ZASSSSSS......!!! Tanpa aku sedar aku dah bawak balik sebijik External Harddisk 1 Tera Byte which means equal to 1000 GIGA BYTE!! Terus lengang HDD PC aku... lega sket kepala.. heheheh
YANG CUTE

Aku sebenarnya singgah 7 Eleven nak beli barang lain. Ternampak plak benda alah kat bawah nih! Kicap 3 perasa dalam satu kotak. Sizenya alahaiiiiiiiiiiiiiii.. comellllnyerrr! Tak pernah plak aku jumpa sebelum ni. Isipadu 60ml.. aku terus sambar bukan sebab nak kicapnya, tapi sebab ke'comel'annyerrr! Tak cecah tinggi sebiji teko pun. La ni masih ada kat rumah jadi bahan perhiasann... wakakkaakkaak!

SUSHI KING RM2 BONANZA is backk!

Last but not least, to sushi lovers.. jangan lupa serbu SUSHI KING for RM2 BONANZA PROMOTION starting from this coming 13th April to 16th April 2009! Bestttnyerr!! Bestnyerrrr!!! Nyumm! Nyummm! Nyumm!!!! Boleh makan sampai lebammmmm!!! hehehehhehe

April.. bulan membayarr cukai.. sudahkah anda?
Other options is convert your PCB to potongan Zakat so that rasa lebih ikhlas and redha disamping menunaikan rukun islam ke-5 he he he! Anyway here is some good info from The STAR.
For detail please go to:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/3/15/focus/3485231&sec=focus
I VOTE TO TURN OFF LIGHTS DURING EARTH HOUR! YOU ??

Basically what I'm doing right before the Earth hour?
- Cooked for dinner early
- Have dinner early

During the earth hour?
- Turn off lights according to TV3's earth hour count.. 3 .. 2...1.. OFF!!!
- Stay outside the house.. see moon and stary sky
- Call my parents and sibling.. they vote to turn off lights too! Well done!!
- Riding bikes with hubby and son round the resident.. took fresh air at night while looking at other's people vote too!
- Go back home and start blogging!
Just received envelop from JLSM (Japanese Language Society of Malaysia ) mentioned thatt....

I've passed my JLPT 2!!!!!!!!!!!!! Huurayyyyy!! Alhamdulillahh syukurrrrr sangat-sangat....

Memang lega sangatt tapi rasa kelakar pun aderr.. itulah lain kali tengah zaman belajar dah nama pun 'pelajar' rajin2 la amek test ni siap-siappp.. jangan dah kerja nak sedekad, otak pun dah karat baru kelam kabutt nak amek..hahahah.

Ini pun mujur la MD aku yg kuat sgt mujuk (dibaca sbg paksa rela )...huhuh

Anyway I believe I've made a good start by sitting for ni-kyu (Level 2).. so nextt.. ikkyu ganbaroukane..? (nak struggle for Level 1 ke?) Jeng jeng jeng !!!!

* Cehh..Level 2 pun excited, lain la pass level 1! hahahahaha*
Related previous post:

Semalam dapat berita by new born nephew, Fahim Luqman kena jaundice tinggi (500 ?? )
dan dah ditukarkan darah lewat pagi tadi jam 4 pagi sebab mencecah bacaan 540!
Aku terkejut gak dengar tau-tau je Ma dah kena tahan wad kat Hospital Temerloh

Aku pun googling some info berkenaan jaundice...
Some good info
http://drazwan.blogspot.com/2007/11/neonatal-jaundice-dan-perawatannya.html
Other Info :
Jenis-jenis Demam Kuning

Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-

Demam kuning normal (physiological jaundice). Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 - 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.

Demam kuning pra-matang. Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.
Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice). Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.

Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak. Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi.

Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.


Basically Danish & Dania pun pernah kena jaundice. Danish mild je, Dania dulu kena prolonge jaundice lagi... jaundice nyer tak tinggi sangat tapi lamaaaaaaaaaaa...
merasa gak lah 3 hari duk wad & Dania duk bawah lampu fototerapi tuhh.3 minggu baru hilang jaundice Dania.. Bak kata orang Dania ni "kaki jalan" sebab 2 hari sekali aku akan bersiap dan siapkan Dania pergi cek darah.. aku dengan berbengkung dan stokin dan Dania pun sampai kalau cek darah tidur pun tak bangun sebab naik lali dgn jarum cek darah tuu...huhuhuh

Alhamduillah sekarang Dania dah sihat, riang & cergassssss

Untuk Fahim, kami doakan semoga cepat sembuh & Ma, tabahkan hati ya!



Annual Dinner 2008
Summit Hotel, Subang
13th Dec, Saturday
Theme : Cultural Night
Artists : Aza Elite & Zul Handy Black


Macam tahun-tahun sudah gak Annual Dinner akan ada acara2 seperti berikut
- Speech, makan2, Long service award, Project achievement award, entertainment, best dress, etc and yang paling best Lucky draw (kalau menangg la!) Bab dressing ramai gak staff yg sporting2 pakai baju traditional - Sari, kebaya, cheong sam, korean traditonal, kimono termasuk la jubah arab baik yang lelaki atau perempuan! Aku..? Dalam kekalutan nak amek JLPT tu sempat gak la sambar sepasang baju yang aku cari tak sampai sejam! Sebab aku pun tak sempat nak fikir tu pun seb baik aku tergerak ati gak nak cari sehari sebelum Dinner amal Yayasan lastweek. Sekali acu boleh terus zasssss! (uhukk!)

Tahun ni aku tak join comittee so bleh la chit chat & enjoy makan2 as a guest. Apa yang best tahun ni pada aku ialah Lucky Draw. Grand prize 32" LCD TV !! Tapi the last top 10 prizes tu everytime MC sebut satu digit je semua orang dah menjerit2 excited!
No bertuah aku ialah - 0364 pada malam tu.. Tahun ni julung2 kalinya Local manager
buat collection and purchase SONY MP4 player! As well as Japanese Manager akan contribute SONY PS2. No prize SONY MP4 palyer ialah - No. 6. Bila MC announce
0 - 3 - 2 + 2 + 2 = 6... Audience dah gamat berteriak
As the prize is MP4.. the last digit is also no 4! 0364!!!
Tak sangka tengok2 nomo aku naikkk!!!!!! Memang excited abess..
Anyway, Alhamdullillahhh rezeki.. huhuhu!


Tahun ni jugak group aku menang satu project award. Project ni sebenarnya hasil usaha gigih anak buah aku - MLF. Aku cuma support mana yang patut. Sebaik je tahu theme ni menang award aku & boss pakat tak nak bagitau - buat suprise la konon dengan harapan malam dinner tu baru dia suprise bila project ni diannouncekan. Nak dijadikan citer anak buah aku ni dah jadi ala-ala artis vokalist malam tu. Habis persembahan selang 2 agenda baru la sampai agenda Award giving ni. Sekali bila announce Project theme ni aku tengok tak naik-naik pulak anak buah aku ni.. semua orang dah tertunggu-tunggu. Aku pun dah gelabah nak carik dgn ballroom hall yang besar tu mana la nak tau kat mana dia port penyudahnya aku la yg suprise sebab suprise tak menjadik dan aku plak yg naik stage! Iskk iskk iskkk.. anyway hadiah RM1000. Lumayan tuh! Tak lama baru muncul. Rupenya bersiap salin baju dari vokalis bertukar jadi pengantin lelaki berbaju songket!



Artis undangan tahun ni ialah Aza elite & sape tahh.. overall OK gak dinner tahun ni sebab balik tangan tak kosong! huhuhuhu!

**********************************************************
Fact
Annual Dinner
2003 - Vocal - Natsu Matsuri & Motto - RM70 Voucher
2004 - Lucky Draw : Blender
2005 - Lucky Draw : Kipas Angin Panasonic
2006 - 5 years Long service Awards - Loket Emas 6g
2007 - Best Dress - Perfume set Raplh Lauren
2008 - Lucky Draw : Sony MP4 player
Project Achievement Award : RM1000 cash

Syukurrr Alhamdulillahhhh......
100,000 KM...!!!!!!!!!!!!!! Itulah angka speedo meter kereta ketika kami dalam perjalanan dari Jengka ke kampung halaman di Johor Aidilfitri yang lalu. 100,000KM!.. jauh juga dah kami berjalan rupanyer. Pada usia 2 tahun 10 bulan, dah banyak jasa-jasa kereta ni pada kami. Mana taknya, alangkan dari rumah aku ke Johor almost 400km sehala.. pergi balik dah 800KM.

Itu baru cakap pasal meter, lom cakap pasal $$$ minyak & tolnyerr..ngeh ngehhh ngehhh.
kalau raya balik dari pahang ke johor pun almost 400KM juga sehala.. balik pahang dlm 200km sehala. Pergi kerja pun 20-30km gak sehala.. hari hari lagi! Masa aku pregnant, dah hujung2 bila perut dah cecah stereng keter, Abang hantar & ambik gi kerja. Route nyer Puchong -> Shah Alam -> Puchong -> Serdang.. balik Serdang -> Puchong -> Shah Alam -> Puchong.. sehari nak dekat 200km + 2 jam perjalanan pergi kerja dan 2 jam lagi perjalanan balik kerja. Seminggu je nak cecah 1000KM. Raser baru service keter tetiba tengok mileage, aikk dah nak kena gi hantar service lagii...?! Tu blom campur jalan-jalan shopping mopping hujung minggu..! Patut la belum 3 tahun dah cecah 6 angka! Wahahahahah

Emm.. buat kereta kesayanganku, terima kasih banyak2 atas jasa2mu kepada kami
selama ini. Kami masih mengharapkan khidmat dan jasa baktimu...!