Showing posts with label Firstime ever. Show all posts
Showing posts with label Firstime ever. Show all posts
Salam Isnin semuaa..

Ahaaaa.. sepanjang bulan lepas dan bulan ni
banyak betul progress terbaru Dhiya.
Nanti Mama updatekan satu satu yekkk

Yang terbaru..! Owhh.. ni sangatlah ad-hoc 
dan yang tengok pun panik bercampur excited!


Kejadian pada satu malam ketika Dhiya 
berusia 6 bulan.. Papa, Mama & Danish tengah makan malam
kat dining table.. tiba-tiba sedar Baby Dhiya
tengah pegang pensel menconteng buku kerja Kakak Dania..!!


Tak sempat nak capai DLSR.. pakai HP atas meja jee.. hehehehehe.
Bahaya biar Dhiya pegang pensel lelama takut tercucuk mata..!
Tapi macamana dia bleh kejar buku kakak yang di tinggal 
atas lantai siap pegang pensel dan menconteng!!!


Siap geget geget lagi pensel tu ekekkekeke


sambil mengepang2 kaki ala2 helikopter nak terbangg ekekekek


Hasil 'kerja rumah' Dhiya ! ehehhehe


Malam esoknya sekali lagi!! Sama gak time tgh nak makan malam..
Dania sokmo makan nak kena suap kan.. manjer sungguh! 
so lepas kitaorg habis
makan baru la suap Daniaa.. tu yg bila time nak dinner
terlepas pandang jap si Dhiya & Dania duk ralit main depan TV uhuhuh.
Bibik lak sibuk kat Dapur.
Seriusly excited tapi panik, sempat gak snap cepat2 tapi terus ambik 
balik pensel kat tangan Dhiya tu . Bahaya!  kekekekeke


Kakak Dhiya kalau angin tengah baik kat umah memang rajin buat kerja rumah..!
Tapi tu la lepas tu masalahnya suka tinggal camtu je atas lantai..
suh wat atas meja tak mo.. 
lepas ni kena simpan buku kalo dah siap ye kakak.
Nanti Dhiya tercucuk mata siannn dia uhuhuh.

Kecit-kecit baru tumbuh gigi dah rajin nak menulis.
Moga dah besar nanti janji insan berguna ye nakkkk ;)


Ahaa..  scene di hari lain.
Dhiya pun ambik mood nak belajar jugak ekkekekek.
Assalamualaikum..
Salam Rabu semuaa...!!
Aha..  wat entry baby Dhiya ari nih..
Dhiya's first pool! hehehehe

One fine weekend, Abang kena gi ofis,
aku duk melepak kat umah layan budak2
& layan lense kamera ehehehehhe

Jom layan gambarr.. zassssssssss


Pool mini pertama Dhiya..!!
Jom beraksii.. menyelit masuk pool ngan Abang & Kakak! hihi


Tapi kalau tengok dalam gambar ni muka Dhiya
semua suspen jekk.. wat muka cuak..
mana taknya Abang ngan kakak main air
tepercik sana sini.. kejap2 Dhiya
terpejam kena percik air ..
tu yang muka berkerut jekk ekekekek



  

Dhiya : Best jugak ni kalo dapat menyelam seround
macam anak Dr Sheikh Muzapha he he he





Muka berjaga-jaga jekk ekekekkke




Abang kakak min kocak2 airr..


Gelihati tengok Dhiya.. abang kakak main air 
tak hingattt.. asyik kena percik air jek ekekkeek



Dhiya : helppp meee ~ !!


Akhirnyaa..! lega dah kuar kolam ekkeekekekek.
tak nampak muka excited langsung! haha
Chubby Dhiya dalam gambar nih..! timbang 5 bulan setengah dah 7.2 Kg 
bleh tahan semangatt!!! uhuhu
Assalamualaikum...

Ahaa.. nak hapdet kisah SAMBAL hari ni ekekekek.
Seperti yang sedia maklum, teruna aku si DANISH ni memang 
HANTU SAMBAL..!! Lebih specific lagi sambal tumis.
HARI HARI dia akan request untuk makan NASI LEMAK (nasi putih tanpa santan).
Tak kira pagi, tenghari, petang, malam.. kalo dia lapar memang 
Nasi lemak la yang akan di requestnyerr hehehehe.
Perkara ni dah berlarutan lebih 3 tahun.. start Danish umur 3 tahun setengah lagi.
Masa tu dah hantar Danish pergi skool asalnya nak suruh dia 
berkawan since kat umah pun tak de sape lagi budak2 kan. 
So pagi2 kena keluar awal dan terpaksa 
beli je breakfast Danish otw ke skool tuh. Tu yg start dia pandai makan
nasi lemakk.. isk isk isk.

Akhirnya sampai sekarang stok Sambal Tumis kena 24 jam 
sentiasa ada dalam peti sejuk. Biasa sekali masak untuk seminggu
sebab sambal tumis ni biasa berminyak.. so kalau simpan dalam peti
minyak dia beku makanya sambal akan tahan lama uhuhuh.

Kalau kata stok sambal habis dan tak sempat masak yang baru,
then the next morning terpaksa keluar beli nasi lemak 
utk Danish breakfast sebelum gi skool. Tu pun 
dia komplenn.. tak mo nasi lemak beli.. tak sedap! Sabor ja la.. huhu

Baru-baru ni sambal dah habis dan cam biasa aku 
akan masak stok sambal baru. Esok paginya
breakfast sekali makan Danish pulun 2 pinggan uhuhuhuhu.
Balik kerja hari Isnin tu pick up Danish belum sampai rumah dah request
ngan Mamanya, nak makan Nasi Lemak.. sambal baru Mama sedapp katanya! hehe.
Malam pun bantai makan 2 pinggan.. esoknya pun breakfast 2 pinggan...
isk isk iskkkkkkkkkkk.....!!


Yang agak mengejutkan, malam semalam buat JULUNG JULUNG kalinya
DANIA pun request nak makan Ayam sambal..!!!!
Iskk.. biaq betull ?? Dania ni selama ni tak pandai makan pedas.
Nampak lada sket tak mo.. merah sket tak mo takut pedas,
kalo makan rasa pedas terus di luahkan balik.
Breakfast kadang kalo aku nak masak mee goreng/nasi goreng pedas
terpaksa buat 2 version.. spicy & non-spicy khas utk Dania.
Tapi malam semalam dia yang beria-ria request nak makan samball!
Habis pulak tu nasi sepinggan..! Terkezutt aku & Abang huhuhuhu!


Malam tadi pun dia request nak makan sambal lagi.. tak mo kicappp!
Wallaa.... puas aku & Abang fikir apa yang menyebabkan dia tetiba nak makan
pedas nih..? ekekekekek
Bila citer kat Nenek, nenek kata agaknya dia pun terpengaruh tengok
Abg Danish makan berselera sangatt..! ehehehehe


*Danish gigih sedang menghabiskan pinggan ke-2. 
Pinggan/mangkuk baru dapat beli susu. terus tak mo pakai pinggan lain*

Cuma yang kelakarnya.. Dania dalam pada makan pedas tu.. sekali suap 
sekali minum airr.. ekekekekekekek. Maklum le baru nak menceburkan diri...


Nasi baru habis separuh pinggan.. tapi air dah 2 cawann!! ahahahahahha!
Anyway gud job Dania.. kalau dah pandai makan pedas sket pun ok.
Lepas ni Mama masak sekali je.. takyah buat 2 version.
Masak lemak cili padi pun Dania bleh 
join makan sekali kekekekekek. Tapi jangan la pedas2 sangat 
macam Abang Danish tu.. ! risau pulak Mama & Papa uhuhuhuh!

Apapun.. ke mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi..
ni semua ikut Papanya yang kuat makan pedas..!!
Papanya dulu kecik2 boleh petik cili padi kat pokok
buat ulamm..!! Hatta pokok lada tu pun dia tanam sendirik isk isk isk ;P
Assalamualaikum...

Ahaa.. Danish dah 6 tahun.. tahun depan nak naik darjah 1 sudahh..
kena pulak EDD baby dalam perut ni time Danish nak naik sekolah rendah..
Dania pun akan pergi skool jugakk
sungguh suspenn.. di manakah aku berada pada waktu itu..?
Abang..? Danish..? Dania..? 
Hospital ? Sekolah ? Tadika..? Jeng jeng jeng..!!

Anyway baru-baru ni Dania mengadu kat Papanya cakap gigi 
Danish ada tajam-tajam.. Sekali tengok..! Gigi kekal Danish dah mula tumbuh!!
Alamakk.. kitaorang langsung tak perasann.. Danish pun tak mengadu apa-apa..! huhu.


So teruslah plan bawak gi jumpa Doktor Gigi. Seb baik lah Kompeni baru ni 
sudi sponsor dental claim RM500 setiap ahli keluarga.. sebelum aku 
start getting pregnant hari tu awal-awal dah gi survey Klinik Gigi 
since bleh claim kan. Gi service gigi siap-siap sebab kalo dah pregnant
ada masalah gigi payah pulak nanti. So inilah Klinik Pergigian yang kini dah 
pun menjadi Klinik gigi tak rasmi family aku huhu.

KLINIK PERGIGIAN NURUL.

Terletak di Bandar Bukit Puteri depan area2 Giant tuh. Dari LDP menuju ke IOI 
tu pun bleh nampak klinik nih. Abang pun dah buat treatment gigi kat sini.
So far service OK.

So tengahari semalam aku wat appoitment ngan klinik.
Kul 12 gi amek Danish dari skool terus bawak gi Klinik.
Appointment kul 1 pm, sampai kul 12:30 pm kitaorang makan dulu kat 
kedai Ayam penyet BEST kat bawah Klinik tu je huhu


Ni set Combo Ayam Penyet dia. Harga RM9.90 sekali air.. bleh pilih
nak Udang/Ayam/Lele/Empal Penyet. Kat sini hari tu yang terserempak 
So sebelum gigi Danish kena cabut, kasi dia isi perut puas-puas dulu huhu.
  
Aku order Lele penyet.


Danish punya Ayam Penyet


Danish yg excited di hidang ayam goreng + sambal ngahahahaha


Sesuka hati je sambal belacan power ayam penyet tu dia gaul kat nasi.. uikss..!
Aku pun gaul sket2 jekkk..


Selera betul aku tengok dia makan.. sambil komen 
'Sedap! Sedap..!'
Anak bujang aku sorang ni memang kuat makan sambal tak padan kecikk...
ni ikut darah satria Papanya la nih.. iskkk


Tengok habis licin pinggan lauk Danish ngan sambal2 sekali.. 
ada nampak tak sisa samball..? tak de kann.. LICIN!
Aku punya sambal pun dia yg habiskan.. aduh aduh..
tak sampai hati aku nak halang sebab dia makan selera sangatt.. 

Masa nak bayar staff kedai tu pun duk tegur aku
"Pandainya dia makan samball...!"
ngahahahahaha...!

Habis makan ngam2 sebelum kul 1 pm.
Terus naik atas.. ni dia ruang menunggu dalam klinik.
Sampai-sampai isi kad register dan terus masuk bilik Doktor.


Ni lah rupa gigi kekal Danish yang dah tumbuh berlapis ngan gigi susu dia.


Masuk-masuk terus Doctor suh baring & cek gigi Danish. Sambil pakaikan 'Spek mata hitam'.
Aku pun jet jet la puji puji dia hensemm kasi lupa tujuan dia datang klinik tuh huhu


Tapi bagus Doktor nih. Dia phsyco budak-budak sampai Danish pun calm jek.
Aku pulak yg suprise tengok respon Danish.
Memula Doktor kata nak letak jelly strawberry yg sedap kat mulut dia. 
Jelly ni pun akan kasi rasa kebas gak skett.
Pastu Doc dah cakap awal2, jap lagi dia nak cek gigi, takut jelly tepercik masuk mata so 
Danish kena tutup mata (sebenarnya nak elak dia nampak jarum suntik)


Sambil-sambil tu siap suh Danish praktise tutup mata.. pandai ke takk..
Danish pun mesti lah nak tunjuk terror & pandai kann.. ikut je cakap Doktor.


Haaa.. nampak dah Doktor dah stanby picagari & jarum suntik ubat bius kat tepi tuh..?
Aku yang tengok pun ngerii ha ha..!!


Tapi amazingly Doktor bleh bius gusi Danish 2-3 tempat dengan Danish 
yang 'setia' tutup mata dan tak mengaduh sakitt.. padahal few minutes jugak la
Doctor duk habiskan ubat bius tu ke gusi Danish.. 


Sampai ubat bius habiss.. lama gak tuhh.. ! uhuhuhuhuhu


Danish di suruh kumuh air.. masa ni dah kebas dah mulutnya..
Lepas tu Doktor confirm kan dulu sakit tak kalo dia pegang2 gigi Danish.
Siap dia demo dia nak pegang2 je gigi tu.. nanti Danish rasa macam dia
pegang dan goyang badan Danishh.. tak sakit kann..

Bila Danish dah faham & kata OK baru la Doktor cabut 2 gigi susu depan 
Danish sekaligus..!!


Tu diaa.!! satu pendekk, satu panjang. Yg pendek sebab gigi kekal dah keluarr..
yg panjang sebab gigi kekalnya baru nak keluar so belum tolak gigi susu tu 
betul2 lagi huhu. Danish pulak OK je.. kagum aku tengok dgn cara Doktor tu handle 
& Kagum gak dengan respond Danish.
Well done  Danish !!


Rupa gigi Danish setelah di cabut 2 batang kat bahagian depan.


Danish main toys kat Klinik tu kejapp


 Lepas 10 min gitu terus ajak Danish balik. Doktor ada kasi ubat minum utk tahan sakit.
Singgah kat kedai Ayam penyet tu pinjam sudu dan beli air mineral. 
Kasi Danish makan ubat siap-siap sebab ubat bius tu tahan sejam jek. 
Kapas tahan darah pun tukarkan siap-siap.

Balik tu belikan aiskrim satu tupperware untuk Danish makan kat rumah Baby Sitter. 
Kasi darah cepat berenti. Time2 macam ni Doc pun tak advise dia makan yg panas-panas.

Al-kisahh..  pengalaman pertama aku handle anak tumbuh gigi kekal uhuhuhuhu.
Seb baik gi cabut Danish tak meragamm.. alhamdulillahh.....



Assalamualaikumm..

Ahaa.. cam biasa.. Sabtu Ahad je baru sempat mengasap dapur!
*Alasann.. padahal ofis bukan jauh pun!* uhuhuhu
Last week dok bersembang2 ngan memember pasal resepi roti jala.
Masa zaman2 belajar dulu kira aku antara tukang buat
bahan roti jala gak le.. kalau ada gakusai ~ Pesta pelajar 
kitaorang confirm akan bukak gerai jual makanan punya..!
Dan antara yang di jual termasuklah Roti jala + Kuah kari..! Nyumm!!
Memang agak hit jugak le menu ni sebab orang-orang Jepun
pandai makan kari..!

Okeh.. so Roti jala versi aku cam ni lah rupanya. Lipat je malas
nak gulung hehehehehe. Kalau lipat dari atas kuali tu bleh terus lipat ngan sudip
angkat masuk pinggan terus huhu.
Oh ya.. resepi macam biasa, boleh layari Sweet@RecipesGallery okeh


Terlanjur ada pulak ikan tengiri dalam freeze..
tanya Abang nak buat masak apa, Abang request suh masak Asam Pedas.
Set.....!  Asam pedas ni pun kira menu wajib orang Johor gak le..
Kalau aku balik kampung confirm sekali akan keluar menu nih.. ehehehehe.
Kena pulak Abang Ngah aku rajin memancing.. selalu gak le
ada ikan sembilang masak asam pedas ni.. aku layan jek.
Kadang ikan Mayongg..
So resepi cam biasa ikut resepi Bonda lahh.. cuma aku modified sket
ikut resepi Mat Gebu, beza nya buh lada hitam + nenas. 
Selalunya aku masak asam pedas buh kacang bendi  or tomato jek.


Tambah pulak dalam peti stok Dadih perisa Strawberi dah habis..!
Apalagi.. buat lagi stok baru..kali ni Abang beli perisa Melon.
So proceed sebungkus dapat dlam 40pcs bekas kecik tu..
cukup utk bekalan lagi seminggu. Aku memang suka betul
makan dadih sejuk2 dari peti ni. tak kira masa la..lepas buka.. nak tidur.. lepas sahur..
mesti paling tidak habis semangkuk uhuhuhu.


So ni la menu sempoi hari ni..!
+ Sotong goreng tepung tumis kacang buncis.
Budak-budak memang suka sebab ada
sotong goreng tepungnya tuh.. huhu


Ada kuih muih jiran belakang kasi..
dia memang berniaga jual kuih.
so bertukar-tukar juadah gak le..


Yang lagi bermakna...setelah 13 hari berpuasa..
AKHIRNYAAAAAAAAA................!
Danish berjaya puasa penuh hari ni............!
Ahahahahah.. Danish ni kalo nak tau almost every day 
bangun sahur..! Yang penting kena ada Sambal..
makan boleh tahan.. bertambah-tambah.
Nak tidur semangat baca niat posa.. nak kejut sahur
pun senang.. tapi nak puasa sampai maghrib tu aduhaiii..
banyak sangat dugaan gak nye kat rumah pengasuh..
maklum je la ada 3 orang lain yg tak posa mana la
tak cair mamat tuh  huhuhuhu.

So setelah melalui pelbagai 'dugaan'..
dengan dia merengek lapar la.. suh masakkan maggi la..
nak minum susu la.. tak de energy laa.. 
akhirnya setelah di tunjukkan seiikat bunga api 3 color tuh..
berbunga2 dan tersengih juga Danish sambil menahan posa 
sampai azan maghrib..! Alhamdulillah..!
Masuk waktu berbuka je terus.... makan nasi sepinggan..! ahahahaha.
Danish Danishh.. anyway.. mama bangga dengan Danish 
hari ni okeh...!