Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Assalamualaikum...
AHaa... sekejap je dah hari Isnin. Walaupun terlambat nak ucap gak
Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2 gojes di luar sanaaa.
Mesti sambutan Hari Ibu semalam meriah kannn walaupun UAI kata
kita sambut Hari Ibu hari harii... bukan 12 Mei saja hihi.

Anyway kebetulan semalam kami sekeluarga pergi bercuti ke 
Gold Coast Morib Resort.


Kononnya beli masa 9th Anniversarry sebelum bersalin hari tu. Konon cari la
tempat yg dekat2 ngan umah takut emergency maklumla dah tunggu arikan.
  Tapi Abang advise suh postpone sebab takut pergi tempat2 licin tu karang 
membahayakan ibu dan baby dalam perut plak uhuhuhu.
Maka akhirnya Sabtu 11 Mei lah baru pergi.

Rasanya ramai blogger yg tau Groupon rajin buat promo 
ke Gold Coast Morib ni. Mama plak pantang tengok resort
yang ada waterpark ni sebab maklum la budak2 ni memang suka berendam kan.
Walopon ramai yg tau nak gak review sket sebab ada member request review
 duk sini hihi. So tumpang iklan jap yekk.

Ok so dalam promo yg Mama beli ni
RM168 2D1N untuk WEEKDAYS
RM290 2D1N untuk WEEKEND.
Both package cuma termasuk bilik, breakfast & waterpark fee for 2 Guest.

So dalam kes kitaorang ni since pergi hujung minggu
Mama purchase under RM290 for Weekend.
Then kena TOP UP Breakfast for kids RM18 / head.
Danish & Dania, yg jaga tu request top up voucher makan untuk 1 orang je.
Then untuk waterpark KIDS RM20/head x 2 orang.
So total 2 dewasa 2 kanak2 berbayar :
RM290 + RM 18 + RM 40 = RM348 
gak la... so tak de la murah sangat jadinyakan uhuhuhu.


OK kitaorang sampai tu dalam pukul 2:00 petang sebab check in  bermula kul 3:00 petang.
Sebelum tu sempat singgah lunch kat KFC Banting atas permintaan anak-anak.


Mama order Hot Box Cheese Zinger burger.
Memang mengidam dari pantang ni ... iklan asyik kuar TV jek akakkaaka.


Lepas lunch baru gerak ke Gold Coast. Sampai2 terus check in dan terus dapat bilik.
Masa tu ada 2 group yang buat Family Day.
Alhamdulillah dapat plak bilik Pool View kat tingkat 4.
Tapi dapat kad kunci bilik ada problem plak tak leh bukak pintu.
Sistem lock pintu memang canggih, pakai swipe kad je isk isk isk.
Terpaksa tungguh stafff hotel plak datang check. So tunggu la kejap kat luar sementara staff settlekan
kad kunci tu sementelah waktu check in pun patutnya kul 3 petangkan.


Budak2 yg dah tak sabar bila nampak waterpark.


Dhiya sempat melepak kat kerusi depan penthouse huhu


Bila dapat masuk bilik je terus terserlah keceriaan Danish & Dania



Kedudukan TV


Ahaa... ni dia view pool dari bilik. Gambar ni ambil keesokan pagi sebenarnya. 
Pool masih belum di buka.


Complimentary drinks


Toilet


Toileteries. Semua ada... sabun, lotion, Bath soap & Shampoo, sewing kit, tooth brush, Shower cap,
Shaver, Cotton Bud bagaiii


Yang paling mengujakan ialah Bath Tub Jacuzzi dialah!
Kan best kalau ada kat rumah satu kannn!


 Disebabkan baru pukul 3 petang, kat luar masih panas terikk... so budak2 berendam kat dalam 
jacuzzi dulu petang tu. Tunggu redup sket kang baru terjun waterpark. 


Tengok Dhiya dah melalak kat tepi tu bila tengok Abang & Kakak dah 
ready masuk dalam Jacuzzi. Nak join sekaki jugakkk!!


Papa tolong isikan air dalam Jacuzzi.


Jacuzzi ni bleh see thru terus dari katil So Mak Pak bleh la pantau anak2 mandi dari atas katil.


Di pendekkan citer sejam lebih gak budak2 ni berendam dalam Jacuzzi.
Akhirnya dalam kul 5 petang dah redup baru la semua pakat turun ke Waterpark.
Petang tu semua pakat nak berendam. So camera, HP semua tinggal dalam bilik je hihi.


Sampai kul 6:30 petang ajak budak2 ni naik bilik.
Sempat tapau Maggi Cup & Bubur Cup. 
Tau la sure kelaparan semua naik dari kolam ni.
Seb baik air kolam suam suam gak so tak de la kesejukan sangatt.


So naik atas tu hadap Maggi Cup dulu alas perut sementara nak tunggu Dinner.
Kat sini ada macam kedai runcit jual makanan ringan siappp.
So tak yah la risauu ... anytime leh gi beli kalo lapar.


Lepas maghrib dalam kul 8 baru siap2 nak gi Dinner plak.
Since Dinner tak termasuk dalam package so kitaorang gi Dinner kat luar lah.
Tempat yg dituju of course la Pantai Morib, 5KM je dari Hotel.
4 Minit dah sampai... memang dekat sangat okehhh.

Ok nak citer pasal 'bau'  seperti yg pernah Mama baca dari blog lain.. 
so far sepanjang kat pool mmg tak ada pun terbau apa2 yg pelik.
Tapi masa maghrib dah naik bilik tu bila buka pintu ada gak la terbau2 gitu tapi tak la
 kuat sangat pun. Mama just ambik towel alas kaki tutup je bawah pintu 
sebab suspek bau tu datang dari arah parking since kat balkoni  yg hadap 
pool aka laut bila buka sliding tak de la terbau apa2 pun.
Since malam pun kitaorg dinner kat luar so tak terganggu pun dengan 'bau' tu.
Malam bila balik bilik pun dah tak ada.


Ok, continue...sebenarnya 2 minggu lepas ada datang sini ngan adik2 ipar.
Makan ikan bakar & seafood. Adik Ipar belanja hihihi.
Kat sini banyak kedai2 open air tepi laut gitu.


Di sebabkan hari tu dah rasa ikan bakar & seafood bagai,  malam ni
kitaorang makan2 ringan2 je. Antara yg di order :
Sate *sedap okehh!*, Tahu bakar (Sotong bakar pun ada), Otak-otak,
Milo Ais, Coconut Shake! *sedappppp!!!!!* dan Abang order Cendol Santan Sawitttt.
Budak dah tak pandang dah menu ni... aku ngan Abang je lah layan. Derang dah sibuk main 
pistol buih kat tepi2 tempat orang main tu huhuhuhu.


Lepas makan ambik angin kat Pantai Morib tu.  Dah di'tebing'kan so tak jejak la pasir pantai..
cuma rasa angin laut Selat Melaka dan bunyi ombak.


Ada playground jugakkk.. lepak sini jappp 


Dah puas makan... puas mainn kitaorang pun gerak balik.
Berehattt sambil tunggu aktiviti Day 2 plakk hihihih


OK sambung cerita lagi nantiiiii.... daaaaaaaaa
 Assalamualaikum....

Ahaa... kisah hari ke-2 bercuti di Bukit Merah Laketown Resort.
So hari ke-2 ialah hari membawa anak-anak bermesra dengan alammmmm
di ECO PARK.


Bangun pagi wajib la gi breakfast dulu kann..
Dhiya pagi2 dah ceriaaaa



Breakfast pun dah termasuk sekali dalam package


Aku ambik Mee Kari.. bekasnya alahaiii comeiiiiiiiiiiiinye lahhhh 


Lepas makan budak2 ni sibuk ajak gi main kat game center tuh.



Lepas layan game, terjun pool plak sementara ngak tunggu masa check out


Kemain 2 beradik ni duk terjun2 tiruk dalam pool tu kannn


Kasi budak2 berendam puas puasssss


Puas berendam terus siap2 untuk Check out.
Lepas check out baru ke agenda ke-2 ~ Jalan2 di ECO PARK.


Ada kedai2 makan dan kedai2 Souvenior sebelum masuk ke Taman Eco Park ni 


Ok.. kehijauan alam mengiringi perjalanan kami masuk ke Eco Park.



Flora & Fauna 


Ahaa.. Jeti sebelum ke Eco Park 

Sempat lagi baby Dhiya 'isi minyak'


Tu diaa... antara penyambut tetamu terawal dalam Eco Park


Seronok kan kalau bawak budak2 ni tengok binatang2 dalam zoo 


Ralit je kalo tengok binatang. Teringat masa bawak gi Zoo Melaka dulu..
Dania asal nak pindah kandang binatang dari satu tempat ke tempat lain je
mesti dia menangis kikikiki


Ada area utk binatang2 reptilee... geli makkk!!

Tengok si Danish siap menyorokk! kat sini ada spesis kumbanggg2..
Danish kegelian uhuhuh


OK next berenti utk Animal Show


Sampai agak awall.. orang pun tak ramai lagiii


Antara persembahan dari Burung Kakak Tua


Dan lagiii


Lepas show pasal ular.. bleh plak dia letak ular tu kat audience dekatt je ngan kitaorgg uhuhuhuh


Habis Animal Show, masuk ke PETS PARK plakk.


Dania bagi makan kat Arnab. Mula2 duduk luar pagar je.....


Jap lagi dah masuk dalam kandang siap usap2 arnab2 tuuu.. hihihihi



Ada burung Merak.. sian burung merak ni, banyak bulu pelepah dia yg dah rosakk.. sayanggg jekk


Tengok sang kancill


Ok dah puas round2 dah beramah mesra ngan peliharaan dalam tu bertolak balikk


Kat luar tu ada permainan tradisional plakk


Dania test power main Congkak


Danish plak sibuk test Gong..gggGggggGggGGGGGGgggGgg...!!


 Puas dah lepak2 sini terus gerak balik KL.
Dalam perjalanan balik sempat lagi JJCM singgah pekena 
Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetangg..
KLIK SINI untuk entry penuh


Sekianlah percutian ulangtahun perkahwinan kami tahun 2012 yg lepas hihihi.
Tahun ni bak kata Abang... qada' je lepas bersalin nanti uhuhuhu

Hingga bertemu di next entryy... daaaaaaaaaaa...!!