Salam...


RON 97 naik lagi 10 sen kepada RM 2.40 seliter... wah wah wahh... makin rancak harga minyak ni naik yekkk KLIK SINI. Tapi korang pakai ke RON 97..? aku pakai RON 95 jekk.. uhuhuhu. Habis gi kerja > 35KM sehala... ikut route mana aku amek. Kalau naik highway nak elak jammed memang nak dekat 50KM le sehala.. pergi balik 100KM..! 'Masak' kalau pakai RON 97 hari-hari. Lerai rambut selai selai he he he.

Anyway teringat satu peristiwa ni.. masa aku nak isi minyak. Masa tu nak isi minyak area-area Puchong. Aku ni pengguna patriotik.. sejak kes US serang Iraq tahun 2003 atau dengan kata lain Bush serang Saddam yang menyebabkan ekonomi dunia agak kucar kacir.. sampai harga saham di Bursa Malaysia *pada waktu tu masih di sebut Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)* jatuh merudum termasuk kaunter yang aku gatal-gatal beli... terus aku tukar jenama petrol aku kepada PETRONAS.. sampai le sekarang. Melainkan kalau ada emergency baru la taruh je la minyak apa2 brand pun kat stesen terdekat.

Anyway sambung balik citer.. Kereta penuh ni queue kat satu-satu pam tuhh..!
Dalam banyak-banyak pam tu ada satu je yg free.. *bukan FREE tak yah bayar, free tak de orang queue* aku pun 'laaa.. tak de orang pun pam ni..' terus la confident je pergi. Pas tu selamba je la isi minyakk... sekali tengok meter RM2.10 *pada waktu tu* dalam hati.. "mak aii.. sejak bila minyak naik rega ni.. tak de dengar citer pun". Rupa-rupa bila tengok balik label.. PRIMAX 97..! Haaaa .. amek kauu.. gatal-gatal isi RON 97...! Tapi dah pamm.. zasss je laa.. huhuhu.

Apapun.. munking kenaikan 10 sen ni tak de le direct impact kat kitaorang sebab kitaorang tak guna
pun RON 97 ni. Tak tau la bila ofis dah pindah nanti... mileage pun cuma 10KM dari rumah gatal-gatal plak nak pakai RON97 sementelah enjin keta yang baru berusia 5 bulan.. hu huhu.

Yang pasti.. harga kuih sekarang dah naik 5 ketul RM2...!!! Kat taman perumahan aku pun dah naikk..!! Aku tak tau la kat tempat lain... tapi kat tempat aku baru naikk nihh.. tahun lepas masih dapat lagi 3 ketul RM1... huhuhu. Apa diaorang ni pakai RON 97 gak nyer ekk..? isk isk iskkkk

5 sweet comments:

MrS. F!zA said...

ha?hrga kuih 5 ketul rm2?makin mahai la itu kuih.. arghhh dhla sy penggemar kuih muih manis tegar ni..hehehe

☆ lieya latif ☆ said...

tu le izan oiiiii..serba serbi naik hah.....minyak naik ni mmg lepas mcm2 lagi laa barang2 naik kooooo

yatie chomeyl said...

ni yg buat xmo blk Msia ni..duk Nihon pun x habis byk duit mcm kat Msia huhuhu

tiefazatie said...

hey sis cumil!!biar btol kuih dh 5 rm2??adeh...ssh2..

Aleyn said...

Hmmm...kat tempat aku kuih 3 dah 1.30rm....huhu