Assalamualaikum...

Akhirnya hari ni pergi jugak Az-Zahra buat appointment dengan Dr Mashita.
Dr. Mashitah ni pun di recommendkan oleh office mate aku yang baru bersalin bulan lepas.
Seawal jam 9:30 pagi aku dah sampai dan terus register. Appointment sepatutnya pukul 10:00 pagi.
Masa register nombor aku dah nombor 10 uhuhuhuhu. Rupa2 hari ni 2 lagi Doktor Pakar cuti..
cuma Dr Mashita je yang available.. lepas register macam biasa cek tekanan darah, berat & Urine test.
So akhirnya dalam pukul 10:45 jugak baru nama aku di panggil ke bilik Doktor.


Since ni first time sessi beramah mesra dengan Dr Mashita, maka banyak gak lah Dr Mashita bersoal jawab especially tentang history bersalin kandungan sebelum2 ni.So far berpuas hati dengan referel letter dari Doktor check up bulanan aku. Lepas sessi bersoal jawab, Doktor pun terus suruh baring kat katil untuk pemeriksaan Ultrasound. By the time aku baring je Doktor dah komen... 
"besar perut ni dah macam tunggu hari je...." uhuhuhuhu.


Agak detail jugak Doktor cek baby dalam perut. Cek air ketuban ... banyak! Bacaan kira kira 25 mol. Sebelum ni aku tak risau sangat pasal air ketuban banyak seperti yg di komen oleh Doktor An-Nisa, waktu tu baccan dalam 20 mol. Yang aku paham air ketuban banyak senang berlaku untuk kehamilan berulang especially bila usia dah makin bertambah mungkin di sebabkan rahim yang dah semakin meregang.

Rupanya ada sebab2 lain yg boleh menyebabkan Air Ketuban berlebihan! especially bila google kestabilan
kuantiti air ketuban itu faktor utamanya adalah baby sendiri! Sejauh mana sistem perkumuhan dia boleh berfungsi untuk cyclekan air ketuban dalam perut! Owhh.... baru ku tahu!
So bila tanya Doktor apa kebarangkalian komplikasi bila air ketuban banyak ?
Doktor kata antaranya mungkin boleh menyebabkan
1) kelahiran pramatang
2) Risiko kelahiran secara C-Sect sebab baby mungkin sukar nak engage properly 

Owhh.. terpana sekejap bila dengar. Mintak di jauhkan dari sebarang masalah.
Semoga Allah sentiasa memudahkan segala urusan kamiiii.. AMINNNN

So Doktor pun memang terus cek detail organ-organ penting macam perut, jantung, kaki, jari, system perkumuhann etc. Alhamdulillah Doktor kata semua dalam keadaan baik cuma nak cek tulang belakang tak dapat tengok semua sebab kandungan dah besar.
Cek berat baby dah 2.76 Kg dan dah macam 36 weeks padahal aku baru
35 minggu 1 hari 

So sebagai saranan, Doktor advise jangan lasak2 di hujung2 kehamilan ni 
DAN kurangkan pengambilan karbohidrat..
Nasi, Mee, Roti.... arkkkkk??? abeh tu ku nak makan apakahh..?
Pening kejap Mak cik dengar.
Dah la perut cepat lapar kann... hari2 memang kompem ambik nasi 2 kali sehari.
Doktor kata kena banyak ambil buahan2 kurang manis macam
jambu batu, epal hijau etc dan banyakkan makan sayur-sayuran...
Hatta masa masuk bilik Doktor ada bawak Air soya sebotol tak habis...
Doktor tanya.."Haa.. air sapa ni ?"
Dengan segan silunya.. er air saya.. sarapan tak habis minum tadi...
"Haa... air manis pun kalau boleh kurangkan. Minum air masak banyak2"
uhuhuhuhuhuhuh.
Aku cakap alamak.. nak kena diet ke ni ?
Sian kang baby tak cukup zat plak..
Doktor kata InsyaAllah OK. Lagipun dah ambil 
multi vitamin Shaklee kan. Kalau ambil karbohidrat & gula berlebihan 
takut semua di serap dek baby huhuhuh .
So terus set date next appointment utk 37 weeks check up plak.


Keesokan hari nya aku menjinjing seplastik beg.. berisi emping jagung kurang manis! ahhaha
Ni je yg ada kat Mini market dkt ngan umahh...


Tak pasal2 breakfast ala2 kanak-kanak ribena kannn.
Nak makan nasi lemak & roti canai  pepagi pun dah rasa bersalah..
adakah ini bermakna aku dah mula kena 'berpantang, sebulan lebih awal..???
owh tidakkk.....!!!!


Menu malam plak.... hanya mengadap semangkuk salad sedangkan Abang
makan nasi berlauk.. uhuk uhuk...!!!
Harap2 la tahan perut ni dengan menu baru 'kurang' gula dan
karbohidrat. Go mama go....!!!!

Apapun Papa dah kasi warning suh
'Duduk rumah diam-diam' sampai bersalinn....
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!!

16 sweet comments:

Nad MamaZN said...

Moga dipermudahkan segalanya, kak izan! :)

*∽ IZAN ∽* said...

Re Nad :
Thanks Nad, Aminnn!!! tu laa.. yg muda2 tu cepat2 la cukup kan quorta yekk.. makin berusia makin panjang plak citer.

Apapun moga di permudahkan lah segala urusann.. doakan yg terbaek yek Nad!

lieyalatif said...

gitu le izan...makin berumur kite mmg makin mcm2 penyakit datang time preggy..lagi2 umur dah cecah 30an ni kan....

takpe laaa, follow laa arahan doktor...n doa dan tawakal pada Allah.... in sha Allah semua akan dipermudahkan....

Cho Zila said...

macam2 gak yerk... selalunyer masa mengandung leh jer makan kan.. tapi akak dulu darah tinggi tak leh makan masin dan bergoreng gitujer.. tapi leh lermakan nasikan...
harap dipermudahkan segalanyha..

eelobor said...

wahhhh....mmg byk betul tertinggal isu kat sini. tahniah lagi sekali

*∽ IZAN ∽* said...

Re Lieya : Aminnnn Lieya.. tu la, berapa kali pregnant pun setiap kali tu citer tetap berbeza2.. tak leh nak expect apa2 uhuhuh. Apapun moga semuanya berjalan lancar dan di permudahkan... aminnnn

*∽ IZAN ∽* said...

Re Cho Zila : Thanks akak..! sebelum ni mmg segala apa ikut sedap tekak je puluh. Kali ni terpaksa berjaga2 gak uhuhu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor : Alhamdulillah... Terima kasihhhh

Puan Mimi said...

ingatkan bila mengandung semua makanan boleh membedal, tp rupanya ada gak kene pantang.. tak pe la izan, demi baby, kene la pantang sebulan lebih awal. hehehe

fiziskandarz said...

wah dah 36 weeks dah cepatnya masa [ where on earth the last 36 weeks go? ]. kami doakan semuanya dipermudahkan :D

DiilaNordin said...

kak izan bersalin az-zahrah ek,

kalo dalam warded gtau tau. leh melawat. dekat sesgt ni =)

semoga selamat. InsyaAllah~

AURALIFE..Bukan Sekadar Minyak Wangi said...

Thanks...info yg baik..ila bru klua wad..air ketuban lbh...34 week huhuhu rasanya 28 bcaan airnya..risau

Herisa Bajuri said...

sama mcm kes sy.. now dah masuk 38weeks, bacaan air ketuban 25mol.. g jpa pakar terus suruh admit, incase takut air ketuban pecah kat umah, now dudukla dlm wad..uwaaa boringgg

Herisa Bajuri said...

sama mcm kes sy.. now dah masuk 38weeks, bacaan air ketuban 25mol.. g jpa pakar terus suruh admit, incase takut air ketuban pecah kat umah, now dudukla dlm wad..uwaaa boringgg

Herisa Bajuri said...

sama mcm kes sy.. now dah masuk 38weeks, bacaan air ketuban 25mol.. g jpa pakar terus suruh admit, incase takut air ketuban pecah kat umah, now dudukla dlm wad..uwaaa boringgg

CXopportunities said...

Comel je experience. Cx di sini sj jln2 baca pglmn ibu2 35w :)