Showing posts with label Eve Love. Show all posts
Showing posts with label Eve Love. Show all posts
Assalamualaikum....

Satu lagi minggu yang super sibuk.... sepanjang minggu ni nampaknya ku akan berulang alik naik public transport ke Mid Valley.... Isnin - Jumaat direct! Gara2 ada Red Hat System Administration Training
berlangsung di Boulevard Office Mid Valley. So tak larat nak drive rempuh jammed pergi balik... redha je lah naik Komuter hokey. Tu pun tumpang En Suami otw pergi kerja drop by ke KTM Serdang huhu.
Memang minggu ni pagi pagi limun dah macam lipas kudung nak siap2kan budak2 dan 
siapkan diri sendirii.. maklum la pagi2 4 anak.. 4 sessi.. 4 lokasi 
nak kena despatch nihhh !!!
TAPI sungguhpun begitu... pos laju customer tetap daily basis on next business day hokey!
Part tu serah ja pada kami.... hari ni hantar InsyaAllah next business day sampai
 by Pos Laju. Memang service yg sangat boleh dipercayai! *T&C apply hehe*


Anyway, mujur la ada Ladies Coach ni kan. Senang ati  pergi balik dapat naik ladies coach ni.
Nampak macam dalam coach pun masih baru.. bersih... beraircond.. 
so balik kerja duk berimpit pun tak de la bau peluh kepam sangatt kikiki.


Anyway... jadual training ni pack gilerr! Memang break semua on time!
sebab nak habiskan sylibuss as per schedule.. jenuh tukar 'gear sport' nak catch up ilmu ni weyyyy...
berkarat kepala hotak dah ni uhuhuhuhuh

So bila waktu2 pack macam ni memang jenuh la nak selit masa nak pump kannnn aduhhhh.
Buat pengetahuan ... Bulan depan 'Baby' Delisha dah nak masuk 2 tahun!!
Pantas sungguh masa berlaluuuuu!!! March ni hari  ulangtahun ke-2 Delisha
dan Alhamdulillah sampai ke hari ni Mama masih mampu pump hari hari InsyaAllahhhhhh.


Sessi pumping dalam kereta otw balik training @ kerja... so hari ni memang tak bawak bag pump gi training.. tau dah mesti jadual pack giler kann so  standby bag pump dalam kereta En Suami je
 meaning bag pump En Suami bawak gi office dia lah. So otw pergi dan balik dalam kereta tu
memang sempat la curi curi masa pump dalam kereta.
Maklum la 'menumpang'... perjalanan pun 35-40 min jugak so memang sempat sangat 
untuk completekan 1 sessi pump.


Sampai2 Taman perumahan terus fetch Delisha dan Abang Kakak di taska.
Alhamdulillah hasil pumping otw balik dari Serdang.
Tengok si Delisha main baba chak dengan EBM dia hihihihi.
Ni stock utk hantar ke taska jugak yer sayangggg


My sweet baby Delisha... dah 2 tahunn... 2 tahun dah Mama tak putus asa dan terus istiqamah
breastfeed dan pumping untuk Delisha. Segalanya sangat-sangat berbaloi.
Hanya 2 tahun ni sahaja peluang yang Allah beri untuk ibu-ibu menyusukan baby....
Mama tahu satu hari nanti Mama pasti akan rindukan saat-saat ini.


segala penah lelah terasa sangat berbaloii.. sangat puas!


Kesimpulannya... Saya adalah ibu, isteri, pekerja yang  punya rutin harian yang sangattt sangat sibuk.
Namun walau dalam kesibukan itu tetap menanam azam untuk menunaikan hak penyusuan susu ibu
buat anakanda tercinta. Perjalanan yang bukan mudah... namun akhirnya memberikan satu nikmat bahagia
dan kepuasan yang tidak tergambarkan.

Alhamdulillah... perjalanan penyusuan saya sentiasa disokong oleh En Suami dan 
yang penting dibantu oleh breastpump yang begitu efficient dan sentiasa 'ada'
ketika saya memerlukan. Demi memudahkan saya 'mencuri masa' demi memenuhi jadual pumping,
breastpump dengan ciri-ciri mudah alih, ringan, handsfree, portable dan cordless sangat sangat penting!!
Dengan adanya breastpump2 ini saya tidak ada alasan untuk berkata tidak pada jadual pumping!

Jadi buat ibu-ibu diluar sana... apa alasan yang anda ada untuk menidakkan hak penyusuan susu ibu
buat anak tercinta...? Jika anda tekad InsyaAllah pasti ada jalannya.
Hubungi saya untuk pakej terkini dan rangkaian breastpump dengan ciri2 yang sangat2 anda perlukan 
untuk menyokong misi penyusuan susu ibu anda. KidsBranded ada jawapannya.

Bersempena itu... di jemput para ibu2 diluar sana untuk like page KIDS BRANDED
KIDS BRANDED kini sudah pun 2 tahunnnn
dan atas permintaan ramai KIDS BRANDED kini di FB !!!
Terima kasih atas sokongan semua. 
Sayanggg uoollsss muahhhhhhhhhhh!!!!


(KLIK ICON UNTUK KE PAGE FB)


dan jemput hadir ke

KIDDORESU VENDOR BOUTIQUE

GRAND OPENING EVENT 
14 FEB 2015 (SABTU)
Centrio, Seremban 2
32 (1st Floor), Jalan S2 B16,
Centrio, Seremban 2,
Negeri Sembilan
bersebelahan dengan Mydin Mall S2.


KIDSBRANDED kini akan menyertai team KIDDORESU VENDOR BOUTIQUE 
dan kami akan turut mengadakan sessi breastpump demo dan consultation
untuk para ibu yang ingin mencari breastpump yang sesuai dengan 
gaya penyusuan dan bajet para2 ibu.
Kalau nak test and cuba sendiri model breastpump pun ada disediakan termasuk FREEMIE 
collection cup. Special Promo and breastpump murah2 untuk semua model!
InsyaAllah KIDS BRANDED ada pilihan yang menepati keperluan para ibu ya.


Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.
KIDDORESU turut menjemput artis undangan Memey Suhaiza ! 
Selain itu ada pelbagai pilihan jenama Shawl (neelofa, bokitta etc), tudung, jubah, pakaian kanak2,
cake yg sedap2... hand craft yg comel2 and many many moree!!!!


Jangan lupa datang ya....
Jumpa kami di sana!!!