Salam...
Wahh tahniah..!!  Selepas KTM memperkenalkan coach wanita kini Bas juga mula 
memperkenalkan Bas Khas Wanita ..! dengan motto Lebih Selesa, Lebih Selamat..! 

Tempoh ujian yang di laksanakan Disember lepas memberi respon yang amat memberansangkan. Harap-harap tak jumpa la kaum adam sesat dalm bas khas wanita lepas ni sebab aku pernah gak naik komuter masa mom's outing day tahun lepas.. dah terang benderang ber'printed'  LADIES COACH pun ada gak kaum adam sesat masuk.. dah le berhimpit-himpittt dalam tu.. aku yang tengok pun hangin satu badann.! hiss..! 

Baca berita lanjut : Mystar
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi pada Isnin yang akan menyusuri 15 laluan terpilih.
Ia meliputi lapan laluan baru di mana tujuh laluan telah diperkenalkan dalam tempoh percubaan bulan lepas.
Bas itu yang tertera perkataan Bas Wanita akan beroperasi sepenuhnya mulai Selasa dengan dua perkhidmatan disediakan bagi setiap laluan di waktu pagi dan petang.
Lapan laluan tambahan ialah bagi yang bernombor U6 dari Taman Jasa Utama ke Medan Pasar, U31 (Pandan Indah ke Maybank Puduraya), U46 (Damai Perdana ke BukitBintang), U66 (Taman Medan ke Pasar Seni), U68 (Taman Sentosa ke Pasar Seni), U82 (Bandar Utama ke KL Sentral), U224 (Taman Dato' Senu ke Pasar Seni) dan U623 (Stesen LRT Kelana Jaya ke Subang Parade, melalui Sunway Pyramid).
Laluan terdahulu ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves ke Medan pasar, U8 (Hab Damansara Damai ke Medan Pasar), U22 (Hab Sri Nilam ke Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Terminal Kajang ke Pasar Seni), U60 (Hab Puchong Utama ke Hab Pasar Seni), U80 (Hab UiTM Shah Alam ke Pasar Seni) dan U81(Hab Subang Suria ke Hab Pasar Seni).
Bagi perjalanan di sebelah pagi untuk penumpang wanita ke tempat kerja, ia akan berlepas pada pukul 6.45 pagi dan 7.30 pagi manakala di sebelah petang untuk penumpang pulang selepas bekerja, ia akan berlepas pada pukul 6 petang dan 6.45 petang.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bas seumpama itu merupakan pilihan terbaik untuk golongan wanita ketika menggunakan pengangkutan awam.
"Ini adalah penambahbaikan kerana bas untuk wanita ini akan memberi ruang kepada lebih ramai wanita yang mungkin rasa kurang selesa menggunakan bas terutama di waktu puncak.
"Tapi mereka ada pilihan untuk naik bas yang mana, wanita saja atau campur dengan yang lain (lelaki dan wanita)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bas itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Pengarah Kumpulan Bas Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata, peluasan perkhidmatan Bas Wanita dilakukan setelah mendapat sokongan sebanyak 92 peratus daripada 1,400 responden yang disoal selidik semasa tempoh percubaan perkhidmatan.
Prasarana akan turut melancarkan bas dan van khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak lama lagi. - BERNAMA

4 sweet comments:

rockinsudu said...

wah. bagus la. selamat sikit kaum wanita ni. baru selesa, xde nk sempi2 ngan laki

eelobor said...

driver bas tuh tak boleh sound ker mamat yang tersesat masuk?

☆ lieya latif ☆ said...

bagus kan...suke aku...bertambah lagi kemudahan tuk kaum wanita....

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

baguskan, sekurang2nya terhindar dari pick poket dan lelaki2 gatal yang suka raba2 pompuan..