Showing posts with label once upon a time. Show all posts
Showing posts with label once upon a time. Show all posts
Assalamualaikum..

*Amaran : Entry ini mungkin boleh menyebabkan 
korang loya tekak. Jadi sekiranya terasa ada simptom
loya tu berlaku cepat2 la tekan butang x kat atas tu okeh huhu  ;)*

Selamat berhujung minggu semua.
Tetiba teringat kat CHESS Set yang pernah Abang hadiahkan 
untuk aku sekembalinya dari outstation ke India beberapa tahun 
yang lepas. Istimewanya CHESS set ini setiap buahnya di perbuat 
daripada marble. India memang terkenal dengan hasil Marblenya
yang marrrbellesss dan berkualiti tinggi seperti yang terkandung dalam 
bahan binaan Taj Mahal.


Dan beralaskan baldu untuk menyimpan buah Catur..


Kenapa CHESS ni begitu istimewa dalam hidup aku..?
Semuanya bermula ketika aku darjah 3, 25 tahun yang lepas.
Teringat aku waktu itu Abang kandung aku selalu main Chess
dengan jiran depan rumah. Bila aku ajak Abang aku main
katanya Aku tak pandai main jadi dia tak pernah nak 
layan ajakan aku uhuhuhu.  Sadis sungguh waktu tu!

Memang betul pun aku tak pandai main waktu itu.. tapi dalam diam
aku belajar macamana nak main Chess tu dari gerakan2
Abang aku bermain dengan jiran depan rumah tu. 
Bila aku dah hafal beberapa step, barulah aku ajak semula
Abang aku main. Bila Abang aku tengok aku 'macam' dah pandai main
barulah dia setuju nak main Chess dengan aku. Bermula dari saat itu
Abang aku mula mengajar aku step2 bermain Chess....

Suatu hari, dalam darjah 5 ketika di perpustakaan sekolah rendah,
tiba-tiba ada seorang guru bertanya sesiapa yang pandai main Catur ?
Aku terus angkat tangan sebab aku memang tahu bermain Catur
tapi tidak le terror pun huhu. Dan Cikgu pilih beberapa orang pelajar untuk 
buat assessment bermain Catur bagi mewakili sekolah dan aku terpilih!

Waktu tu aku bermain untuk MSSD Kota Tinggi dan entah 
macamana boleh pulak aku menang Naib Johan seterusnya terpilih
untuk mewakili Daerah Kota Tinggi ke peringat negeri iaitu MSSJ huhu.

Bila naik sekolah menengah, aku dapat tempat di sebuah asrama di Kuantan.
Di situ kebetulan, Juara Catur bertahan,  seorang akak Form 5 yang 
satu dorm dengan aku tau aku pernah wakil Catur ke peringkat MSSJ. 
Minggu orientation, syarat untuk mendapatkan tandatangan 'Senior' 
tu ialah dengan berlawan Catur dengan dia..!

Aku tak hingat apa keputusan perlawanan pertama aku dengan dia, 
tapi bertitik tolak dari situ, 'Senior' tu lah yang membuka jalan
membawa aku ke Kelab Catur di sekolah dan di asrama.

Untuk rekod, di asrama... aku pegang semua throphy 
'Juara Perseorangan Perempuan' dari aku Form 1 sampai aku Form 5
kecuali masa Form 1 sbb akak Senior tu mintak aku tukar hadiah
& title Juara demi memberi dia jalan untuk menyandang gelaran tu 
di akhir tahun Form 5 nyer uhuhuhu.
Masa perlawanan tu aku seri dengan dia tapi secara keseluruhan aku 
menang 6 perlawanan dan seri 2 perlawanan menjadikan mata keseluruhan 
meletakkan aku sebagai Juara. 
Dan demi mengingatkan segala jasa2 dia kepada aku
akhirnya aku setuju untuk men'down grade' kan 
kemenangan aku pada dia.. lagi pun aku masih form 1 dan 
aku masih ada banyak peluang lain katanya uhuhuhuhuhu.

Di sekolah pencapaian terbaik aku ialah Naib Johan peringkat Negeri Pahang
dan mewakili Pahang ke peringkat MSSM. Nak ikutkan salah seorang wakil 
Malaysia pada waktu tu, Khairunnisa Wahiduddin ada dalam team kitaorang jugak
 tapi malangnya pasukan kami tumbang di peringkat MSSM. 
Ketika Form 5 aku sekali lagi terpilih untuk mewakili Pahang ke MSSM
dan waktu itu aku tolak gara-gara SPM yang hanya tinggal sebulan dua 
dari tarikh perlawanan... bagi aku pada waktu tu 
tak ada perkara yang lebih penting dari SPM..

Masa aku buat persediaan ke Jepun di bawah rancangan RPKJ pun
pernah sekali mewakili UM dalam Pesta Sukan Matrikulasi Universiti2 Malaysia
bertempat di UIA. Giler nostalgia bila ingat balik cerita2 nih...
Walaupun aku berjaya punggut 7 mata dari 8 perlawanan pada waktu 
tu, pasukan kami tetap gagal untuk merangkul sebarang tempat terbaik..
Tahun berikutnya aku dah pun berangkat ke Jepun..

Dan perlawanan di UIA itulah perlawanan terakhir yang aku masuk...
Bila jejak bumi Jepun, lansung tak de orang main Catur kat sana
sebab diaorang ada Catur diaorang sendiri di kenali sebagai 
'SHOGI'. Pernah rakan sekuliah Jepun aku ajar aku main Shogi tu 
walaupun setelah habis di ajar, aku dapat kalah kan dia 3 pusingan !
Punya la dia hangin sebab dia baru ajar dan aku pun baru 
belajar tapi dia pulak yang kalah.. ngahahahaha!


Apapun di bumi Jepun lah skill main Catur aku terus terkuburr...
Sampai la aku habis belajar dan bekerja.. lansung tak sentuh dah 
papan & buah catur.. dan segala mala skill aku betul-betul berkarat sudahhh..
Sekarang ni kalau ada orang ajak main, aku pun segan kalo ada yg tahu
kisah silam aku sebab la ni aku percaya aku boleh di tewaskan 
dengan mudahnya semudah petik jari! 
Maklumlah banyak urat dah putus, sel2 otak dah tak 
saling berhubung ngahahahahahaha!


Sebenarnya yang mengingatkan aku pasal2 nostalgia zaman sekolah ni 
ialah selepas balik Mesyuarat PIBG semalam kat Sekolah Danish.
Balik tu terus aku cari set Catur aku kat rumah.


Tiba-tiba terasa nak ajar Danish uhuhuhu.
2 tahun lepas pun rasanya pernah ajar tapi Danish kecik sangat
lansung tak lekat kat kepala dia.. penyudah nya habis buah2 Catur 
tu hilang macam tu je kannn..


Kali ni bila ajar senang pulak dia ingat Step2 buah catur tuh 
cumanya tak ada skill lagi nak serang or nak menang ehehehe.
Kiranya ni lah kali pertama aku betul2 main Catur dengan Danish
dan dia sendiri yang fikir gerakan yang boleh di buat 
dengan buah Caturnya.

Masa aku tengah giat bermain Catur dulu paling tak boleh lupa,
setiap kali nak perlawanan mesti aku sakit perut ala terkucil dan berdebar2.
Letih melayan perasaan tu apatah lagi letih nak fikir dan susun strategi 
untuk menang ehehehehehe.
Yang best lagi bila aku tahu, Bos Jepun yang pernah hire aku 
kerja dulu pernah cerita, *beberapa tahun kemudian* yang antara faktor 
dia pilih aku sebab rekod main Catur yang aku ada.. ahahahaha.
Ada jugak maknanya ekkk... 

Apapun aku percaya korang pun ada cerita masing2 zaman sekolah
bab2 ko-kurikulum ni kan. Aku pun bab2 sukan outdoor memang ala2 kaki bangku sket.
Paling2 pun wakil rumah sukan kat sekolah jek uuhuhuhuh.
Moralnya bila dah jadi Mak Bapak dan hantar anak ke sekolah 
kadang2 banyak terimbau balik kenangan2 zaman sekolah dulu....
Sungguh sentimentel sekali ehehehehe

P/S: Seriously teringat kat member2 seangkatan  dan se'team' main Catur
dulu.. apa khabar agaknya diaorang sekarang..???

Al-kisahhhh
Assalamualaikum...

Aku tak la kerap makan maggi..
tapi ada masa-masa kalu hujan ke sejuk2..
orang kat umah dah kenyang tak yah masakk..
memang kadang carik Maggi jugak lerr untuk di masakk
tuk perut sendiri..!!


Kalau dah tengok ingredient ni tapi tak INSAP jugak tak tau laa uhuhuhu!
Yang pasti jangan kerap bagi anak-anak makan maggi.. kesian kat diaorang.. uhuhu.
Tapi anak-anak ku pun kalau dah request nak makan maggi sampai 
merajuk-rajukk..! puas la plak nak pujuk uhuhuhuh

Teringat kecik2 dulu, darjah 5-6. Ada jiran pemborong barang 
runcit kering depan rumah. Emak kalau beli mee segera ni tak agak-agakk..
 2 KOTAK besar bebb!! Dalam tu ada 24 bungkus kot..
aku hari-hari balun Mee Goreng Ibumie perisa asli tuhhh!
Kadang sehari balun lebih dari sebungkuss..!!!
Memang peberettt terbabass....!!


Balun punya balun punya balun.. terasa makin bengap kepala jap..
peksa result turunnn! terkeluar terus dari TOP 3 dalam kelas..! sadis sadiss..!!
Terus aku insap (pada waktu tu) tak balun dah maggi.
Seb baik cepat sedarrr sebelum UPSR.
Alhamdulillah result UPSR OK dan tak terjejas.. uhuhuhuhu.
Moralnya sendiri mau ingat laa.. uhuhuhuhu

Assalamualaikum...

Ahaaa. .baru sempat nak update gambar-gambar Konvo Adik ipar aku,
IDIE yang baru selesai menamatkan degree baru-baru ni.
Idie ambik Jurusan Mechanical Engineering.

Majlis berlangsung di 
Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM,
Sidang 2, 29hb Okt 2011, Jam 2:00 ptg
Di sampaikan oleh
Tunku Mahkota Johor
dengan kadar kepantasa 10 orang seminit uhuhuhuh


Ni bunga yang kitaorg pilih untuk IDIE.


Double Mak Yong, Aku & Ijah.
Di sebab kan budak2 tak leh masuk dewan, 
so yang ikut masuk dewan ketika Majlis Abang & Ijad.
Mak mak kena jaga anak memasing ngaahahaha.
Kitaorg pun melepak kat Masjid dekat ngan dewan tu.
Seb baik gak ada tempat nak melepakk huhu


Selesai majlis.. IDIE bergambar dengan semua adik beradik.
Ijah, Idie, Ijad & Abang (Icham).
Along plak dah nak gerak pagi ni.. tapi malangnya
kilang (stor) Along kena pecah masuk terus kansel..
Adik Abang yg bongsu si Iwan pulak di jadualkan berlayar.. 
so tak dapat jugak attend Konvo Idie uhuhuh

Ahaa.. anak-anak sedara tak lepas peluang
'ambik berkat' he he


Idie & Family Ijad


Idie & Family Ijah


Idie & family kami


Sekalung Tahniah untuk Idie.. semoga terus beroleh kejayaan
di dunia dan akhirat.. aminnnnnnn!


Opss.. tak lupa 'gambar perasan' Mak Yong ngahahhaha.
Baik punya posing Danish & Dania tuh uhuhuhu.
Maklum je lahh.. Grad kat negara matahari terbit mana ada 
majlis Konvo berhari-hari naik pentas ambik scroll 
dari Sultan ke bagai..
Jubah Konvo+ Topi pun tak de.. 
padahal masa kecik2 berangan nak ambik degree
sebab nak pakai topi tu kann.. huhuhuh

Konvo kat Jepun yang naik stage best student dlm fakulti jek..
Means cuma sorang wakil dari tiap-tiap fakulti so tak de lah
majlis konvo berhari-hari macam kat Mesia nih uhuhu.
Habis majlis kat hall, balik bilik kuliah baru 
prof bagi scroll sorang-sorang.. sadis sadiss..uhuhuhuhu

Al-kisah

Assalamualaikum....

Ahaaaa.. update event minggu lepas.
Last week ada 6th Annual gathering ~ Mom's Day out
aku & geng-geng BFF @ rakan seperjuangan ketika
sama-sama menuntut di Ambang Asuhan Jepun (AAJ), UM dalam 
program Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ) 95' ~ 97' huhu.

Annual gathering ni memang acara tahunan. Biasanya kitaorg akan ambik 
cuti hari kerja & berkumpul kat KL Sentral then naik train@LRT@Putra
ke mana2 port di sekitar KL. Saje ambik mood macam gi 
travel zaman2 belajar dulu.. memang ke hulu ke hilir naik train huhu.

Tapi kali ni tukar plan skett.. kali ni berkumpul di UM then 
drive ke The Garden naik 'WISH' baru Zalie yg masih bau-bau kedai he he.
Bila lagi nak rasa.. eehehehehe


Aku sampai nak dekat kul 10 he he.  Port jumpa ialah kat Rumah Universiti, UM.
Naik mengah aku panjat tangga ke Rumah Universiti tu wehh!! fuhh fuhhhhh!
Dah 7 bulan ++ dahh.. perut dah beratt...! semput jap makcik..!!!


Rumah Universiti.. aku pun tak ingat pernah makan kat sini ke dolu-dolu.
Selalunya lalu lalang kat depan bangunan ni jek sebab sebelah tu ada dewan peksa
yang sejuk gila hingga menggigit tulang temulanggg.. grrrrrrggrgggrggrgrrrrr..!!

Aku sampai Zalie & Ujen dah ada bersarap kat sini.
Ujen paling awal sampai sebab En Hubbynya kerja kat UM ni pun.
Zalie ke-2 sampai sebab enjin keta baru. berdesup2 je laa lenjan ke UM ekekekke.
Aku lambat skett.. sebabb.. err sebab apa ekk..? sebab JEM..! Aahahah!

Pn Zalie. Mak yong 6 bulan ++. Tokey DSLR. Seb baik Zalie ade.. leh tumpang sekaki ekkekeekke


Pn Ujen. Dia ni lahir2 memang jari 2 tangan tu dah keluar cam tu kott..
makan pun sempat lagi 'peace~' isk isk isk


Ni antara menu yg di rembat derang. Aku makan roti otw je sebab memang
 nak simpan perut utk acara mentekedaghah kat SUSHI ZANMAI ! HE HE HE


Sempat sembang2 jap sambil keluar story mory zaman2 belajar dedolu.
Tengok la makcik Ujen.. peace 5 JARI pun ada.. isk isk isk 


Lepas breakfast sempat posing depat R.U.  

Aksi gediksss 2 ngahahahaha


Depan Rumah Universiti tu terletaknya DTC..
Dewan Tunku Canselor atau nama manjanya
Dewan Tak Cat..! he he



Posing plak depan DTC. First time masuk dewan ni masa minggu 
Orientasi dolu dolu. Graduation pun tak merasa kat sini sebab tahun 97' 
tu cuma ada acara graduasi tamat course RPKJ & terima sijil  kat 
Dewan Perdana Siswa sebelum fly ke Jepun huhu.


Dan lagi.. mak cik Ujen ni mmg dari tadi tak turun2 tangan dia buat peace tuh
hehehe


Ahaa.. ni tempat WAJIB amek gambar.. aku rasa semua warga UM / ex-UM pun
akan ada gambar kat sini.. aku pun last amek gambar
dengan class mate beramai2 14 tahun sudahh.. uhuhuhu

Masa amek gambar ni tokey DSLR tak bawak penyambung kamera 
& tripod tu so terpaksa lah mintak ehsan adik2 student yg lalu tolong snap.
Yang BEST adik tu siap tanya "Ni semua PREGNANT ke Kak..?"
SENTAP terus Makcik Ujen kat sebelah..! Ngahahahahaha..!!!

Lepas posing-posing gediks kat sini, ronda2 seround 2 naik keta baru.. pusing
AAJ@Gateway to Japan *cam pelik je bunyinya* then masuk ke 
5th College@Kolej Dayasari. Aku & Zalie satu kolej dulu.. 2 tahun 
menetap kat 5th Kolej ni tapi si Ujen pun dah macam asik beradik angkat.  Sokmo menepek kat 
5th kolej jugakkk.. tak reti nak balik kolej sendiri ngahahahaha. 
Hari-hari menapak jalan kaki ke AAJ. 
Memang natsukashi masuk sini.. banyak kenangan pahit manis

2 tahun belajar bahasa Jepun di kala otak dah nak mengerass..!
Bukan melentur dari rebungg.. dah jadi buluh kerasss pun!!
Hari-hari test Kanji, basuh baju *pakai tangan* pun sempat tampal
kertas Kanji kat dinding dok mengapall..!
Pergi mana2 pun tak lepas  buku Kanji. Memang menangis
air mata darah lerrr.. uhuhuhuh

Tapi yang bestnya secara fizikal semua macam tak berubah!
14 tahun.. bangunannye pun masih cam tuu. Masih nampak bilik aku duduk dulu.
Astaka nyer pun macam tuh.. Kedai makan nya pun roper cam tuu.. 
hatta cat dinding asrama pun  walopon bercat baru tapi kaler mantenn!! 
boleh gitu..? hahhaha. Rasa macam baru datagn semalam jekkk....uhuhu

Yang BARU ialah bangunan Kolej Kediaman baru depan 5th tu..
tu pun aku rasa dah lama jugakk.. dah tak nampak baru pun uhuhuh.
Dah dah ada bus stop utk ambil pelajar depan kolej tu.
Time aku dulu, ke mana pun kayuh kaki atas selipar je laa..

Lepas ronda-ronda kat sini terus kitaorg gerak ke The Garden
dan jumpa geng2 lain kat sana..
ahaa.. tunggu next entry plakk okehhh!


Assalamualaikum...
Wahhhh.. PANAS sungguh cuaca kat Malaysia sekarang nih..! Bahangnya 
lain macam..! dah berapa hari panas terik..kat rumah pun kalau ikutkan hati
nak je pasang econ 24 jamm..! aduhaiiii..

Berita Harian melaporkan cuaca panas ni bersifat sementara dan di jangka berakhir
pasa minggu depan di sebabkan oleh Ribut Tropika Aere yang melanda Utara Filipina 
mengakibatkan angin bertiup dari arah Barat Daya ke negara ini. Berita lanjut KLIK SINI.

Court Mammoth pula melaporkan jualan pendingin hawa sejuk meningkat 
sehingga 5 unit jualan sehari!

Kat rumah bilik Danish tak ber-aircond. Kononnya sebab Danish cepat berkahakk...
kalau boleh tak nak manjakan sangat dia tidur beraircond hari-harii..
Malam semalam sibuk nak tidur bilik Mama.. bentang tilam depan TV.
Request Danish "Mama, can I sleep here FOREVER..?"
Kohok kohok... Mama kata tak boleh la.. Danish dah besar... tonight ONLY hehe.

Aha.. cerita pasal musim panas ni, teringat satu tempat yang WAJIB
kitaorg pergi waktu menetap di Kagoshima dulu..!
Kagoshima Tousenkyou Soumen Nagashi. Tempatnya terletak di Ibutsuki. 
Di kelilingi kawasan berbukit yang mempunyai sumber air sejuk! 

credit :Google

Apa yang best pasal Soumen Nagashi ni..? Uhuhuhuhuhu.. tersangatlah BEST.!!
Mee ni di hidangkan SEJUK! Nampak tak Mee *macam mee sua'*
tu pun di letakkan air batu. Air di sekelilingnya tu pun sesejuk air batu yang sentiasa 
berpusing dalam bekas tuh. Di hidangkan bersama kuah kicap cair yang juga 
sejuk dari peti,  Onigiri *nasi kepal* dan juga ikan bakar yg lemak-lemak masin gitu.. fuhhh..!
Cara nak makan ambil mee dan masukkan ke dalam air sejuk yang berputar tuh...
lepas tu tahan ngan chopstik, angkat celup kan pada kuah kicap sejuk...
dan makan.......... waktu cuaca panas2 ni bila masuk 
ketekak.. fuhhhhhhhhhhhhh...! Nikmat tak terkata...!!!!!

Credit :Google


Ce tengok video nya 

Memang 'menangis' la dapat makan kat sini.. terBAEK dari gunungg...!

Asal soumen nagashi ni memang di makan dengan mencelupkan mee 
ke dalam air bukit sejuk yang di alirkan dalam buluh...makan
pun kat air terjun nuu...!!


Sekarang ni dah di modenkan. Nak makan kat rumah pun boleh..
peralatan di bawah ada di jual di pasaran..


Haa... aku ada satu set macam kat atas ni bawak balik Malaysia.. 
Isi air sejuk.. ON switch.. nanti mee tu berpusing la dalam arus air tu.
Tapi sampai  sudah tak pernah guna.. haha. Rasa macam aku sorang je 
yg pandai makan nanti..uhuhu.
Yang lain semua kalau tak pedas confirm terkulat-kulat makan ekekekeke.


Kalau nak feel lagi bleh beli set yang macam kat atas ni..
Syaratnya.. isi air sejuk dari peti, kuah celup tu pun simpan 
dalam peti.. 
Cuaca panas-panas.. makan sejuk sejukk..! 
Memang TERBAEK........!!!

Assalamualaikum...
Ahaa.. hujung weekend lepas, pagi-pagi dah hujan...
so mood pun mandommm je nak bergerak sementelah
hari ni tak da rancangan nak keluar.
Pagi-pagi dah buat breakfast, Abang plak lepas sarapan pergi ofis.
Dania tak bangun lagi.. so aku pun dengan rajinnya duk melayan PC uuhuhu.
Belek2 Fotopages lama.. Sekarang ni aku tak tau la ada tak lagi yang update
kat fotopages sejak Blog ambil alih minat internet user utk update personal journal. 
Aku pun tak tahu la sampai bila Fotopages ni akan bertahan..
belek punya belek ada satu entry ni yang aku rasa nak pindah kan dari FB
ke blogspot. Blog aku ni pun rupanya dah masuk 5 tahun dah..! Sekejapnya
masa berlalu.. ntah apa2 la aku merapu dalam blog ni selama ni kan..? ehehehhe.

Anyway ni antara kenangan yang begitu sentimental jugak untuk aku setelah 
meninggalkan bumi matahari terbit Jepun, 10 tahun yang lalu.
Peluang nak jejak semula ke sana tak selalu ada..
apatah lagi kalau kuar duit poket sendiri.. don't hope!

Kali terakhir aku jejak kan kaki tahun 2006..! 
Itu pun kerana mendapat jemputan sempena 
Reunion bekas-bekas pelajar Universiti2 di Jepun dari 
negara2 di Asia Tenggara dan China.
Peluang ni pun cuma sekali seumur hidup means
kalau dapat invitation pun sekali je seumur hidup huhu.
Anway reunion berlangsung selama 7 hari.
Alhamdulillah. sepanjang 7 hari yang singkat tu aku dapat bertemu semula dengan beberapa
insan-insan penting yang telah banyak membantu aku ketika aku berhijrah
dan menetap di sana dr 1997~ 2001.. Antaranya, senior, rakan se-Universiti,
rakan part time kat Kagoshima Hotel, dapat jumpa Prof kat U termasuk lah 
keluarga angkat di sana. So aku copy paste entry dari FB ke sini huhuhu.

1st Day:Jalan2 cari makan di Harajuku! sushi ya san desuu...

25th June 06' ~ 1st Day
Bertolak pukul 10:50mlm dari KLIA & sampai kat Narita International Airport pukul 6 pagi. Kat dalam flight pukul 4:++ dah terang benderanggg... silauuu mater. Lucky mama dapat duduk tepi tingkap pergi balik..huhuhu. Dari malaysia 6 orang. 3 dari ALEPS (Alumni Look East Policy Society) dan 3 dari JAGAM. Sorang sempai K.Azni, 18 nen buri balik Jepun. Lagi sorang sempai Hamizi, 15nen buri balik Jepun. Soshite. atashi, 4 nen buri balik Jepunn.. ihik! Sebenarnya mama ni pergi under program
 'Reunion of former students in Japan from Southest Asian countries and China". 
Sampai saner dah ade agen yang menunggu kedatangan kitaorang. Then naik aiport limousine *bas* kitaorang sampai ke Prince Hotel, Tokyo dalam pukul 8:00am terus check in. Fuhhh badan letih... tapi bila menghirup kembali udara segar Jepun, hilang penattt... Masuk bilik, mandi2 salin baju, rehat2 jap pukul 9:30 kitaorang keluar... ari ni pegi Harajuku & Hard Rock Cafe Tokyo laaaa!!! 

 

First meal ! Semestinyer mama no daisuki na SUSHI dechuu!!


Sempat lagi shopping beli baju Danish...

Shopping sakan mama kat Hard Rock cafe mechandise shop, sedar2 belanjer nak dekat 3 man..??!! Baju Danish pon aderrr...* my first hard rock cafe t-shirt*.. kawaiiiii!!! tu yang mama tamaranai tuhhhh..huhuhuh!




Hard Rock Cafe Tokyo!

The GIANT udon at Roponggi...!!

Warggghh SO BIG!...yum..yum..!!

26th June 06' ~ 2nd Day
Hari ni pagi-pagi dah start program. Conference pasal 'Current Situation in Japan' and etc. Tung tang tung tang dah pukul 4:00 petang. Settle program, malamnyer ader dinner sampai kul 8:00pm. 
  
Second day conference

2nd Day:The participant from Southeast Asian during dinner....

Lepas dinner janji jumpa member satu universiti mama dulu, Kumi-Chan kat Meguro Eki. Dah la mama tak dek HP nak bawak kehulu ke hilir, payah nyer la nak berjanji jumpa kat maner. Seb baik jumpa gak kat dalam station tuh. Lepak2, makan2, sembang2, sungguh banyak ceriter yang nak di ceriterkan.. tengok-tengok dah nak pukul 11:00mlm! alamak, member mama dah ler turun dari Kobe nun! Sebetulan dia pon nak pindah ke Yokohoma, tu yang bleh jumpa. Last2 tak sempat nak kejar Densya, mama pon songlap dia balik hotel.. heheheh. Esoknyer kitaorang breakfast sesamer sebab ader kupon terlebih.. selamber jekk. Seb baik tak kantuii!! huhuhu!  


3rd Day : Mama and Kumi breakfast kat Prince Hotel...

27th June 06' ~ 3rd Day

Hari ni conference 2nd day. Conference, lunch, conference..Tung tang tung tang program habis dalam kul 5 pm. Malam ni mama ader 'date' ngan sempai se-university mama *Kadai* namernyer K. Aslina. K.As ni sebenornyer senior mama dari mama sekolah menengah dulu, satu sekolah, senior Kadet laut, senior kat UM last2 kat Jepun dapat satu U jugakk!!! Heheheheh... So lepas dinner kitaorang janji kat Shinjuku Eki (station). Shinjuku Eki ni dah ler BESAR.. silap2 boleh sesat dalam eki. Seb baik jumpa jugak seperti yg dijadualkan. Malam ni K.As bawak mama pergi Tsukiji. Tsukiji ni glamer dengan pasar ikan yang terbesar di Tokyo. So ikan2 kat situ memang FRESHhhh..!!!!

Mama & sempai kat Sushi Zanmai

 Kitaorang pergi makan kat 'kaunter sushi' Sushi Zanmai... jangan main2, kaunter sushi ni lagi mahal dari kaiten sushi tau! *yang macam sushi king tu*  .Orang punyer la ramai walopon dah tengah malam. Ader la 15 minit gak kitaorang menunggu. Biler tiber giliran yg dinanti2, fuhhhhh..... mama tak leh nak ceriter la tahap ke'SEDAP'an sushi kat situhh!!!! S.E.D.A.P gillerrrr..!! cho oishiiiii!!!!!!!!!!!!!! Kalah mama punyer dai-ichi Madoka sushi! hehehehhe. Yang bestnyer, sempai belanjerrr!!! Jangan jeless! Ma kaceh K.As.. huhuhuhu   Balik mama songlap sempai balik hotel plakk... syyyyy..!!  he he he 

Otoro, chutoro, salmon etc semua pakat belasahh...cho oishiii!!!


Dou dai..?! Oishi sou deshou....!!!!

Wall art at Shinjuku Eki


28th June 06' ~ 4th Day

Hari ni kitaorang ader lawatan keluar. Ader 2 tempat pergi satu Panasonic Excibition Center.
Pagi2 lepas sarapan macam biasa kitaorang terus ke Panasonic Excibition centre. Selepas sedikit taklimat tentang sejarah penubuhan Matsushita (the founder of current Panasonic) kitaorang pon dibawa ke ruang2 pameran. Kat situ banyak depa displaykan peralatan elektronic yg serba canggeh! Yang paling best ialah area 'FUTURE' yg mane kat tingkat tu terletaknyer kelengkaan peralatan elektrik rumah yg serba moden dan tersangat sophisticated yg dijangka akan digunakan oleh manusia 15 tahun akan datang atau lebih awal dari itu!!! Bayangkan sebuah digital wall yang boleh bertukar jadi dinding, TV, Hi-fi, rak buku, permandangan indah atau aper sajer dengan hanya mengerakkan hujung jari anda di digital wall tuh!!! So fantastic!!!



4th Day : Breakfast. Cantik kan scenery shokudo ni

AT the Panasonic Exihibition Centre

 Selesai lawatan kami di bawa lunch ke dai-ichi Hotel tokyo. Menu hari ini ialah buffet 
yang tersangat bestt! Ketam besar-besar, udang sergar-segar..! So lucky that Japan got various delicious seafood menu so we won't suffer at all! Lepas makan rehat jap kitaorang bertolak ke pekan kecil yang 'suci' dari arus kemodenan kota utk menimbau sejarah silam Jepun. 
Lunch at Dai-ichi Tokyo Hotel with ex-Admiral Navy of Thailand

Visit the Kanoya machi

Habis program kitaorang balik ke Hotel mandi dan berehat. Lepas maghrib kitaorang pergi Akihabara, the Famous electric and electronics city. Kat akiharaba mama beli souveniour n digiCam yg dipesan ofismate. Malamnyer pulak geng2 malaysian join dgn bebudak philiphine & myanmar pi nomikai sebab esok kitaorang mungkin terpisah mengikut hala tuju masing2. *jiyu jikan* 

Night at AKiharabara, the most famous electronics city in Japan

29th June 06' ~ 5th Day
Jeng jeng jeng...!! Hari ni mama balik kampungggg!!!! Yea yeaaa.. tak sangka dapat jugak balik ke Kagoshima walopon tak de dlm schedule asal. Disebabkan organizer sanggup tanggung tiket flight pergi balik so pagi Khamis tu mama naik flight pukul 9:30am ke Kagoshima dan flight balik pukul 7:30pm. Letih memang letih balik hari tapi bila lagi dapat jumpa depa ni kan? Partner baito mama, Maizono pon terkejut dengo2 mama dah kat Tokyo masa mama call! 

5th Day : Journey to Kagoshima, my hometown uhuk! uhuk!

Pukul 11:15am landed kat Kagoshima. So dia pick up mama ape lagi balik gi jumpa kenalan mama kat Fukiage (sedara mara dia lah). Kitaorang pergi lunch *semestinyer Daisuki na Madoka Sushi lah*, sembang2, pergi lepak rumah dia jap pas tu Maezono bawak mama balik University saje nak tengok2 macamane dah ghoper U mama ni. 


Rumah Maezono.. cantik kan..!

Makan sushi lagi..ni baru betul mamanyer favourite Madoka Sushi

Aburi Salmon... yum yum! SlurrRrrppp...!!

Sebelum masuk U gi la cari apartment mama duduk depan U 3 tahun dulu tuh, boleh nyer tak jumpa sebab keadaan kat situ dah lain dan dah banyak bangunan/kedai baru naik! Sampai U, mama pergi naik bilik Prof. Mama jumpa Pof Shimura. Nasib baik dia ader. Sembang2 jap next mama nak gi Hotel tempat mama buat part time dulu, Kagoshima Sun Royal Hotel

Kat office Kadai (Kagoshima University nyer short form

Balik tgk building Information and Computer Science..natsukashi!

Ni memang kes on the spot punyer schedule, memang banquet manager je yg tau mama nak datang jumpa dia. Sampai2 sane mama terus naik ofis... demi tersembul je mama kat situ, geng2 kerja mama semua pakat terkejut!!!! 'Haaa.. norizan, macamane awak boleh ader kat sini ni? Biar betulll!!!' (setelah dialih bahasa)... lepas tu jumpa la kenalan2 mama yang lain... punya la sebak sampai berjujuran air mate! Yang best nyer depa langsung tak berubah walopon dah 4 tahun. Mama rase macam baru semalam jumpa ajerrr..uhuk! uhuk! 
Geng2 sekelas mama tak dapat jumpa sebab depa kerja dan ader yg dah berhijrah ke kota. So calling calling jelah. 

Jumpa balik geng2 baito kat Hotel..

Madoka sushi & TAIYO supermarket tmp mama pi beli brg dapur..

Dari Hotel sempat ronda Bandar Kagoshima dan terus balik ke Kagoshima Airport .
Petang tu jugak naik flight balik  semula ke Haneda Aiport,Tokyo..... 



 30th June 06' ~ 6th Day
Hari ni hari last kitaorang kat Tokyo ni sebab esok pagi2 dah nak bertolak ke Narita International Airport. So hari ni hari mama & the gang cari omiyage *ole-ole* yang mane kitaorang gelar hari ni ialah omiyage no hi. So pagi2 lepas sarapan, kitaorang pun memulakan pengembaraan ke..Nakano! Ronda2 tengok barang mama beli 2 pasang jinbei kanak2 yang kiut miut! Lepas tu kitaorang pergi ke Harajuku. Kat Harajuku la maser paling lamer sekali kitaorang pergi sebab banyak betul barang boleh di beli disini! Tempat2 menarik macam Oriental Bazaar memang famous. Yang best DAiSO plaza dia (100yen Shop) 5 tingkat siap lift sekali! Besar betoll!!

Lucnh kitaorang makan tendon..Sluurrrppp! lepas tu dah tak larat sebab barang dah banyak.. so kitaorang buat keputusan balik simpan barang rehat jap baru keluar balikkkk.


6th Day : Lunch kat harajuku maser shopping Souvenior 

The TENDON...!!! yummy !

1 July 06' ~ Last Day

Habis dah program Reunion kali ni kat Tokyo. Pagi tu kami dihantar ke Airport dan seawal pukul 11:30 kami dah check in. Nasib baik tak ada masalah pasal bagasi2 mama yang dah 'ter'lebih muatan tuhh...
Pukul 14:00 waktu Jepun kami berlepas dari Narita.... Tak sabar nak jumpa papa & Danish, rinduuuuunyerrrrr!  


 Last Day:Shopping kat Narita Airport before depart to Malaysia..

Sekian....