Showing posts with label Cyberjaya. Show all posts
Showing posts with label Cyberjaya. Show all posts
Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberikan peluang olehNya untuk bernafas di muka bumiNya ini.

Bulan ni adalah bulan ulangtahun kelahiranku... terima kasih atas wish dan ingatan  sahabat saudara dan rakan taulan . Sesungguhnya ia sangat menghangatkan hari istimewa ku.


Balik dari kerja, ambik budak2 sampai rumah Abang masih belum sampai. Tak lama sampai tu rupanya dah ada Kek besday dari Komugi.. wahh!!!



Makanya tanpa membuang masa, dengan Danish dan dania yg masih berpakaian uniform sekolah...  terus potong kek!

g

Kek dari komugi  yg comel lagi sedap!
Sekali hadap ni 80% licin terus! ahahhaha


Ada 3 perisa puding tu Abang beli  - Strawberi, Chocolat dan original.
Tak dan dah kena bawak lari budak2 ni.
Lembut dan sedap isinya!

'Besday girl' gedik gak nak posing dengan kek besday 
hehe


Versi lilin nyala

Dan bersama anak2 yang memeriahkan majlis!
Sayang semua!!!he
En Suami belakang camera he



Ok ramai sangat assistant hokeyyy! Siap keluar pisau
extra tuuu! kekekkek


Sabor je la tgk gaya Dhiya nak suap mama 


Lepas tu terus siap2.. lepas solat maghrib kami terus gerak ke Cyberjaya.
Abang ajak pi makan Steamboat gi Steamboat Empire di Gems In Mall Cyberjaya.


Besday girl posing dolu sebelum ngap ehheheheh


Antara menu .. best2 jugak pilihan dia


Ni dari grill corner ala portugis style gitu.
Kita pilih bahan dan staff akan bakarkan.
Steamboat yg customer bakar sendiri kat meja


Us! 


1st time jejak sini.. good food, very nice ambient.. good price.
Recommended!


Ada mini playground. maklum le budak2 ni bukan nak makan banyak sangat punn.
Makan sket pas tu kenyang main jek kikiki


Ni antara kaunter buffet


Ok dah kenyangg.. beransur pulanggg


Depan Steamboat Empire ni ada Matsuri Food Court. Ahaa.. ni pun aku dah 2-3 kali jejak 
makan okonomiyaki sebenarnya... entry je tak sempat buat ekkekek

Sekian .. perut dah kenyang.. since hari kerja, Danish pulak baru je habis UPKK (nasib baik) terus lah beransur balik rumah... Terima kasih sangat buat En Suami yang sudi belanja kat restoran yg best nih!

 Berminat ? moh layari FB page restoran ni.
https://www.facebook.com/Steamboat-Empire-903126039766739/

Restoran yang cantek.. good food good price. Very the recommended uollls!
Assalammmm..

Ahaaa asal update je citer pasal makan..
asal update je citer pasal makannn... maghoh maghoh maghohhh laa!!
ekekekekekek ececece gurau2 manjer jekkkkkkk yerrr

ok ada satu lagi kedai Thai menu Thai yg daku pun bila start bukak restoran ni 
baru start try test rasa... Noodle Boat yg terletak di D'Pulze Cyberjaya.
Konsep nyer sama macam Noodle Boat Style kat Sungai Mekong Thai tuuu..
depa meniaga mee dari dalam bot gitewww


ok ni deco dalam kedai.. banyak iklan2 lama dalam bahasa Thai


ni menu dia


Konsep Noodle boat ni ada 2 perisa.. versi pedas dan tak pedas.
Semangkuk tu cuma RM1.90 tapi recomended sorang makan 
4 bowl sebab kuantiti mee dia 2 kali suap dah habis gitew ekekkekek


Ni both versi pedas dgn tak pedass



Ahli bersekutu JJCM


Antara menu yg glamer jugak tempura bayam.. memang crunchy giler nko!
Makan lak dengan Thai Green Tea gitu kann pehhhhh
tapi oily sket laa errkk cuma masa makan tu mmg crunchy bak 
kater orang Jepun ~ 'saku saku!'



ok... ni rembatan pada hari lain pulak sebenarnya...amek sorang sampai 5 mangkuk! hohoho!
Biasa mix la mild dengan spicy.



tambah side order sket


Tu dia mangkuk tingkat hari ini.
agaknya asyik tukar basuh mangkuk yg banyakkkk ..
siap ada mangkuk yg dah sumbing youuu!

Kat Shaftbury sebenarnya ada juga  konsep cenggini.
Nama kedainya Aroi Thai Boat Noodle.
Aku pun tak pernah sampai lagi... next sesion pulak eh!
jyaaa~~~~

Assalam..

waaa selalu tengok iklan kat FB je.. tau tau ZAWARA COFFEE baru sahaja dibuka di Cyberjaya!
Apalagi... tak lepaskan peluang terus gi terjah cuba try test menu apa yang best 
sangat kat Zawara ni kennnn..

So pada satu hari yg terik panas lit lit keluar ke ngan team mate...
ke Zawara la kite yerrr..


Masuk2 tengok menu.. 
ala2 majalah kartun pun ade



So aku ambik 2 menu, member pun ambik 2 menu...
tu dia senarai harga nyer.. bleh tahan jugak yerr



Kitaorang tersampai awal sikit je.. lepas tu terus panjang queue sebab dah masuk waktu 
lunch hour


Panas lit lit ni ais blended wajib la kenn



Sorang ambik spagethi sorang order hotdog.
and both order churros .. nak rase gak zawara punyer ni


makan sempoi semua dah dalam bekas siap sedia untuk take away kalau 
tak habis.. dan pakai buang.
Team mate aku kata spagethi dia sedap! ok take note yer.. try next order pulak


ni menuku .. rasa not bad. tiba2 teringat hot dog new york chicken 
1901 dolu2... mmg hantu jugak menu tu especially masa pregnantkan 
Dania... ada satu booth dia kat Petronas tepi KESAS highway... memang 
balik kerja rajin aku singgah nak menapau 1901 New York Chicken Hotdot tu...
tapi sekarang macam dah tak ader ekkk? uhuhuuh




Ni dia churros nyer... tapi dah kenyang.. tak habis makan kat situ so tapau bawak balikk



Harga bleh tahan.. sesuai gi time lepas gaji.. lepas tu tunggu gaji bulan depan pulak hihih,
Kalau kome nak jejak sini lokasi seperti dibawah yer atau layari 

https://www.facebook.com/zawaracoffee/

 ZAWARA COFFEE CYBERJAYA


I-11, Jalan GC 11, Glomac Centre

63000, Cyberjaya. (Glomac Cyberjaya. Corner Lot,

 berhadapan jln besar menuju ke Petronas. 
Berhampiran Bank Rakyat)
Assalam..


Satu lagi perkembangan terbaru yg ahkakk paling suka di Cyberjaya ni...
Japanese Restaurant Yoshinoya & Hanamaru Udon akhirnya dibuka di D'Pulze Cyberjaya..!
Yes yesss yesssszaaa!!! Ahkak sukerr sangatt hokeyyyy!!


Actually by the time post ni ditulis.. dah berapa kali dah pi makan kat sini ekkeekkekek.
Almaklum la 'belakang' rumahh.. agak2 teringat.. teringinn.. zasssss!! tekan minyak sampaiii kekeke

Hokey jom cuci2 mata sketttt no!


Nia  dia rupa restoran gabungan Yoshinoya & Hanamaru Udon.
Actually Yoshinoya menu rice based, Hanamaru Don , Udon (Mee Jepun) based..
so kalau tengah lapar tahap dewa order lah donburi di Yoshinoya..
kalau lapar ok2 or minum petang order lah Udon di Hanamaru Don.


Actually konsep dia self service.. pergi kaunter.. pilih menu... then dihujung kaunter baru bayar gitu.
Then sudu, pickle, serbuk lada.. shoyu or perencah tambahan... air semua ambil sendiri di kaunter self service.


Antara pilihan Tempura.. nyummmmmm!


Ini killer menu.. my feveret menu.. Ontama Beef Yakiniku...
Kalau 10 kali aku pergi... 7 kali aku akan order yg ni ahahahahah!
Suker GILER okeh.. sebab kat Jepun dulu tak leh makan.. daging kan non-halal kat sana.
Kat Malaysia ni baru ada can merasa!


Ni menu yg best jugak.. 
Spicy Miso Udon! 1st try ni.. sedap sehh!!!
Aku add on Uchiwa & Prawn tempura tepi tu



Yg Ni Beef Udon.. antara yg menarik jugakk


Kasik zoommm skettt!


Di kaunter Hanamaru Don ada jual Oden jugak!
Oden ni masakan yg glamer time musim sejuk. Rasa dia light (nipis) je,,
dulu time musim sejuk biasa akan guna stove utk panaskan bilik .
Sambil stove tu panaskan bilik biasa akan letak periuk or cerek atas stove tu utk 
mengelakkan udara terlalu kering dr sbb wap air yg keluar.
so alang2 buh periuk isi air.. baik la buh bahan dan perencah oden ni..
so 2 in 1.. bilik panas.. menu Oden pun siap untuk dinikmati panas2 macam tuu pehh!
Kira menu yg nostalgia jugak bagi aku nihhh



Onigiri pun ada!

Kitsune Udon.. anak2 suka yg ni


Antara pilihan tempura...


Kalau kreatif boleh potong2 tempura tu .. buh serbuk lada..! 
Boleh ratah camtu je or makan dengan nasi (donburi) or Udon (Mee Jepun).
Sedap seh!


Of course lawatan pertama ku ajak keluarga tersayang.. bleh tahan masing2 membedall.. licin!!
Ohmak sukerr .. ramai geng pandai makan ni hihih


Muka2 giranggg ahahahha


Peace yo peace yo!!


Bismillahh.....


 

 

Tengok budak yg suker sangattt


 Disebabkan beberapa kali aku post kat FB ... last2 officemate aku pun merengek2 ajak gi makan jugakkk. Maklum yg tak biasa masing2 segan tak tau kang nak order apa yg best .. so one fine day 
kami berjemaah jugak gi.. and hasilnya..!


seee!!!e... LICINNN tak tinggal sebutir memasing hokeyyy!!!
Ni semua 1st timer ni kekekekke


 So korang.. kalau teringin nak merasa....
cepat2 jejak D'Pulze Cyberjaya hokeyy!
Oh mann.. I LOVEEEEEEEE CYBERJATA MORE THAN EVER!!!
Muahahahhahhahah

sekian!