Showing posts with label development progress. Show all posts
Showing posts with label development progress. Show all posts
Assalamualaikumm...

Mode excited sebab si kenit Delisha dah pandai berjalan! ahahhahaha
memang pecah rekod compare ngan Abang and kakak2 nya yg rata2 
setahun baru pandai jalan.
Delisha  umur 10 bulan ++ dah start jalan jatuh !! memang advance cepatt!!!

 

Bab panjat tangga pun laju!! sedor2 dah sampai bilik atasss.. adehh adehhhhh
tengok la kemain excited muka bila dah sampai atas manjatttt!


Delisha ~ Practice make perfect!

Weekend lepas bawak budak2 pergi beriadah di Taman Tasik Cyberjaya..
boleh plak jumpa 2 office mate bawak anak masing hihihi.

Danish & Dania baru dapat skate board & scooter (apeke nama dia)
tu yg sibuk ajak ke taman je tu..

sambil2 Delisha test power berjalan pakai kasut. Kat sini lantai dia lembutt
so jatuh pun tak sakit. Mama saje pakaikan seluar Jeans biar tebal sket seluar nyer hihihih



Waaa... Desliha dah pandai jalan dengan canteknya pada usia 11 bulann!! well done babehh!!!
siap kena kejar ngan boboy lagik kekekekke

Acara Abang & kakak bermain alat berodaaa


Dhiya yg tumpang excited gakk


Asyik berlumba 2 beradik ni sape lagi laju


 Macam2 aksi stunt Danish.. siap bergelongsor dari tebing rumput yg tinggi..
seriau mama tengok tapi dia kemain excited hihihihi


 Assalamualaikumm....

Wahaaahahaha... lately dah tak sempat dah nak citer pasal perkembangan tiap2 anak..
maklum laa... bilangan dah makin banyakkk.. moralnya episod tiap2 orang makin la 
kurangg.. maklum la walopon bilangan askar bertambah.. tangan mamanya tetaplah juga
2 sahajaaaa hihihi

Anyway Dhiya dah jejak setahun 10 bulan dah .. pantas sungguh masa berlalu.
Macam2 gelagat diaaa yg tak sempat Mama nak share kat sini...
celoteh mulut dah makin macam2 dahh walopon banyak tak berbutirr.. tapi kalau diajar bercakap tu 
gigih juga nak ikut sebut hihihi
tapi satu je la kakak kecit ni kan... kuat nangesss wohh!! pantang skett mesti berderai kolam air mata...
rasa macam tak kering2 air mata anak aku ni haa hihih

ok nak share sket pasal Dhiyaaa
anak no. 3 ni kadang jenis pandai bawak diri sendiri ekk...
ralit je dia kalo main2 sorang
tengok la gelagat minah ni 

sibuk ikut abang ngan kakak berjemaah


Abaikan lah 'color blocking' bilik anak2 ku ini... uhuhuh
sian derang kena share bilik.. maklum la umah sekangkang tungauuu..
tunggu la ada rezeki lebih sket nanti masing2 boleh dapat bilik sendiri
ikut tema kaler sendiri okehhh


si Dhiya yg sibuk jadi 'warden' time orang sibuk jemaah..
dengan baldi kecik kat tangan.. yok yok o je nak tolong idupkan ekonn kikiki


sambil tolong menyepah bilik hihihihi

Bila tengok Papa ngan Abang Danish main bola sibuk gak tumpang sekakiii


sibuk jugak kejar & tendang bolaa tuuu


Adik Delisha yg nampak macam lagi besar dari kakak hihihi


ada hati nak tolak tricycle adik nii


Lagi satu sukerrrrrrrrrrr sangattttt ciummm adiknyaaa!


tak cukup cium pipi sibuk nak cium tangan pulakk..
memang dia suka gomol adikknya hokeyy!!

Kakak Dhiya yg ada potiential jadi kakak yg baik dan boleh diharap bila besar nantiii


Tunggu besar sikit nanti dah boleh tolong mama jaga adik okehhh!!

Untuk rekod, sekarang ni Dhiya masih consume EBM mama
8oz x 2 kali seharii...
walaupun tak direct BF sebab Dhiya pun dah tak mo.
at least sama macam Dania dulu, BF after Mama abis kerja sebelah malam..
Dania continue BF sampai 3 tahunn..
moga mama pun boleh supply EBM utk Dhiya setahun lagiii yoshh!
so kalau Dhiya 8 oz x 2, Delisha 4 oz x 5 day time... 16 + 20 
kena ada 36 oz sehari utk stock day time ..??? uwaaaaaaaaaaaaaa!!!

Kena gigih lagi buat stock EBM ni.. dah cakap kat bibik
kalau stock dalam deep freezer dah tinggal separuh 
sila bunyikan ALARM okehh!!!!
*sambil jeling stock EBM dalam freezer*


Apapun, Mama Papa sayang kamu2 semua anak2 ku ...muaahhh muahhhhhh!!
 Assalaamm.... pejam celik pejam celik Jumaat sudahh.. esok dah cuti...
sambung lagi beropen house semua hihihi


Pejam celik pejam celik Delisha dah 5 bulan punnn


Sekarang dah pandai bergolek satu rumahh!!
dah berlari2 naik walker punn!!!


Ni posing nak tidur malam tadi... nak bergolek tapi tersangkut sebab 
ada bantal kat belakang.
Geram tengok gelagat Delisha sekarangg!! dah makin cerdik..
suka gelak2 dan pantang di panggil namanya!


Tengok si gebot ni.. minggu lepas timbang berat 8.5 Kg.
Berketak2 badan nyer uhuhuhu


Assalamualaikum...

Dhiya dah masuk 1 tahun 3 bulan ++ bulan ni.
Dah ready nak jadi kakak hihihi.
Sekarang ni memang macam2 gelagat si Dhiya ni kat umah..
sangat TAK RETI duduk diamm dan suka 'Mengemas' *bak kata bibik*.
Tangga dah di pasang pagar... so time Abang kakak tak de gi sekolah
memang kat umah memusing je la nak 'mengemas'. 
Kadang habis buku Abang/kakak berteraburr.. kadang baju2 dalam bakul pun habis 
di bawak lari Dhiya uhuhuhu.

Dhiya ni kan lagi satu pantang nampak Abang Kakak pegang buku or alat tuliss..
dia pun mesti sibuk nak menyelitt jugakkk
Ni gambar2 candid Dhiya 'buat homework' 

Tuan punya homework ntah lari ke mana dahh... isk isk sikk


Yang bestnya Dhiya yg panjat & duduk sendiri kat kerusi tuh. Yok yok oo je kan 
amek feel Abang/kakak


Ni dia 'take over' kerja Kakak plakk



Yok yok O pegang pensilll.. macam tau je kan nak tulis apa hihihi.
Cantik sungguh 'tulisan' Dhiyaa


Tak kira la dalam bilik ke depan TV ke..asal nampak orang 
buka buku dan keluarkan kaler/pensil kejap je Dhiya pun 'muncul' kat situ uhuhuhu


Lagi best kalau dah boring2 'tolong' abang kakak wat kerja rumah,
dia tolong 'kemas' plak stationaryyy tuhhh 


Bila dah berterabur semua atas lantaiii happy la tuu.. muka puas je kann.. isk isk iskk


Bersantai bawah pokok pelam depan rumahh



Petang-petang dah boleh ambik angin depan rumah naik tricycle baru waaa weeeee


Nak kayuh tak retii lagii...


Kenalah tunggu orang tolakkkkkkk


For record, Sekarang ni Dhiya dah pandai

1. Hulur tangan untuk bersalam seraya tarik tangan orang kenakan kat dahi dia
2. Kalau keluar pintu rumah je asal di tanya 'mana kasut ?' 
pandai la dia gi rak2 kasut cari kasut dia
3. Kalau terjaga tetengah malam nak susu dia angkat tangan sambil sebut 'Nakk..!'
kalau kat dapur dia pergi kat dapur sambil tunjuk bekas simpan botol susu sambil sebut 'Nakk!'
4. Pantang nampak orang makan..  cepat je datang sambil hulur tangan nak mintakk .. 'Nakk!! Nakk"" Nakk!" moralnya Dhiya memang lagi advance la dari Abang Kakak bab makan ni. rasanya baru setahun jagung tapi makan mak oiii.. semua nak di mintakkkk macam budak besor!
5. Pantang nampak pintu bilik air terbuka or pintu gate pagar terbuka... laju je
dia menuju ke situuu
6. Kalau orang suh 'Jump!" dah pandai jump walopon cuma bontot & tangan je
terangkat tapi kaki masih jejak lantai kikikiki!
7. Kalau dengar orang berzikir pandai la dia goyang badan kiri kanan kiri kanan
8. Kalau dengar Muzikk...? apalagii... bergedik2 la dia goyang badan berjoget! kikikiki
9. Kalau ditanya simple question " Dhiya dah mandi ?", "Dhiya dah makan ?"
Pandai jawab "Dahh.. dahh!" ngeeeehehe...comeyyy sangattt tawwwwwwww!!

Gelagat Dhiya sungguh la mencuit hatii.
Dhiya pun dah makin besarr.. dah nak jadi Kakak. Nanti Dhiya
ada adik adalah kawan nak main sama2 kan tentu lagi seronok!!
Mama & Papa, Abang & Kakak sentiasa terhibur tengok
perkembangan Dhiya. Semoga terus membesar dengan sihat, ceria & cergas ya sayangg!

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semuaa.
Ahaaa... malam semalam balik kerja tetiba Dhiya tunjuk skill yang 
sangat di nanti-nantikan oleh Mama & Papa iaitu skillll......
BERJALAN!!! 

Akhirnyaaa!! Ahahahahahaha
Sebenarnya kali pertama tengok Dhiya berjalan 3-4 tapak 
masa tengah sibuk2 berkemas nak masukkan beg dalam kereta 
untuk balik kampung lepas dapat call emergency dari Pak Ngah,
sehari sebelum arwah Abah meninggal hari tu.
Tapi lepas tu susah nak tengok Dhiya tunjuk skill..
sampailah malam semalamm..!!
Terus laju!!! ahahahahahaha
excited terbabas la Mama & Papa tengok!!!!

So petang tadi bawak Dhiya 'prektis' kat playground dekat
ngan umah sambil pakai kasut. Kasut keramat dari Abang Danish kecik2 lagi tuuuuu....!
Nak ikutkan sebelum ni tatih2 tu bleh tapi kalo lepas tangan je terus je di bengkokkan 
lutut & merangkakk.. grrrrrr...!!
Ikut rekod, Danish berjalan seminggu sebelum 1st bufday, Dania pun dekat2 1st bufday dah
jalan.. kira Dhiya la yg terlajak jauh sket dari 1st Bufday dia.  

Jom layan 'gambar bukti' Dhiya dah pandai berjalan wahahahahhaa!!!





Dan video sekali.. ehehehehheehe



Dan gambar2 Dhiya beriadah kat Playground hari ni... layannnnnnn








Olalalala... setelah berjalan terkedek-kedek.. bangun jatuh bangun jatuh sampai comot seluar, 
kitaorang pun gerak balik rumah dahhh... nanti kita datang 'prektis' lagi okehh!!