Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Assalamualaikum...

Cuti sekolah yang lepas kami berpeluang bercuti ke negeri Perak !
Bercuti selama 3 hari 2 malam menginap di IPOH dan TAIPING pada keesokan harinya.
Dalam perjalanan balik ke KL kami sempat singgah ke salah satu tempat perlancongan bersejarah
yang terdapat di negeri Perak iaitu 
KELLIE CASTLE
atau juga di kenali sebagai 
TAJMAHAL MALAYSIA

Dibina oleh Willian Kellie yg berasal dari Scotland
Istana Kellie mula dibina pada tahun 1915
senibina asimilasi berkonsepkan Greco - Moonish, Roman dan India serta dibina 
oleh 70 tenaga buruh yg diimport khas dari Madras India.

nak tahu kisah lanjut boleh layari 
https://en.wikipedia.org/wiki/Kellie's_Castle


Kami sampai cuaca gerimis renyai..
ada bayaran dikenakan untuk masuk ke Istana tinggal yang tak siap ini.
Di bina oleh rakyat Scotland yang menetap di tanah melayu pada waktu itu..
dikatakan dibina atas dasar cinta terhadap isteri dan anaknya..
Malangnya beliau telah meninggal dunia ketika lawatan  ringkas ke Potugal
disebabkan oleh Penumonia pada ketika usia beliau 56 tahun..
Ketika itu Istana Kellie masih belum siap ... 
Isteri beliau akhirnya mengambil keputusan untuk
pulang ke Scotland bersama 2 anak mereka selepas pemergian beliau....

Jom kita susuri keunikan senibina Kellie Castle 


Ada penerangan tentang sejarah Kellie Castle ni sebelum kita naik


Ada cafe-cafe yang sangat selesa dan cantek untuk beristirehat sebelum
kita bertolak ke Kellie Castle tu


Verandah atau walk away di tingkat bawah
nampak senibina nya yang unik


di tangga naik ke tingkat atas


di katakan kawasan ini berhantu!
Ada cerita2 yang mengatakan pernah terserempak dengan lembaga
yang di percayai menyerupai Kellie... jeng jeng jengg


dibumbung tingkat 3 iaitu tingkat atas sekali..
kawasan ini mulanya dirancang untuk dibuat court tenis


berdua dengan mu.. pasti lebih  baikkkk.... eh!


bangunan kuning dibelakang adalah rumah agam asal yang didiami oleh keluarga
Kellie sebelum pembinaan istana dimulakan...
namun ada bahagian yang telah rosak semasa perang dunia 




ambik fefeel tajmahal malaysia sket hihihi



panoramic view


Lari permandangan Istana Kelli dari luar serta rumah agam asal (kuning)


dilengkapkan dengan ruang lif.. sekiranya Istana ini berjaya disiapkan 
mengikut perancangan.. ianya akan menjadi lif pertama di Malaya pada waktu itu


pandangan dari luar bangunan

walaupun ada unsur mistik dan keunikan senibina bangunan ini..
menyelusuri bangunan bersejarah ini seolah2 membawa kita ke satu 
zaman kira2 seratus tahun yang dulu


Selesai round.. hujan pun dah reda sikit kami 
pun bertolak balik...

Istana Kellie ini adalah antara tempat perlancongan 
yang diwartakan sempena 

apalagi.. jom singgah ye kawan kawan!



Assalamualaikum...

Hari raya korban tahun ni jatuh pada minggu cuti sekolah. Sama minggu pulak dengan cuti hari Malaysia kan.. mesti ramai yang ambik peluang ambik cuti seminggu balik kampung.
Actually la ni aku dah support Japan Calendar so Cuti2 Malaysia ni tak de effect sangat pada aku.. kalau aku nak ada rasa effect makanya aku kena apply cuti la dengan erti kata lain. Seb baik start tahun ni cuti tahunan dah bertambah sejajar dengan lamanya tempoh aku berkhidmat dgn En Kompeni ecececece....

Last minute jugak dapat cuti raya haji ni. Nyaris2 aku kerja sebenarnya.. so last minute jugak decide balik Johor (HoooOooRayyYyyyYyy!)

So menu raya kali ni cam biasa laa... lodeh, sambal udang, ada serunding plus makan dengan lepat.
Rajin mak aku buatkan lepatt..sayangg emakk muahh muahhhhhhhh!!! Raya haji kami ni tak de la meriah mana... masak2.. tukar2 lauk dgn jiran.. makan lauk raya pagi raya... orang lelaki gi solat sunat raya.. ziarah kubur arwah Abah... cam tu je lah.


Actually disebabkan aku balik kampung last minute... last minute jugak decide booking hotel nak bawak mak dgn budak2 sekali berjalan sementelah cuti sekolah. Yang bestnya kami pi check in hari raya tu! ahahhahaah . Buang tebiat btolll ekkekek.
So lepas zuhur kami bertolak ke Desaru .. since lauk raya banyak lagi so kami tapau la sekali.
Check time kul 3 ptg. Mujur kami sampai bilik pun dah ready.
Sebelum keluar rumah.. posingg dulu dehhh





Ahaaa.. tak jauh pun perginyer. LOTUS DESARU. Punya lah dekat ngan umah mak.. tak sampai setengah jam pun kome oiii! hhhahhahah. Dah berbelas tahun kot siap resort ni.. tahun ni baru buang tebiat nak gi.. sebab dekat sangat kot.. segannnnnnn!! ahahahha


OK sampai2 terus check in. BESAR GILER HOTEL ni okeh!! 
Dari bilik hotel nak ke Lobby utama kena naik trump dia tuuuu.. kalau menapak mmg letih gak le.
Lagipun mak pun tak berapa kuat sangat lutut nak jalan jauh...
Cakap pasal emak.. aku ni kan kalau la mak kuat macam dulu mmg 
nak je ajak gi Vietnam ke shopping2.. bawak jalan gi pulau2 ke tenang2kan
fikiran dan minda.... tapi Mak dah tak sekuat dulu dahh..
so cari tempat dekat2 je lah biar travel tak penat. Yang penting
bertukar angin sekali sekalerrr..



Tara .. gambar raya dari bilik hotel tahun ni! ekkekekeek
Aku ambil apartment 2 bilik. Luas sket kan sekali dengan dapur dan meja makan.
Ada sofa budak2 bleh la bergolek tidur depan TV je malam2.


Sampai2 dah tak sabar2 dah semua nak terjun kolam.
Dalam pool view pulakkkkk. very the nice view uoollsss



Tu dia view pool dari balkoni bilik.




Budak2 dah terjun kolamm ngan paknyer..
kami melepak kat bilik je ambik angin.
Masa booking aku request kalau ada lift mintak bilik atas sekali..
kalau tak de lift mintak bawah sekali ekekkeke


Mak ngan Mak long lepak2 sambil ngeteh kat balkoni nu






Lauk pauk yang dibawa. Ketupat rendang siap!



Balik2 mandi pekena lontong.. saiko weh!




Petang tu jenuh pujuk mak gi spa.. gi urut2 ke kann.. jenuh la pujuk bab2 ni..
semua dia jual mahalll tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.. jenuh paksa!
Macam2 aku kelentong.. dah booking la.. dah bayar laa. .tak boleh tukar nama laaa
mak suh aku je la pegi.. aku kata aku mmg bebila bleh pergi .. ni nak suh dia pergi
sekali sekala manjakan diri kannn.. lastttt minute tu akhirnya baru mak nak tauuuu!
terus tak tanya 2 kali dahh.. jommmmmmmmmmmmm!!!


 Tu dia.. Lotus Suria SPA


 gitu gini lebih kurangg.. confirm bilik and treatment


VVIP nak masuk bilik beradu versi lena diulit intan



Tu dia dalam bilik SPA

Aku ambikkan tradisional SPA... so aku tinggal lah Mak Long temankan Mak di ulit2 dek tukang uruttt. Aku lak gi ke pool tengok budak2 dgn Abang....
sampai petang gak lerrrrrrr berendammmm. 
Budak2 macam biasa kalau dah berendam mmg tak perasan masa berlalu kannnn..

bersambung aktivi malammmmmmm.....


Assalamualaikummm...
cuti sekolah dah hampir berakhir sudah. Cuti sekolah kali  ni nenek naik Puchong actually 1st time nenek sampai Puchong sejak kami pindah ke rumah baru... setengah tahun juga tu baru nenek nak sampai diatas faktor2 kesihatan.
seronok sangat budak2 bila nenek dgn Mak Long datang. Seminggu tak gi taska melepak sama kat rumah. Anyway nenek dah balik ke kampung halaman... sempat juga bawak nenek jalan ketempat2 feveret dia. Lepas nenek balik baru la bawak budak2 ni berendam di Desa Waterpark.
Nak ajak nenek sekali takut nenek penat tunggu je kat pondok kan macam tak sesuai dah tempat2 ni untuk nenek nak pergi.
Anyway... lepas hantar nenek and Mak Long ke terminal kami terus gerak ke Desa Waterpark pagi tu.
antara yg terawal jugalah sampai... dapat booking pondok pun yg strategi depan pool kanak2 dan sebelah toilet/bilik salin.
harga tiket nampaknya dah naik hampir sekali ganda!
DEWASA RM37 berbanding RM20 dan kanak2 RM26 berbanding RM14 beberapa tahun sebelum ni. Mmg Desa waterpark ada close sekejap utk baik pulih ingat ada attraction baru rupa2 sama je huhu.
Anyway yg best Desa Waterpark ni sbb banyak kolam yg sesuai utk anak2 bawah 3-4 tahun sebab air cetek jadi parent bleh la duk sebelah perati budak2 ni main air tak yah nak pegang 24 jam kalau yg dalam.

Kolam2 cetek yg sesuai utk kanak2 bawah 4 tahun
Wave pool 
Dalam pada bersukaria tu boleh pulak terserempak dgn member sekolah lama. Kira dah lebih 20 tahun jugak tak jumpa depa ni sejak tingkatan 3 katanya

Yg bestnya petang tu jugak masa Abang, Danish and Dania queue nak naik Thunderbolt aku incharge jaga 2 kenit. Dalam pada dok jaga2 tu sedar Dhiya hilang dari pandangan! Peh panik siott... berkejar jugak aku mencari tapi tak nampak kelibat Dhiya. Dalam pada mencari sambil dukung Delisha bleh plak aku tergolek silap pijak kat tangga kolam tu. Silap budget memijak... ingat dah last anak tangga rupa2nya ada lagi yg lebih dalam apalagi tergolek le aku dgn delisha. Seb baik air cetek.
Masa tu sakit giler kaki tapi sbb masih tak jumpa Dhiya gigih gak aku berjalan mencarik! Memamg panik jap... dah panggil safety guard suh carikan. Tau2 Dhiya  keluar dgn kesan air mata... aduhhhhh buat mama panik betul. Sebab sebelah kolam tu walaupun cetek... ada lazy river pulak. Tak keruan kalau fikir dia terjatuh dlm lazy river ke apaaa aduhaiiiii.

Lepas dah jumpa Dhiya baru terasa kaki sakit sangat2 tak boleh nak pijak... Abang terus gi jumpa paramedic pinjam wheelchair. Sampai bilik rawatan staff paramedic tuamkan dgn ais
.. kebetulan ada jugak sorang budak yg luka dahi terjatuh kot tgh dapatkan rawatan.
Mujur la dah puas berkubang... petang tu aku balik staff paramedic gak yg tolak naik wheelchair sampai ke kereta.
Balik terus gi klinik.... dapat MC 2 hari Khamis Jumaat dan macam2 ubat. Tapi macam biasa esoknya aku still kerja macam biasa cuma WFH lah...  dek gara2 tak mampu nak bergerak sangat huhuuu. 
Esoknya tu aku gi buat x-ray... Doc kata ada retak sket pd tulang and Doc advise consume calsium for fast recovery.
Tak pasal2 jadi OKU plak uhuuuu
*tutup muka di kandid dek Abang. Nak hantor kat nenek la tu... maklum la nenek datang kemain aku carikan wheelchair suh nenek naik bila berjalan... tetengok elok hari nenek balik aku plak yg kena naik wheelchair huwaaaaaaa*
Al kisah cuti sekolah yg sendu uhuhuh