5th Anniversarry Vacation


Date : 28th Feb ~ 1st Mar 2009

Destination : Historical City, Malacca

Stay : 19th Floor, The Emperor Hotel



********************************************************************************


Bak kate Tengku Sabrina.. 'pergilah bercuti, segala-galanya ada di Malaysia..'
Tahun ni Abang pilih Melaka sebagai Destinasi percutian kami sempena anniversarry ni. Kami berangkat selepas Zuhur setelah usai Sports Day Danish. Check in lewat masuk waktu Asar di The Emperor Hotel. Hotel banyak yg full booked weekend walaupun bukan cuti sekolah. Almaklum sejak Melaka diangkat sebagai World heritage by UNESCO makin naik lah value dan tarikannya. Makanya kpd yg plan nak ke Melaka, silalah buat hotel booking awal kalau tak naktakut keciwa..huhu!

This pic snap by Danish hu hu!

Setelah berehat seketika kami terus keluar ke Bandar Hilir. Jenuh jugak nak cari parking.
Last-last dapat park kereta kat Dataran Pahlawan dan ronda2 jalan kaki je sekitar Banda Hilir tu.. segala-galanya ada disitu. Kali terakhir aku pergi 3-4 tahun lepas.. Baru perasan kedai2 cenderamata tu semua dah tak ada diganti dgn dataran pahlawan tu. Tempat pertama yg dituju.. A farmosa. Sambil jalan-jalan itu banyak2 beca-beca lalu lalang samada dinaiki pelancong atau tidak. Sungguh berwarna warni & meriah!
Yang heran nya, ada jugak beca-beca ni yg pasang lagu metalicca walaupun dilokasi bandar bersejarah. Abang tak henti mengomel... patutnya pasang la lagu2 tradisional ke dondang sayang ke baru la kena dgn mood bandar bersejarah ni.. hehehheeh. Aku tak de hall.. layannnnnnn
Lepas ronda kejap berhenti minum kat swiming centre punya cafe. Lepas tu terus ke Menara Taming Sari. Nasib baik masa kitaorg sampai tu seat dah nak full so naik je tak lama terus jalan.
http://www.menaratamingsari.com/
Menara Taming Sari ni bleh berputar 360 deg hingga ke ketinggian 110 meter dgn konsep 'gyro'. Masa dia nak 'berputar naik' tu mmg gayat skett la sebab dinding semua dinding lutsinar kan.. view mmg cantik sangat2 apatah lagi kitaorg naik tu tgh remang senja.. Keindahan berada di ketinggian 110m dari tanah memang cantekk.. nampak Bandar Melaka, selat Melaka.. cantikk sangattt.. tapi tak puas menikmati keindahan tu dah nak turun dahh? uhuk!

Amaran : Kalau naik dah gelap tak disyorkan sewa binocular kat luar tu.. tak dan nak teropng pun hu! hu!
Lepas maghrib kitaorg melawat Pesta Tanglung berhampiran Muzium Kapal.. Pesta tanglung ni terdiri dari binaan bangunan2 menarik sekitar Melaka. Habis ronda-ronda pergi ke Jeti Sg Melaka plak.. naik boat menyusuri Sg Melaka.. cantik permandangan sg melaka yg penuh dgn warna warni lampu2. Paling aku terpegun - The living Musuem - Kg Mortem. Sekilas pandang bila tgk nampak mcm.. eh ni kampung ke ala-ala Mini Melaka tuu? Rupanya perkampungan tu mmg still kekal seperti asal. Cuma rumah2 dipinggir sungai tu dicantik baik kan lagi - bercat baru, berlampu spotlight sampai bumbung!
Cruise mengambil masa 45 minit! Dania sampai terlena dipangkuan dibuai deruan ombak sungai dan angin malam!
Selepas Cruise kami ke Newton Food court utk dinner. Lepas makan terus balik Hotel.. keletihann....zzZZzzzZZz


The next morning, lepas breakfast acara WAJIB - Terjun pool!. Pool atas bangunan! huhuhu. Danish mmg excited.. Dania plak melalak kalau terapung & terkena percikan airrr.. lawak betul lah. Puas berendam balik bilik terus berkemas2 utk check out!.
2nd day plan utk ke Zoo Melaka & Taman Mini Malaysia.. Kalau sebut Melaka mesti lah terkenal dgn asam pedasnya. On the way ke Air Keroh usha2 gak kedai Asam Pedas kalau ternampak. selepas berhenti usha kali ke-3 baru la jumpa tempat yg best! Restaurant Hajah Ramlah kat simpang jalan ke Air Keroh. Dari luar memang ramai pengujung makan kat kedai ni...
Hasilnya..!
Udang laut = Rm8/ekor
jenahak Asam pedas = Rm 5/potong
Yang best lagi kat kedai ni ialah air tebu fresh and kuih2 tradisional. Tengahari buta pun ramai singgah beli kuih hu hu!




Perjalanan diteruskan ke Zoo Melaka....
This is the First time bawak Dania pergi Zoo. Tak sangka plak yg Dania enjoy habis tgk animal dlm zoo ni. Every place yg kitaorg stop, kalau nak move to anothe place je mesti Dania menangis melalak2 tak nakk! Sedih nak tinggalkan binatang2 tuh.. hahahahahah! Macam la dlm zoo ni ade sekor je binatang! huhuhu! Danish plak excited move dari satu kandang ke satu kandang sbb dia excited nak baca description board for each kandang tu.. especially part peta taburan binatang tu hidup! Sibuk la tunjuk kat peta tu kat mana lagi dlm dunia ni binatang tu hidup! huhuhu

Sempat gak tgk Animal show. Memang terhibur sangat hilang kejap letih berjalan pusing satu zoo!
Habis melawat zoo gi Taman Mini Malaysia pulakk.. habis ronda, masuk kereta, cuaca pun mendung tak dan 5 minit terus lenaaaaaaaaaaaaaaa.....

Exhausted tapi enjoy sangat-sangatt! Million thanks to Abang for this sweet yet adventures (sbb byk walk in) trip! Muaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh!!

5 sweet comments:

Anonymous said...

Wah...Zoom Malaysia lah nih....
Comelnyer tengok Dania pakai topi ...ala2 tourist gitu...

Cosmedecorte said...

Blk Mesia baru ni gi Melaka sbb saya buat fieldwork sket kat sana. Gi gak Zoo Melaka. Dlm byk2 zoo yg saya pernah pegi, yg ni la yg palih sedih skali. Nampak pagar je. Should have gone to the one kat AFamosa Resort. Mase tu tak teringat langsung. Dah blk baru org ckp. Pegi sbb keje tu yg tak buat research tempat nak melawat.

*∽ IZAN ∽* said...

ALeyn..
ha ahh kena pakai topi laaa.. panass banget!

Farah..
huhuh.. Izan pun tak rajin sgt gi Zoo so tak tau nak cakap tapi rasanya not so bad byk gak animal collectio dia cuma letih laa nak ronda satu zoo tuu..huhuh

Lain kali bleh gi A farmosa punya zoo lak ekkk

ina_syuk said...

jalan2 melaka ek..suke lak tgk picca 2 badik tuh posing..adik dah nampak big gal jer..

*∽ IZAN ∽* said...

To Ina,
Macam big gal je ekk..huhuhuh
Bestnyerr cepat la besar anak dara ni bleh jadi kawan kamcing kan! heheheheh