Salam...
Sejuk pagi sabtu nih..
Kat umah tengah fikir nak masak apa  hari ni..

Anyway nak share resepi SUP TULANG. Sedap di makan time sejuk-sejuk camnih.
Mama Zharfan pernah tanya masa publish sup tulang ni nak raya hari tu tapi sampai sudah tak sempah hapdett.. Sorry sesangatt.Baru-baru ni ada buat lagi SUP TULANG masa 
makan-makan sempena cuti sekolah yang lepas so resepi fresh masih ingat terus hapdet kat blog 
takut lupa lagi huhu.
Anyway resepinya ada kat bawah ni.
Kalau nak tengok koleksi resepiku yang lain-lain bleh layari





Bahan bahan
2 Kg tulang lembu
2 biji bawang besar   - dikisar
3 biji bawang putih    - dikisar 
1 sudu jintan manis   - dikisar
1 sudu jintan putih    - dikisar
1 sudu ketumbar       - dikisar
2 inc halia                 - dikisar
1 bunjut sup tulang
Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, etc)
1/2 kiub ayam
2-3 keping asam keping
Daun sup dan bawang goreng - bahan tabur
Garam  secukup rasa

Cara-cara
1. Bersihkan dan rebuskan tulang lembu terlebih dahulu sehingga sedikit empuk (kira-kira 30 minit)
2. Kisar  bawang besar, bawang putih, jintan, ketumbar dan halia. Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk. Masukkan rempah sup bunjut dan bahan-bahan rempah tumis ke periuk. Masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa. 
3. Renihkan selama 30 minit lagi. Rasakan rempah sudah sebati baru masukkan asam keping. Renihkan lagi seketika. Matikan api.
4. Taburkan daun sup & bawang goreng.
5. Sedia untuk di hidang bersama sambal kicap.

3 sweet comments:

Mama Zharfan said...

thanks izan :) jintan2 tu me tak pernah beli--nak kena cari lah lps ni--patut la me buat sup tak sedap sbb tak letak cukup rempah-ratus rupanya heheh

eelobor said...

dah perasan sekarang, si kecik muaz (anak saya) suka sangat sup. siap hirup2 lagi

mama tisya said...

yum2 suka sup tulang