Salam..
Bagusnya kalau kini tuduhan & hukuman tak mengenal pangkat dan darjah kebesaran.
Sama adil sama rata.. korupsi & rasuah di banteras!
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan penggantungan keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) dengan gelaran Datuk Seri yang disandang oleh bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi dalam satu kenyataannya hari ini berkata tindakan penggantungan ke atas darjah kebesaran yang diterima Khir pada tahun 2001 itu dilakukan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang itu dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Disember tahun lalu.
"Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak
semula selepas mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan
atas pertuduhan," katanya.
semula selepas mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan
atas pertuduhan," katanya.
Selain daripada Khir, Darjah Kebesaran Datuk - Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) dengan gelaran Datuk yang dikurniakan kepada Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Haryoni pada tahun 2002, turut digantung.
Gelaran itu digantung selepas Shamsuddin didakwa di bawah Seksyen 165 dan
Seksyen 109 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan penggantungan itu
akan disemak semula selepas mahkamah membuat keputusan. - Bernama
2 sweet comments:
kononnya dia yang serah, tapi sebenarnya di gantung oleh Sultan. hishhh....cakap je apa yang sebenar berlaku kan. buat apa nak malu2
mcm2 hal kan dunia politik nie...
meh laa bagi title tu kat aku hahaahahahaha
Post a Comment