Dulu masa duduk negara orang memang terasa sukarnya nak mencari & nak makan daging/ayam halal di luar. Kalau nak terpaksa la order Halal Frozen yang akan di hantar pintu ke pintu lepas tu pandai2 la masak sendiri kat rumah. Nasib baik la Jepun tu terkenal dengan makanan laut yang segar, merasa gak la 'gemuk' kat saner walaupun member2 Jepun selalu berasa kasihan kat kitaorang sbb kalau pi Makan kat kedai je tak leh langsung nak order menu yang mengandungi daging. Aku selalu cakap, apa nak kesian? Gemuk je ni haaa duk sini (Jepun) walaupun tak leh makan Daging ! hu hu.


Ingatkan duk negara orang je rasa macam tu, rupanya tidak. Nama je 'Negara Islam' tapi kita sendiri tak rasa 'selamat' nak beli makanan yang di jual di Malaysia ni.. Lebih teruk lagi, kata je HALAL rupernya kita kena tipu hidup hidup..! Nilah gara-gara kerakusan pihak-pihak yang hanya mementingkan RM & keuntungan tanpa menghiraukan sensitiviti pengguna Islam di negara ini.


Berita di bawah di petik dari Malaysia Kini. Dahla aku pun rajin gak jejak pasaraya ni... Istighfar panjang la baca berita ni...korang pun renung2kan lah yer...


"Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.



Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.


Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.


Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama 
HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama 
HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

- Bernama



Petikan dari Malaysia Kini

9 sweet comments:

Mama Liena said...

Saye jarang beli barang basah kay hypermarket ..kat pasar segar jer ..

Bahayanye , dah la dilabel halal ..isk iskk

beba said...

kalau kat pasar basah pon dah kalau peniaga tak jujur pon macam2 boleh jadi..huu..

jual beli ni pon atas dasar percaya gak kan..

tapi kalau dah tau jangan plak buat2 tak tau..hehehe..

tapi ayam ni (yg tak halal) yang pre-pack tu kan? bukan yg jual longgok2 kat luar tu kan? hehe..

*∽ IZAN ∽* said...

Re Mama Liena,
Tu la pasalll... kalau dah label Halal pun tak terjamin status camne la.. aduhaiiii

*∽ IZAN ∽* said...

Re Beba,
Ha ah.. betul tu. Kalau beli kat pasar segar atau runcit yg kita kenal tuan punya kedai InsyaAllah la kann...

Beba, tu yg pre-pack jenama HyFresh lagi... pas ni kena hati2 kalau tgk jenama ni hu hu

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

huh menakutkan .. tu yang kita beli sendiri boleh la pantau.. kalau makan kat luar cemana tu? kalau tokey restoren pun beli jenama ni cemana?

☆ lieya latif ☆ said...

takut ar skrang nie....mcm2 hal kan...kdg2 kite tak sedar pun .....

*∽ IZAN ∽* said...

Re MiMi,
Kalau Izan , kalau kita dah masuk restoran yg dah sah2 tertera logo HALAL tu kira tawakkal dah. Kalau toke kedai tipu (muslim) pepandai la dia 'jawab' esok esok hu hu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Lieya,
Tu la pasall.. isk isk isk

Ezna Khalili said...

Beli kat Pasar yang jual segala macam barang basah.....ada yang sembelih ayam depan mata kita. Terjamin keHALALan nyer....