Salam,
Topik sempena Hari Bapa 2010.
Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja terdengar petikan berita mengenai Bapa di Malaysia bertaraf 5 bintang!
Aku bersetuju 100 % dengan penghargaan oleh Datuk Seri Shahrizat. Paradigma institusi keluarga kini sudah berada di satu tahap yang jauh berbeza di bandingkan dengan zaman ketika aku kecil-kecil dahulu. Ini berdasarkan pengalaman ketika aku kecil la kan. Jika dulu kebanyakan para suami keluar rumah mencari rezeki dan sang isteri sebagai pembantu sama ada membantu ikut ke kebun atau ladang atau duduk dirumah menguruskan anak-anak. Zaman aku kecil dahulu Abah mengerjakan ladang kelapa sawit (peneroka) dan emak kadangkala ikut sama ada bersihkan ladang atau pungut buai lerai. Oleh kerana kerja2 ladang adalah kerja yang banyak mengerah keringat makanya bila balik rumah barangkali para suami tidak betah lagi membantu para isteri di dapur dek kepenatan!
Teringat dulu walaupun Emak & Abah cuma hendak ke ladang, meraung-raung jugak aku tarik menarik pintu gara-gara nak ikut! Teringat pernah satu masa kami dapat tanah kebun di sekitar kawasan tanah yang di pacak tiang menara TNB di tepi2 jalan raya. Seronoknya sangat kalau dapat ikut Emak & Abah ke kebun.. ada pondok tempat berehat... boleh petik jagung segar dan bakar untuk di nikmati fresh!
Tak cukup itu, Emak juga kadang kala menjual sayur atau apa saja untuk mencari duit tepi dan siapa lagi yang jadi tukang jual kalau tidak aku adik beradik! Paling tak lupa aku pernah jadi pengedar TUNGGAL "Kulit ayam sira sambal" kat sekolah..! Ha ha ! Alhamdulillah.. Abah juga akhirnya mula berniaga kecil-kecilan. Cukup lah untuk kami hidup dengan lebih selesa. Tapi kalau di perhati, urat belirat Abah lebih kental setara dengan titik peluh dan keringat yang mengalir demi membesarkan kami adik beradik!
Kini 20 tahun berlalu. Hari ini dek tuntutan taraf hidup yang semakin meningkat, kebanyakan pasangan suami isteri masing-masing turut keluar bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Bila kerja makan gaji masing-masing dah terikat dengan waktu 8-5 ! Balik pun tak tentu masa... kalau dulu suami yang mencari nafkah, kini sang Isteri turut membantu apa yang termampu demi menyediakan kehidupan selesa untuk keluarga tercinta. Sokongan Isteri tetap padu.. sama seperti zaman aku kecil dahulu.. cuma dengan cara yang sedikit berbeza. Aku percaya kebanyakan Isteri langsung tidak berkira dengan rezeki yang di perolehi untuk di kongsi bersama keluarga tercinta tanpa perlu di pinta..!
Alhamdulillah.. sejajar itu juga, ku lihat dan dengar ramai juga para suami yang saling berkongsi tanggungjawab. Saling menghulur tangan membantu 'kerja rumah' mana yang termampu. Tidak lagi hairan jika para suami hari ini mampu berpencak silat dengan senduk dan sudip di dapur...! Sejujurnya aku kagum...!! Kagum dengan pengorbanan yang di berikan! Kerana itu aku juga memberi penghormatan 5 bintang untuk para BAPA di Malaysia terutamanya buat SUAMI & ABAH tersayang...!
Baca berita seterusnya ~
Sumber : Berita Harian
SEREMBAN: Bapa di Malaysia layak mendapat pengiktirafan lima bintang kerana mereka adalah yang terbaik, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata, golongan bapa muda kini tidak malu membantu isteri mereka memasak di dapur, menjaga anak, mengemas rumah dan membasuh pakaian.
"Generasi saya (yang lama) susah hendak cari macam itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.
Shahrizat berkata, bapa di Malaysia masih layak mendapat penghargaan terbaik walaupun terdapat cerita mengenai lelaki tidak bertanggungjawab, buang anak atau seorang bapa yang tiba-tiba ghaib.
"Jumlah itu, bagaimanapun, kecil berbanding sikap bertanggungjawab dan jiwa pengasih yang ditunjukkan majoriti golongan bapa di negara ini," katanya.
Shahrizat berkata, sambutan Hari Bapa tahun ini memfokus kepada generasi muda kerana daripada sejumlah tujuh juta keluarga di negara ini, 42 peratus terdiri daripada golongan bapa muda.
Beliau berkata, cabaran seorang bapa semakin hebat kerana kebanyakan sistem keluarga kini hanya terdiri daripada seorang ayah, ibu serta anak berbanding dahulu yang turut membabitkan penyertaan datuk atau nenek.
"Ibu terpaksa keluar bekerja, bapa bekerja...kerana itu, bapa hari ini harus menyediakan diri mereka untuk bertanggungjawab, bersedia untuk berinteraksi dan sentiasa cuba menghadirkan diri bersama keluarga," katanya. - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 sweet comments:
selamat hari bapa buat semua bapa...
tahniah buat bapa sham.... dpt 2...
re fa10: ma kaseh ma kasehh... he he
ye betul... jadi bapa dulu berbeza ngan bapa sekarang..
selamat hari bapa juga...best plak entry akak nie..=)
bapa skrg beza ngn bapa dulu2..dulu2 bapa sole-breadwinner..
Re Mama Alyna & Kinna : Betul tu.. setuju !
Re Tiefa : Mudah2an awak pun dapat yang terbaik satu hari nanti yekk! ;)
whoaaa...bagusnya izan.tolong emak abah berniaga...ye la kan, peneroka ni mmg perlu kerah tenaga lebih..mmg letih la..bila balik, mmg xsempat nk tolong isteri..tapi eli kagum ngan abah izan!
utk zaman kita pulak, eli kagum dgn semua para suami yg kerja keras carik rezeki utk family..pastu dh teror main periuk belanga semua hehhe
insyaallah kak izan..tq..hihi..kin malu ow..xde calon nie..haha...kena tunggu jatuh dari langit nie kak..hihi
Post a Comment