1. | Permohonan pengambilan secara: i. Majikan sendiri ii. Melalui agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen
Malaysia di pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan. |
2. | Pastikan Borang Permohonan beserta dokumen yang diperlukan
adalah lengkap. |
3. | Majikan terdiri daripada suami atau isteri dan mempunyai: i. Anak berumur bawah 15 tahun ATAU ii. Ibu bapa yang sakit/uzur. |
4. | Majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) PRA yang layak dipohon
untuk satu keluarga. |
5. | Kelayakan gaji majikan untuk mengambil PRA mengikut negara sumber: |
|
Bil | Negara Sumber | Jumlah Pendapatan majikan(Bersih) | Bayaran Sita (Personal Bond) |
1 | Indonesia | RM 3,000.00 | RM 250.00 |
2 | Filipina | RM 5,000.00 | RM 750.00 |
3 | Sri Lanka | RM 5,000.00 | RM 750.00 |
4 | Thailand | RM 3,000.00 | RM 250.00 |
5 | Kemboja | RM 3,000.00 | RM 250.00 |
6 | India | RM 5,000.00 | RM 750.00 |
7 | Laos | RM 3,000.00 | RM 1,500.00 |
8 | Vietnam | RM 3,000.00 | RM 1,500.00 |
|
6. | Majikan yang telah diisytiharkan muflis tidak layak memohon. |
7. | Untuk memohon PRA kedua, majikan mestilah: i. Mempunyai alasan yang kukuh dan ii. Mempunyai pendapatan mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jabatan
Imigresen Malaysia. |
8. | Majikan beragama Islam dibenarkan menggaji PRA beragama Islam sahaja. |
9. | Sebaik sahaja PRA tiba di negara ini, majikan hendaklah: i. Membuat pemeriksaan kesihatan bagi PRA di klinik panel yang dilantik
oleh Fomema Sdn. Bhd. dan ii. Mendapatkan pelekat PL(KS) di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri yang
meluluskannya dalam masa 1 satu bulan dari tarikh tiba. |
| |
|
| |
1.
| Pastikan PRA ditugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah sahaja
(tidak termasuk cuci kereta). |
2. | Meyediakan kemudahan bilik/tempat tinggal yang sesuai kepada
PRA lengkap dengan kemudahan asas, makanan yang berkhasiat,
rehat secukupnya termasuk waktu tidur. |
3. | Majikan bukan Islam yang menggaji PRA yang beragama Islam
mestilah menghormati sensitiviti agama PRA dengan membenarkan:
i. Melakukan ibadah seperti sembahyang 5 waktu ii. Puasa bulan Ramadhan dan iii. Tidak disuruh melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan
dengan agama Islam. |
4. | Memastikan PRA tidak berkahwin di negara ini semasa memegang PL(KS).
|
5. | Maklum bahawa PRA tidak dibenarkan membuat Permohonan Permit
Masuk semasa memegang PL(KS). |
6.
| Memastikan PRA tidak bertukar pekerjaan/sektor atau bertukar majikan
tanpa kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia. |
7. | Lanjutan tempoh PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana
Pejabat Imigresen tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat PL(KS) setelah lulus pemeriksaan kesihatan. |
8.
| Untuk tujuan lanjutan PL(KS) atau Memo Periksa Keluar, majikan bertanggungjawab:
i. Menyimpan rekod pembayaran gaji PRA dan menunjukkan kepada
pihak Jabatan apabila diminta. ii. Gaji PRA hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu
terakhir setiap bulan. |
9. | Rawatan perubatan PRA semasa dalam tempoh PL(KS) adalah di bawah
tanggungjawab majikan.
|
10. | Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia
sekiranya PRA:
i. Meninggal dunia ii. Hilang iii. Melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja. |
11. | Majikan atau agensi pekerjaan tidak dibenarkan memukul atau apa-apa
perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada PRA.
|
12. | Sekiranya majikan atau pasangannya meninggal dunia, maka majikan
atau pasangan atau warisnya diminta melaporkan kepada Jabatan untuk
tujuan pengesahan status majikan baru PRA berkenaan. |
13. | Majikan hendaklah mendapatkan kelulusan dari Jabatan bagi
PRA yang memohon berhenti atau diberhentikan atau tamat tempoh pas
dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan bagi tujuan penghantaran pulang. |
14. |
Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai hak membatalkan kelulusan
pas yang dikeluarkan |
15. |
Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa memindahkan PRA yang
dianiaya oleh majikan asal kepada majikan baru yang layak atas
dasar kemanusiaan walaupun tanpa persetujuan majikan asal. |
16. |
Majikan yang ingin membawa PRA bekerja di luar negara dikehendaki
memaklumkan kepada pejabat perwakilan negara asal PRA berkenaan di Malaysia. |
17. |
Majikan yang telah diberi kelulusan PRA tetapi gagal
mematuhi syarat-syarat di atas akandisenaraihitamkan daripada mendapat kemudahan PRA. |
4 sweet comments:
Gud info. Tq izan!
Tapi buat masa ni blum lagi la nak amik pembantu:)
alahai rajinnya..semua nya dah ada dlm website imigresen cik oii
Re Ambrynaa :
Sila silaa.. mana la tau sampai 'seru' he he
re Miss :
Ahaa.. memang la dari website imigresen ponnn... kan awal2 lagi dah buh link kat atas tuhh!! copy & paste je punnnn hu hu
Post a Comment