salam..
Lagi kes melibatkan kematian bayi atas kecuaian pengasuh....
Luluhnya hati seorang ibu bila bayi yang di kandungkan 9 bulan meninggal gara-gara 
kecuaian orang lain...

sumber : My metro



PUTRAJAYA: “Anak saya membuka mata dan tersenyum apabila saya mengejutkannya dari tidur, malah kelihatan sihat ketika saya menghantarnya ke rumah pengasuh sebelum ke tempat kerja,” kata Nor Zulaihan Mustapa, 25, ibu kepada Muhammad Firdaus Hakim Faizal Hafiz, lima bulan yang meninggal dunia dipercayai terjatuh ketika dijaga pengasuh di pangsapuri Presint 14 di sini, Selasa lalu.
MAUT...Nor Zulaihan menunjukkan gambar anaknya yang meninggal dunia dipercayai terjatuh 
di rumah pengasuh.
MAUT...Nor Zulaihan menunjukkan gambar anaknya yang meninggal dunia dipercayai terjatuh di rumah pengasuh.
Anak sulung pasangan, Nor Zulaihan dan Faizal Hafiz Abdullah, 24, yang masing-masing bekerja dijaga pengasuh sejak lebih tiga bulan lalu. 

Difahamkan, pengasuh yang menjaga arwah turut menjaga empat kanak-kanak lain termasuk dua kembar selain empat anaknya sendiri. 

Kejadian itu yang ketiga membabitkan kematian bayi ketika dijaga pengasuh atau pusat asuhan di sini, dalam tempoh dua bulan selepas dua kes membabitkan kematian bayi masing-masing empat dan sembilan bulan, akibat tersedak susu. 

Nor Zulaihan berkata, anaknya sihat dan sangat aktif malah sudah pandai meniarap serta tidak nampak sebarang perubahan atau tanda menunjukkan dia sakit. 

“Biasanya pengasuh memaklumkan kepada saya jika anak meragam, tetapi pada hari itu (kejadian) saya tidak menerima sebarang mesej. 


4 sweet comments:

eelobor said...

simpati dengan keluarga tersebut...

cik puan akish said...

ya allah...tak pahamla pengasuh sekang neh jage anak org camner...adekah terlalu ramai sgt yg dijage..sampai tak boleh nak control...terlalu nak kejarakan duet...aduhaiiiii...

dijauhkan perkara ini berlaku pade kite sume..amin..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

tak tau nk ckp apa...tharu....kita kalu bleh nk elak dr semua ini...tp apakan daya....takziah pada klrga mgsa..

Suziey Ahmad said...

OMG..kesiannyaaaaaa...huhu..sbb tu xde keyakinan lagsung nk bg org jaga ank selain dr mak sdiri..