Salam...

Ni satu lagi kisah pelik kat dunia... budak-budak sekarang makin advance... 
5 tahun dah pandai bercinta...!

Anyway.. pasangan bercinta terlalu muda macam kat bawah ni agak-agak berapa 
tahun bleh bertahan..? Aku rasa si gadis cilik 3 tahun tu belum gi sekolah tadika pun lagi.. 
nak kata matang jauh sekali!!  isk isk isk

sumber : HMetro



HALA melihat cincin di jarinya yang disarungkan Khalid.
DUBAI: Dua kanak-kanak Syria yang berusia tiga dan lima tahun mungkin menjadi
pasangan termuda di dunia yang ditunangkan atas persetujuan masing-masing.
Ibu bapa Hala, 3, dan tunangnya Khalid, 5, mendakwa kanak-kanak terbabit bersetuju
untuk dijodohkan.
Kisah mereka disiarkan laman web tempatan Syria, Akes Alser dan menjadi perbualan rakyat.
Kedua-dua keluarga kanak-kanak itu yang menetap di Homs, kira-kira 180 kilometer di utara
 Damsyik turut menerima ucapan tahniah daripada orang ramai.

Bapa Khalid, Juma memberitahu Gulf News, anaknya itu waris tunggal daripada
perkahwinannya sejak lebih 25 tahun lalu.
“Saya dan isteri mendapat Khalid selepas 20 tahun berkahwin melalui kehamilan yang rumit.
Sekiranya dia anak lelaki, saya berjanji akan mengikat tali pertunangan untuknya ketika
dia berusia lima tahun dan akan mengahwinkannya dengan perempuan pilihannya pada
usianya mencecah 15 tahun,” kata Juma.

“Hari berlalu hinggalah Khalid terpikat dengan seorang kanak-kanak perempuan
berusia tiga tahun yang ditemuinya ketika lawatan keluarga ke bandar pinggir laut
di Lattakia,” tambah Juma. Menurut Juma, perkahwinan kedua-duanya mungkin akan
menjejaskan persekolahan mereka.
"Saya akan menanggung perbelanjaan pendidikan mereka hingga ke peringkat
universiti,” tutur Juma.

Khalid dikatakan merindui kekasihnya itu selepas pulang semula ke Homs.
Dia juga enggan pergi ke kelas bimbingan kanak-kanak sekiranya Hala tidak pergi
bersamanya. "Khalid memberitahu saya dan ibunya dia mahu tinggal bersama Hala atau
membawa gadis cilik itu ke rumah mereka di Homs. Bakal pengantin perempuan itu
nampaknya memang sangat luhur,” kata Juma.

“Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan hinggalah isteri saya menelefon ibu Hala dan
meminta pandangannya. Ibu Hala berkata, anaknya juga mengalami tanda-tanda kesepian
dan mereka amat gembira jika anak mereka ditunangkan.”
“Detik itu saya teringat janji yang saya buat sebelum Khalid lahir dan memutuskan untuk
membeli cincin untuk mereka. Kami pergi semula ke Lattakia dan meraikan pertunangan
anak kami,” kata Juma lagi. - Agensi

4 sweet comments:

eelobor said...

macam2 la skrg, dah mcm2 tanda

Miss bubblehead said...

maen2 je tu..ala sweet ape hahaha

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor :
tu la pasall......

*∽ IZAN ∽* said...

RE Alfa Blue7:
Tu laa.. takut budak2 ni pun tak sedar apa yg diaorg buat.. isk isk isk