Salam..

Usai sudah Majlis Persandingan Kayangan Angkasawan Negara ,
Datuk Sheikh Muzaphar dan Datin Dr Halina.
Majlis yang penuh gilang gemilang dan di hadiri oleh ribuan VVIP termasuk lah Sultan dan angkasawan dari negara-negara lain dan di beri liputan secara langsung oleh pihak TV3.

Majlis yang mengekalkan nilai-nilai Tradisional Melayu berlansung dengan begitu meriah.. barisan para Jurugambar yang tak terbilang ramainya.. itu yang nampak di dalam kaca TV, yang 'tak nampak' macam aku ni, duk luar kaca TV..? ahaaaa.. tak yah citer laa.. mesti beribu-ribu lagi.. he he he

Anyway sementara nak menunggu gambar-gambar yang confirm ala sentuhan maut dari crew CandidSyndrom, apa kata layan dulu gambar-gambar fresh dari 'depan' kaca TV ni dulu... jommm!!!

Kedua mempelai di singgah sana.. sama cantik dan sama padan. Suka sangatt..!

Setiap kali nak iklan mesti keluar page ni... trademark

Meja bersantap untuk 'Makan Damai' 



 Antara tetamu VVIP yang hadir

  Majlis berinai@merenjis oleh Ibu pengantin lelaki...

 Dendangan lagu istimewa oleh Datuk Yusni Hamid ~ Tari Tualang Tiga. Bestt sangat..!

 Di ikuti oleh persembahan Tarian Asli


 Antara tetamu yang hadir menyerikan majlis

 Acara kemuncak.. acara potong Kek..!

 Ini dia, Kek seberat 30 kg dan di reka menjadi replika kapal angkasa Soyuz. 


 Ni yang paling best.. sempat lagi Datin Dr Halina memberi lambaian mesra untuk penonton dan jurukamera
xbertauliah kat rumah..!! I Likeeeeeeeeeeeee... he he he

Kek yang begitu unik dalam sejarah...!

Hos yang mengulas Majlis persandingan malam ini..

Sekali lagi TAHNIAH kepada kedua mempelai.. semoga berkekalan dan berbahagia sehingga ke akhir hayatt.. aminnnnnnnn

6 sweet comments:

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

HEHEHE...ingatkan ayu sorang jer jadi jurugambar tak bertauliah...nampaknya ader geng lah ni..

*∽ IZAN ∽* said...

Re Ayu :
Ahahaha..!! Tu lah.. nampak sangat tak de kerjaa.. ha ha

☆ lieya latif ☆ said...

wah kelas ko izan..siap snap dari tv lagi hah heheeheheheh...mmg grand majlis dieorgkan...aku tgk pun terpukau gak laaaa.......kek tu yg aku tak tahan tu.....mmg cun wooo!!

cik puan akish said...

waahhhh...saip snap agi lalu tb...chare sis....

Gieyana said...

sama cantik sama padan kan..time nie x sempat nk tgk tv pon...on travelling..:D

Sharinginfoz said...

memang sungguh meriah kan