Salam..
credit : ratingbymm


Alhamdulillahhh.... lega bila dengar berita mengatakan kesihatan Tun Mahathir, Mantan Perdana Menteri Malaysia yang di masukkan ke Hospital Epworth di Melbourne kini bertambah baik. Cuma Doktor menasihatkan Tun agar banyak berehat kerana kesihatannya terganggu baru-baru ini pun kerana Tun tak cukup rehatt...




Me & Tun 

Kami juga doakan semoga Tun pulih sepenuhnya dengan segera. Pagi tadi masa terdengar dekat Hot FM mulut si cabul si polan bin si Polan yang buat statement Tun tersungkur di Melbourne pun memang terus keluar perkataan *7*8*$#3 dari mulut aku.. satu hari aku nak tengok kalau si Polan tu pun di datang kan musibah@ penyakit camane plak keadaan dia nanti..!!  Biar padan dengan mukanya pulakkk...!! 


Apapun ikuti berita sepenuhnya


Sumber : Berita Harian


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi respons baik terhadap rawatan yang beliau terima di Epworth Hospital Melbourne Australia, selepas dimasukkan ke hospital itu kerana mengadu sakit dada kelmarin. 

“Doktor gembira dengan perkembangan kesihatan Dr Mahathir dan beliau memberi respons baik kepada rawatan anti-biotik serta fisioterafi,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat bekas Perdana Menteri itu di sini semalam.

Pagi semalam, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir melawat bapanya di hospital itu dan menikmati sarapan bersama beliau dan ibunya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Kenyataan berkenaan berkata, doktor menasihati Dr Mahathir terus berehat dan memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri itu perlu diletakkan di bawah pengawasan di wad biasa hospital berkenaan selama beberapa hari lagi. 

“Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah juga menyampaikan salam dan penghargaan mereka kepada semua yang mengutuskan ucap selamat dan mendoakan agar beliau lekas sembuh,” kata kenyataan itu. 

Dr Mahathir yang ditemani Dr Siti Hasmah, tiba di sini pada Khamis dan dijadual berucap pada seminar pembangunan insan anjuran Kelab Umno Australia Melbourne di University of Melbourne, semalam. 

Oleh kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan Dr Mahathir meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang singgah di Melbourne selepas menghadiri Persidangan Forbes Global CEO di Sydney, berucap bagi pihak beliau pada seminar itu. – BERNAMA 

1 sweet comments:

eelobor said...

semoga Tun Dr.M cepat sembuh...