Ahaaaaaa... kalau ya pun ada hantu, jangan la kacau poliss.. pergi la kacau pembunuh-pembunuh dan yang bersubahat dengan pembunuhan tulang2 misteri tuhhh...! tak cerdik punya hantu..!!
Sumber MalaysiaKini
"Mana ada hantu, saya pergi siang dan malam tak ada apapun, semua itu hanya untuk mensensasikan cerita aja," kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Ketika ditanya pemberita di Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini, Khalid lantas menafikan laporan itu.
Terdapat cakap-cakap kononnya ada anggota polis diganggu makhluk halus ketika bertugas di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.
Ladang itu dipercayai lokasi pembunuhan itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata semua siasatan berkaitan kes pembunuhan termasuk membabitkan hartawan dari India Allal Kanthan Muthuraja, 34, serta beberapa kes lain termasuk laporan Sabtu lalu mengenai kehilangan seorang lagi ahli perniagaan, masih dijalankan.
Katanya, perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
- Bernama
2 sweet comments:
alamak ye ke izan ....huhuhu.....mcm2 hal daaaa....jgn die kuar kaco penduduk banting dah......takuttttt hehehheh
tak kisah kalo dia kuor kacau suspek2 utama.. ni kalau kuor gi kacau polis dok buat siasatan memang budus nyer hantu laa...
Post a Comment