Salam ,

Alhamdulillah... tumpa gembira dengar Tun Dr Mahathir dah pun di benarkan keluar Hospital di Melbourne dan dah pun pulang ke tanah air. Selamat berehat dan kembali sihat, Tun... ramai  rakyat Malaysia di luar sana yang rindukan entry Tun@chedet. :D


Sumber : My Metro


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang malam semalam, setelah dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia kerana jangkitan kuman di dada.

Beliau yang diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba dengan menaiki pesawat khas dari Lapangan Terbang Tullamarine, Melbourne.

Kepulangan Dr Mahathir dan isteri, disambut oleh beberapa tetamu terhormat termasuk bekas Penasihat Agama beliau, Tan Sri Abdul Hamid Othman, Pengerusi Proton Datuk Nadzmi Mohd Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir serta anggota keluarga terdekat.

Dr Mahathir kemudiannya meninggalkan perkarangan lapangan terbang itu, dengan menaiki sebuah kereta dan diiringi enam buah kereta lain, terus pulang ke rumahnya di Mines, Seri Kembangan, dekat Petaling Jaya.

Turut kelihatan di perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang itu, kira-kira 80 orang terdiri daripada anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan penyokong BN yang berkumpul sejak jam 7 petang untuk menyambut kepulangan bekas Perdana Menteri keempat itu.

Ketika melintasi sekumpulan penyokong berkenaan, Dr Mahathir membuka cermin keretanya, dan melemparkan senyuman sambil melambai-lambaikan tangan kepada
penyokong yang berbaris di tepi jalan keluar lapangan terbang itu.

Dr Mahathir dimasukkan ke Hospital Epworth Sabtu lalu dan bagaimanapun beliau dibenarkan keluar dari hospital itu pada hari Selasa dan kemudiannya berehat di sebuah hotel di Melbourne sebelum pulang ke tanah air semalam.

Mantan Perdana Menteri itu berada di Australia kerana dijadual berucap kepada penuntut Malaysia dalam sebuah bengkel di Melbourne pada hari Sabtu, namun dibatalkan selepas beliau jatuh sakit.

- Bernama

0 sweet comments: