Salam..
Hari ni dapat foward E-mail pasal cerita Mistik kat bawah ni. 
Bila check internet, sumbernya ialah Harian Metro.

Selalu dengar or tengok dalam drama rumah berpenunggu.. tapi tak pernah dengar lagi kalau kompleks membeli-belah pun ada juga manusia yang dilalaikan masuk dan kelihatan seperti benar-benar 'hidup' dan sempat pula membeli belah...!! Padahal bangunan tu hanyalah bangunan terbengkalai yang terbiar usangg..! isk isk iskk..!!!



Gambar hiasan. Credit : Google image


JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada  kompleks   beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke   negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli   lenyap begitu saja. Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti  paranormal di kompleks  Kemayan City bukan lagi asing di kalangan  masyarakat bandar raya ini,  malah misteri alam ghaib di pusat  beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun  lalu itu menjadi buah mulut  penduduk Singapura. 


Gambar hiasan. Credit : Google image

Bagaikan badi  kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan  City dikatakan  popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa  mengalami  peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di  pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi  selepas projek  itu terhenti  pada 1998. 

Kejadian menyeramkan di pusat  beli-belah berkenaan pernah dialami  sekeluarga rakyat Singapura dari   kawasan perumahan di Woodland pada  Jun tahun lalu. Semuanya  bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat  beli-belah  terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam  pada satu  malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri  majlis kenduri  kahwin saudara di Melaka. 



Gambar hiasan. Credit : Google image
Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan  Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat  bandar raya kira-kira jam 9 malam,  keluarga terbabit tertarik ke arah   bangunan di sebelah kiri jalan  berkenaan yang bergemerlapan dengan  lampu aneka warna dan meriah dengan  kunjungan orang ramai. 
Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah   dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah   yang diadakan secara besar-besaran. 

Menyangkakan Kemayan City   dipulih dan memulakan operasinya, keluarga  berkenaan tidak melepaskan  peluang singgah memandangkan malam masih  awal. 
Selepas berada  lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar  kerana mempunyai  satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik  ke Singapura. 
Mereka  menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari  pusat beli-belah berkenaan. 

Ketika berada di rumah saudara,  seorang ahli keluarga terbabit  bercerita mengenai kehebatan majlis  pembukaan Kemayan City ketika  singgah di situ. 
Sungguh  mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita  daripada saudara  mereka bahawa bangunan yang didakwa  beroperasi   sebenarnya masih  terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang. 

Pengalaman  yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa  kepada  pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak. 
Menurut  Hanafiah, beliau  dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah  agama  bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas  kejadian  menyeramkan itu. 
Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama  saya dan pada satu hari dia  bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku  di Kemayan City kerana ada  ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat  beli-belah itu. 


Namun, semua barangan  dibeli itu termasuk  pakaian, didapati hilang  sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu  menimbulkan gangguan emosi  kepada keluarga berkenaan selepas melalui  detik  dianggap pelik dan  menyeramkan itu, katanya.  Menurut Hanafiah,  beliau turut pernah  diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung  alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara  republik itu, terutama  berkaitan kejadian aneh di Kemayan City. 



Kemayan City

Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami  segelintir pihak di  bangunan terbengkalai itu  angkara syaitan yang  sentiasa mencari jalan  untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam. 

Imam  An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur  berkeliaran di bandar untuk melalai dan   melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah   tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu, katanya.   Katanya,  dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah   atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh  lama   akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah  itu menyukai benda kotor dan busuk. 

Namun, umat manusia amat  bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak  ternilai oleh Allah iaitu  al-Quran mengandungi ayat yang boleh  dijadikan pendinding dari diganggu  mahkluk halus seperti jin dan  syaitan iaitu ayat Kursi, katanya. 

3 sweet comments:

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

ada juga ek kt negara kita ni....tp org spore yg kena kan..hehe

☆ lieya latif ☆ said...

ha'ah izan....aku penah dgr citer ni...mmg ramia gak yg tekena.....tu la kan...seram lak bile bace huhuhu

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.