Search lagi kat internet hari ni baru tau asal usul American Fried Rice. Sumber dari Wikipedia. Mengikut Wikipedia, Nasi Goreng USA ni diperkenalkan semasa Perang Vietnam. Hidangan ini di sajikan kepada Tentera Marin & Udara Amerik@ di Thailand. Asalnya Nasi Goreng USA ni ialah Nasi Goreng yang di hidangkan dengan hidangan sampingan barat seperti sosej, ham, telur goreng, ayam goreng etc.

Cuba perhatikan beberapa gambar di bawah

Credit : Wikipedia

 credit : Thai Airways

Credit : Thai Recipes

Kalau nak di bandingkan dengan gambar kat bawah ni.. sama kerr..?

credit : Air tangan mak cik

Credit : Hana Memories
Lagi jauh beza bila taiko masak yang masak!

Jauh beza kan kan kan.....!! 
Tengok gambar ketiga tu lagi la ...  sempoi giler!
Gambar2 yang bawah tu aku rasa lebih terserlah 'kasih sayang' air tangan tukang masak.

Moralnya aku rasa tak patut Nasi Goreng di kekalkan dengan nama USA. Kenapa tak letak nama lain sebab di Malaysia rasanya hidangan ni dah pun di Inovasikan.. contohnya boleh je nak letak nama Nasi Goreng DMC aka Daging Masak Campur? atau  Nasi Goreng Kito (US)..? Nasi Goreng 1 Malaysia ke ? *kenyit kat Tiefa*. Atau apa-apa nama lah yang tak mengagungkan Americ@ yang bekas presidennya telah memusnahkan sebuah negara Islam Arab dan membunuh kejam Presiden Iraq pada Hari Raya Korban..? Sejak Perang US ke atas Iraq tu lah aku dah berhenti beli minyak Shell & Esso/Mobil atau mana-mana pengeluar lain melainkan emergency minyak abis dan petrol station diaorang yg terdekat. Sejak perang tu jugak terus aku jadi pengguna setia Petronas. Busuk-busuk pun hak milik negara sendiri...

Menu yang aku masak hari ni setelah 3 hari tak mengasap dapur. Dapat ilham menu dari dari blog K.Hana.. ma kasehhh K.Hana he he he! First time buat resepi nih. Kalau nak tengok resepi penuh blek KLIK SINI.

Aku nak citer sket satu kesah pasal Nasi Goreng USA nih. Tak silap dalam tahun 2008. Balik Charity Dinner kat Shangrila KL. Perut masih terasa lapar walaupun baru balik dinner. Maklumla makan dinner formal ni kekadang decoration memang melotop! Tapi dari segi kuantiti tu kadang ikut sunah betull.. belum sempat kenyang dah berenti makan hu hu hu. Anyway sebab layan Charity Dinner company Abang so tak kisah la kan.

Balik tu kitaorang singgah le kedai makan kat sekitar Bandar Puteri (Depan Giant), Puchong. Waktu tu aku yang order Nasi Goreng USA nih. Tak lama menu yang di order pun sampai. Yang hairannyer, selalu aku makan Nasi Goreng USA ni lauknya DAGING kan ? Tapi yang di hidang waktu tu AYAM ???!! Iskk ... heran plak aku. So dengan ringan mulutnya aku pun tanya la kat macha yang hantar menu tu tadi.

Aku : Saya order Nasi Goreng USA tadi. Biasanya saya makan, lauknya DAGING tapi ni kenapa AYAM ?
Macha : Termenung sekejap. Oh.... memang la Kak. Nasi Goreng USA - A for Ayam !
Aku : Ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... ??!! Ternganga dengar jawapan tu. Dalam hati dah tergelak kah  kah kah...! Sabor je la kasi jawapan emergency ceh! Ohh!.. habis kalau yang lauk daging tu kira Nasi Goreng USD la yerr..? Perli aku.
Macha : Tersengih dengan air muka menjawab 'lebih kurang cam tu la kak"

Saborrr je laaa... sah sah kena tipu hidup hidup jek. kui kui kui

Ada sesiapa ke yang tahu asal usul nama Nasi Goreng USA ni..? aku pun tak paham tang mana yang di katakan 'USA' nyer tuh..? Google pun tak dapat gak jawapann...  Tukang masak mana la yang sesuka hati kasi nama ni hu hu.
Salam..
Cuti hari ni dek melayan penat balik outstation. Tapi cuti-cuti pun pagi-pagi dah hantar Danish pergi School sebab van sampai awal sangat dan Danish belum sempat sarapan. Lepas hantar Danish layan Dania pergi main play ground. Balik singgah supermarket shopping barang dapur sket. Sambil-sambil tu terpandang Majalah Harmoni, Anne Ngasri jadi cover Lady dengan quote Anne Ngasri ~ temui kekuatan baru.

Orang kata hidup ni ibarat putaran roda.. kadang di atas, kadang di bawah. Kadang-kadang kita mengharap panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Tak sangka akhirnya pasangan Anne Ngasri  & Wafi,  bekas TOP FINALIST Sehati berdansa pun akhirnya ke mahkamah syariah. Semoga Anne terus tabah dan semoga diaorang temui kebahagiaan masing-masing.


2 tahun lepas... ketika aku buat perancangan untuk buat Outdoor photoshoot 5 years Anniversarry, bila search kat internet antara beribu-ribu photoghraper yang buat package, gambar photoshoot mereka sekeluargalah yang membuat hati aku terpikat untuk mengambil perkhidmatan jurugambar yang sama
~ Min Pretty Peektures @ Cikimiki


Ini gambar yang paling aku suka.. yang buat aku contact terus Cikimiki team.. sweeeeeeeetttttt sangattt!

Dari situ tercetuslah outdoor photoshoot kitaorang. Asal-asalnya Danish kecik2 ada gak amek gambar ala-ala studio tapi Dania tak terbuat-buat *maklumla kitaorang tak de skill & D-SLR bagai nak shoot sendiri huhuhu* . Alang-alang nak buat photoshoot diaorang sekali harung la buat photoshoot Anniversarry sekali. So terhasil la sessi yang berikut




2 IN 1. Mama & Papa plak interframe.



Okehh.. sebenarnya untuk Photoshoot tu aku plan memang nak ambil pakai baju serba putih SAHAJA.. Baju beli sendiri tuh seperti yang di idam-idamkan *lepas tu trade in  he he*... tapi gara-gara jurusolek aku tu merangkap ofismate aku gak.. merangkap mak andam sambilan gakk.. tak pasal-pasal dapat lagi sepasang baju 'pengantin' har har har... layannn je la he he he


cover album

Nak dekat 4 jam gak sessi photoshoot tuh hu hu. Team photoghaper waktu tu ada 3 orang. Memang macam2 skill diaorang masa photoshoot.. siap pusing 360 % he he. Memang aku tabikk ah.
Kebanyakan gambar kat sini aku dah resize sekecik2nya nak jimat space. Nak jengok entry lama leh la ke sini.. jangan muntah sudahh.. ha ha


Berminat dengan perkhidmatan mereka ? bleh layari link2 berikut

Al-kisah bila terkenang...


p/s : Tengah fikir nak masak apa hari nih  huhu

Just touched down. Alhamdulillah settle gak akhirnyaa.. fuhhhhhhhhhhh...!
Kat LTSAAS (Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) Subang.. tengah tunggu Hubby & Kids datang fetch.Really misss them so muchhhhh..!!
And miss my blog too..!! he he

Lawa dah aiport nih. Rasa cam kecik je *compare ngan KLIA* padahal 13 tahun lepas first time fly ke Narita Airport Japan dari sini laa... nostalgic la plak.

Anyway kepada para pemenang My Familys Sweetest Contest @ Sweet Omoide
penghantaran Hadiah mungkin akan sedikit delay di sebabkan ad-hoc schedule ni. Tapi don't worry
selewat2 akan di pos by next week yekk! Sian korang asyik kena hold 10 hari jekk. ekekeke.

gambar orang yg dah tak sabar jumpa bantal. Dedor dah dedor dah nihh... Mata pun tak larat tak bukak dahh

Badan rasa letih giler.. rasa cam nak collapse sangat dah nih. To be continue.. bubaii!
 credit : google

Still in PENANG. ME REALLY FEEL like the lady in the picture.
Sepatutnya balik semalam tapi TERextend sehari lagi.
Dah tahap makan tak lalu mandi tak basah dah nih.
Slept worked untill at 12:00 am yesterday and 4:30 am today.
And really need SUPER EXTRA energy to settle down everything.
Somebody helppppppppppppppppppppppp!!!!!!!!!!!!!!!

Salam..
I'm OFF to PENANG. Ad-hoc schedule. Today untill tomorrow. System Mantenance.

Sebenarnya dah pack nak balik kampung sebab kena 'rewang' jiran punya kenduri kawen
At the end :
Mama : PENANG. Papa : PAHANG. Kids & Bibik : PUCHONG

Ngaaaaaaaaaaaaaa ~
Salam semua..
Pagi Jumaat yang ceria dan penuh berkat..!
Dengan bantuan 5 orang juri dan En. Hubby sebagai Chief Juri
*Terima kasih kepada para juri! Peaceee...!!* 
maka dengan ini mengumumkan senarai pemenang 

My Family's Sweetest Moment @ Sweet Contest 










TOP COMMENTATOR


TOP MEMBER

MYSTERY N0. 7







Mama Zakwan (No. 9)



MYSTERY N0. 30
Eliza Diana (N0. 31)

CONSOLATION PRIZE

CATEGORY : EVENT
Note : Fieza adalah peserta ke-7 tetapi di sebabkan Fieza menang saguhati maka 
Hadiah peserta misteri ke-7 di anjakkan ke no. 8. Mama Zharfan pun menang saguhati maka di anjak ke no.9. Dan Fieza juga adalah TOP MEMBER tetapi telah di anjakkan kepada TOP member seterusnya. Penganjur tengah fikri nak letak xtra apa ni utk Fieza he he.


CATEGORY : PHOTOSHOOT



CATEGORY : VACATION


Ayu ~ Ibu Damia

Note : Ayu ~ Ibu Damia adalah peserta ke-30 tetapi di sebabkan Ayu menang saguhati maka 
Hadiah peserta misteri ke-30 di anjakkan ke no. 31



Seterusnya pemenang utama 
My Family's sweetest Moment ialah ...
jeng jeng jeng...
jatuh kepada
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

3rd PRIZE


2nd Prize



1st Prize

NOTE : Nampaknya gaya Emak/Ayah buat signal ala-ala ultraman nak bersilat tu betul2 memikat hati juri hu hu hu. Kirim salam kat Emak & Ayah Deela ya..!!

Sepatah dua kata

Tahniah sekali lagi buat para pemenang..!!! Sila buat satu ENTRY kemenangan anda di blog dan E-mail kan butiran diri anda (Nama Penuh, Alamat & Contact No.) ke Email saya norizanm@gmail.com untuk prosess penghantaran hadiah.

Penganjur minta maaf jika ada sebarang kesilapan atau kekurangan sepanjang kontes berlangsung. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah sudi menjayakan kontest kali ini. It's really nice to know everyone.!!! Kepada yang tidak berjaya saya doakan semoga ada rezeki anda di lain hari dan di lain kontes.. InsyaAllah.!!

Apa pun semoga ukhwah yang terjalin akan berterusann.. keep in touch ya...! 
InsyaAllah ada rezeki akan ada giveaway lagi nanti... 
Akhir kata salam sayang buat semua.. muaaaaaaaahhhhhhhhhhh!!!
Salam..
Nak tayang sket hadiah untuk pemenang TOP COMMENTATOR & TOP MEMBER yang akan di umumkan esok. *Sila bawa bersabarr.. jangan keluarkan tanduk lagi yerr.. ngeeeee*. 
Hadiah berupa Bottle holder lengkap dengan aluminium layer kat dalam untuk menyimpan panas/sejuk minuman.
sesuwai untuk mengisi sebarang jenis botol 500 ml / 600 ml.

Contoh penggunaan : 
Esok nak berjalan panas-panas, malam ni simpan air dalam freezer dan bawa esok dlm bottle holder. 
Di jamin air tahan sejukk ... bestnyerr hu hu!


Seperti yang di janjikan. Esok masuk hari ke-10 dan vote dari para juri dah pun berada di tangan penganjur... akan di compilekan malam ni dan akan di umumkan
ESOK PAGI, 25th Jun 10 !!

Ada 13 Pemenang semuanyerr...
nantikan keputusannya esok...!!!!
TUNGGUUUUUUUUUUUU..............!!!!!!!!!!!!!!
Salam..
Nak promote sket pasal akaun Nuffnang. Bagi semangat sket pada NEW Nuffnanger he he.


Ini wajah Dashboard Nuffnang ku. Dapat status Glitterati ( ^ ^;)/.  Yang aku tahu untuk dapat status ni pastikan kita "LOYAL" tahap dewa dengan Nuffnang. Jangan buh mana-mana iklan dari competitor lain especially dari ASIA jugak contohnyer Advertlets.Kalau tak merajuk Nuffnang karang.


 Ni rupa bentuk Buffered Earning (BE) yang appear buat masa ni. Ada 6 compare dengan awal bulan lepas yang masih '0'. Dalam akaun pun cuma ada RM 0.25 jekk masa tu hu hu. Kalau nak cepat BE keluar make sure letak semua saiz banner iklan Nuffnang kat blog, rajin update entry & blog survey serta cubalah mantainkan statistic unique Visitor (UV). Ada yang kata 100 UV tapi ikut experience rendah dari tu pun ada can BE keluar Wallahualam.

Bawah BE tu ada Metered Earning. Value tu sebenarnya datang dari BE yang dah habis tempoh pengiklanan (CTR Bonus + Current Earning ).

Kalau nak dapatkan TIPS yang lebih mantap boleh klik SINI(GTO) dan SINI(Carlsamsudin). Apapun never too late to learn okehh!


Semalam statistik UV paling tinggi, 132 hit sehari... ! Hit view tertinggi mingguan cecah > 1000.Terharunyerr...! Ma kaseh kawan-kawan yang sudi melawat blog Cap Tiga Ayam nih... muaahhh muaaahhhhh!!! Korang memang coolll.................!!!!! 
Pssttt ..!: Sila tinggal jejak korang untuk saya terjah yerr!! 

sadis
Yang tak bestnyer sejak semalam tak dapat nak upload piccas.. keluar error 'server rejected'. Terpaksala aku upload thru guna Picasa Web Album plak. Bila google ada yang komen kalau dah keluar reject tu tak leh buat apa dahh.. ada yg intermittent, ada yg permanent.. ada  gak yg E-mail ke google team tapi tak de replyy.. sampai ada yang give up gune blogspot nak beralih kepada Wordpress...!!! Jeng jeng jenggg!!

P/S : Kalau ada sapa2 nak share camne nak overcome this issue leh share kat sini yekkk.. sharing is caring kann ? he he
Salam semua....
Kontroversi kontroversi kontroversi...!!! Ha ha ha...!! Adoiiiyaiiiii *nabil*!!
Saper-saper yang ada terbace entry aku sebelum ni KLIK SINI sempena Father's Day lepas, 
 ayat terakhir aku dalam tu berbunyi.

Dan yang paling best lagi... dalam pada celebrate Father's Day hari ni... kami di kurniakan lagi dengan 2 . . . 
( di baca sebagai DUA dot dot dot ). Maka dengan itu bertambahlah tanggungjawab En Hubby sebagai Papa..

Apa dia dot dot dot tu..? tunggu next entry yerrr..........................!!!!!!!!!!!!!!!!!

He he he...!! Gara-gara tu jugak member-member aku sibuk tanya aku peknen ke... ? 2 dot dot dot tu stand for what ? double line tester kit ker..? ada yang tanya Mr Hubby naik pangkat kerrr..? Yang paling tak tahan siap ada tepon cakap 'Tahniahh...!!!' leh 'cuti' tak yah kerja lepas nih..! Adoii.. Dania pun masih BF lagi tauu..  har har har..!!  Siap ada yg nak majuk sebab mati-mati aku tak nak citerr suh gak tunggu entry nihh... hu hu hu. Alaaa.. sekali sekala gurauu.. jangan la amek atii... nak manjer-manjer sket pun tak bleh ke..? cakk...!! kiter kawann ehh..!! he he he

Okeh okeh okehh... enoughh! Meh la citer apa sangat yang Kurniaan 2 dot dot dot tuh !

Cenggini, kan ke ari tu kitaorg gi jenjalan kat IOI celebrate Father's Day. Sambil tunggu Toy Story 3 start pergi la makan dulu. Makan kata Papa John. Masa otw gi Papa John tu lalu lah kat booth akuarium 2 little fishes yang jual super cute miut aquarium ikan sekali ngan set ikannyer sekali. Selalu memang kalau gi IOI mesti singgah situ sebab Dania la paling excited tengok ikan dlm akuarium comel tu... maklum le pencinta alam sket Dania ni kan. Masa kitaorng gi ari tuh kira awal pagi lagi laa.. baru kul 11:30 pg. Masih lenganggg.. lalu je situ tetiba Amoi yang jaga booth tu datang kat Danish & Dania dan hulur satu bungkusan plastik berisi ikan! Biar betull ! Eh.! excited gak bila dapat 'ikan peliharaan' FREE macam tu.. err tak pernah plak terfikir orang nak kasi FREE kan ?  



Apalagi , Danish & Dania la paling excited bila dapat. Naik risau kitaorang di buatnya takut pecah plak plastik berisi ikan tu tengah jalan...!


Zoom dekat skett.... ! Sekor Ikan setiap sorang lengkap dengan 'manual' cara-cara nak pindah Ikan dalam akuarium..!

 

Di sebabkan tu jugak tak pasal-pasal merata jugak le kitaorang cari kedai pet untuk beli akuarium ! Nak beli kat 2 little fishes tu akuarium saiz kecil pun dah nak cecah RM 200! Dah la tak plan tak apa kann.. isk isk . Yang kelakarnya petang tu masa gi USJ cari hadiah member pun kitaorang terpaksa la angkut sekali dengan ikan tu gi cari barang. Tinggal dalam keta karang takut mati kepanasan plak kui kui kui.

Di sebabkan beli pun tak di rancang so kitaorang pun cari gak le akuarium dengan barang-barang basic. Akuarium + Pam + Aksesori ~ pokok tiruan + batu batan + makanan ikan + kawan-kawan ikan kepada ikan yang dapat Free tuh. Ye la.. dah la tak ada experience, tak cukup ilmu plak nak bela 'anak anak' ikan nih.. tak sempat pun nak google. Kang beli akuarium gah -gah pastu tak reti nak jaga sajer je menganiaya ikan-ikan tu jugak jadinyerr ! Karang sedar-sedar semua 'timbul' je  tak ke haru!.. hu hu ! 

 Proses pemasangan bermula

Seronok sangat tengok dua beradik yang super excited dapat haiwan peliharaan baru kat rumah..! 


 Pas tu tambah sikit lagi anak ikan buat kawan. 

 Hasilnya bila dah siap...! Taraaaa....!!!


Tu dia Dania dengan isyarat 'Peace...!' kegumbiraan! *Lengkapkan ayat 2 dot dot dot *. Itulah dia kurniaan 2 nyawa anak ikan yang kami perolehi sempena Father's Day minggu lepas..! Truly excited and really new experience and memang tersangat bidang terjun..! Rasa macam .. eh  tak pasal-pasal je ada akuarium dalam rumah neh..! Dengan itu bertambah la lagi responsibility Papa utk jaga anak-anak ikan tu jugak.. tak ke gitu... nyawa tu wehh....!!! Ahaa kengkawan ku, tu la alkisah... jangan mare.. he he.

P/S : Sesiapa yang ada experience bela ikan kat rumah bleh la share sket ilmu kat sini yek. Especially Ikan Guppy.  Aku dok browse asyik jumpa website indon je.. naik pening plak baca... hu hu.