sumber : Harian Metro

AMPANG: Penyanyi dan pelakon, Elyana selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Khairul Anuar Hussin, 35, dalam upacara akad nikah yang berlangsung meriah di Duchess Place, di sini, malam tadi.

Dengan sekali lafaz, pasangan berkenaan selamat diijabkabulkan oleh bapanya, Emrizal Shamsuddin pada jam 9.30 malam. Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 23, menerima mas kahwin RM80 dan hantaran RM22,000.

Dia kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden biru Tiffany sedondon dengan pasangannya hasil sentuhan pereka tersohor, Hatta Dolmat.

Elyana juga menerima tujuh dulang hantaran antaranya tepak sirih, sebentuk cincin berlian, jam tangan, beg dan dompet, set haruman penjagaan badan dan coklat.

Pengantin perempuan turut membalas tujuh dulang hantaran termasuk jam tangan, sepatu, dompet, set haruman dan buah-buahan.

Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 11 Julai 2009.

Majlis persandingan pasangan itu berlangsung di Duchess Place malam ini dan majlis di rumah pengantin lelaki akan diadakan di Mentakab, Pahang, minggu depan.

Elyana, popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu serta Kalis Rindu selain berlakon dalam filem seram, Seriau serta Gong dan komedi remaja, Dunia Baru.

5 sweet comments:

e.l.i.z.@ said...

wah dah kawen dh! matured kan elyana ni..syioknyaaa

Nida n' Hanafi said...

salam Izan..

Laa...sedihnya, tak dapat lagi ye souvenir tu.. Nida sebelum bertolak balik ke NZ dulu ada pos (9 oktober)... Nida bg alamat seperti dalam emel Izan.. rasanya alamat pejabat (nnti Nida check semula), cuma Nida tak letak nama bapa sebab tak tahu nama bapa Izan..

*∽ IZAN ∽* said...

re Eliza :
Tu lahhh.. otak cam gile2 tapi nampak meatured dia nihh

*∽ IZAN ∽* said...

Re Nida :
Ye kerr..? nanti Izan cek gak kat ofis.. sebab ada 2 orang nama samaaa memang.. sokmo tertukar surat & tepon pun... sokmo2 vendor dia call pun dapat kat izan walhal lain department.kad kredit IZan pun pernah dapat kat diaa hu hu

Ok takpe.. -Nanti Izan cuba2 tanya diaa kot2 ada tersalah terima keee.. sorry yek menyusahkan Nida la plakk.. hu hu hu

azzey said...

~IZAN~:TAHNIAH UTK KEDUANYA YG SAMA PADAN!