sumber : mystar
PETALING JAYA: Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.
Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.
“Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya, Rabu.
Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.
Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.
Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu.
University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.
Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan.

6 sweet comments:

eelobor said...

hehehe....dah letak jawatan semua kan. nak tunggu gak apa kesudahan citer nie. menarik tuuuu

Sharinginfoz said...

harap dapat selesaikan masalah ni, kesian nanti org yang belajar kat kolej tu

Skyline Nuffnang Premiere Screening

Faisya said...

student jd mangsa...hopefully masalah tu cpt settle

nad said...

ksian fazley..tp elok jugak die tak cpt melatah..die senrik yg letak jawatan sbb dah ada rasa sangsi..

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

macam2 hal sekarang ni.. tak pasal2 pulak si fazley tu kena letak jawatan.. yang jadi mangsa ialah student yang dah bayar mahal2 tu

ACOI said...

nih semua keje mak mertua dia lah si rosmah mansor..tak caya cari video youtube tajuk rosmah puaka..menceritakan segalanye..