Salam...
SPM dah start hari ni rupanya. Good Luck kepada semua calon-calon peperiksaan..!!
Aku ada gak kenangan SPM... Exam start hari Jumaat tak silap.
Pagi Paper BM I & BM II.
Petang Paper Sejarah. Boleh bila nak seat untuk Paper Sejarah tu tengok-tengok
IC aku tak dekk...????
Biar betik...!! tengah nak SPM ni wehhhh...!
Kalau korang camnerr..? ha ha. Puas la aku cari kat Toilet & Surau tempat2 yg aku singgah masa lunch tapi tak jumpa. Penyudahnya masa Exam Paper Sejarah dah start, tatkala pelajar lain dah mula menyelak kertas soalan dan menjawab soalan kat dewan peperiksaan, aku masih kat Bilik Guru mintak surat pengesahan pelajar. Seb baik la time tu aku leh gak bertenang dan control panic dan menganggap semuanya adalah dugaannn dan percaya setiap yang berlaku tu ada hikmah... *ayat control emosi diri* hu hu.
Esoknya pagi-pagi pihak asrama hantar pergi balai polis buat report.. moralnya sepanjang Exam tu aku pakai IC sementara, kertas kaler Biru. Sokmo la pegawai pemeriksa datang check IC aku yg 'lain macam' tuh.. ha ha. AKu sampai sekarang musykil camne IC tu leh cicir...
nak kata jatuh bawah meja dah tentula nampak dek deretan meja exam yg serba clear tu kan. Kekadang terasa cam IC aku terikut kat paper BM II yang jawab berhelai2 kertas kajang tuh. Sebab masa subjek BM II tu aku masih sibuk angkat tangan mintak kertas tambahan di saat2 akhir masa nak tamat. Memang agak panik nak habis menjawabb.. memang dugaan sungguh..!
Seb baik la dalam panik2 coverline tu paper BM & Sejarah on that day dapat gak score.
hu hu hu
*************************************************
Lebih Setengah Juta Pelajar Mula Duduki SPM Dan STPM
credit : mystar online
KUALA LUMPUR: Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini.
Bagi SPM yang akan berakhir 20 Disember, seramai 467,970 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan, kata seorang jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Seramai 53,504 calon pula menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Peperiksaan itu berakhir 16 Disember.
Majlis Peperiksaan Malaysia telah membuka bilik gerakan yang boleh dihubungi di talian 03- 61302666/61303606/61352035/61352390/61352316.
Bilik gerakan itu beroperasi dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin hingga Jumaat.-BERNAMA
14 sweet comments:
lah kalau mummylah ic ilang time spm,waduh tak bleh nk coollah weii.mampus beb..hehe sib baik ok..harap dorg bebdk spm jawap ngan elok..
hoho ic ilang masa spm kah? kalu saya mmg confirm panic2 muka purple2 bagai hoho. haa ilang2 ic pun buleh gier japan tuuu :P
Re Wan :
ahahha.. tu lahh.. seb baik la boleh bertenanggg.. hik hik hikk. kalau tak memang habis hilang semer jawapan dalam kepalaaa hik hik
Re Zaki :
Tu la pasallllllllllllllllll.. heran bin ajaibbb betulll. Ahahaha... dapat gi Japan penangan IC hilang la tuu.. HA HA HA! *poyo*
pergh biar betol ko izan....gempak sey ilang ic...kalo aku mau dah panic tu...tapi tu la kalo panic karang terganggu lak konsentrasi nak jawab paper kan....huhuhu..cuak sey bace cite ko......
aiyooo..cmne la boleh ilang..huhuhu...tercicir la tu kot..excited sangat nak jawab exa kut??heee.. :P
ada sorang gak sepupu yang ambik spm tahun nie. selamat berjaya kepada semua calon2 spm/stpm
tingt masa zmn nk amik spm dulu...lamanya tiggl..hehe.
salam kenal..cantik blog..i follow kak izan ye..hope follow me back..hehe..
re Lieya :
tu laa.. seb baik leh control panicc.. kalau tak dah pengsan kat situ haha !
Re Rossa :
ahaa.. kotttt!! terover excited nak jawab soalannn.. ha ha
re Eloboor :
Sepupu..? jauh beza tu umur!
Re Zura :
same laa.. dah sedekad tinggal
Re Azni:
thanks dear.. i'll visit you kay
Izan... Izan....mesti cikgu yg jaga peksa masa tu paling ingat kat ko .. Kekekkeke
Re Zalie :
Ha ha ha.. entah entah cikgu tu pun ada buat entri 'kenangan ketika jaga SPM' HA HA HA...!!
Post a Comment