Sumber : Harian Metro
LONDON: Putera William menyarungkan cincin tunang ibunya pada jari kekasihnya, Kate Middleton kerana mahu memastikan Puteri Diana tidak ketinggalan ketika beliau melalui detik bahagia.
Kate, 28, memakai cincin bertatah batu nilam dan berlian itu, semalam ketika mereka muncul buat kali pertama sebagai bakal pengantin. Ketika peminat menunggu untuk mendengar berita gembira yang sudah sekian lama mereka nanti-nantikan, William dengan penuh emosi berkata: “Jika anda perasan ia adalah cincin pertunangan ibu saya.
“Cincin itu amat istimewa buat saya dan Kate juga sangat istimewa kepada saya. Kerana itu kedua-duanya perlu bersama-sama. “Ini cara saya untuk memastikan ibu saya tidak akan ketinggalan dalam detik kebahagiaan yang akan kami lalui sepanjang hidup,” kata William.
Putera itu, yang menduduki tangga kedua dalam senarai pewaris takhta Britain, dan Kate, diwawancara di Istana St James.
Cincin itu adalah satu-satunya barang peribadi yang disimpan sendiri oleh William sejak kematian Diana akibat kemalangan jalan raya di Paris pada 1997.
Putera itu berusia 15 tahun ketika itu.
Beliau memberitahu bapanya, Putera Charles bahawa suatu hari kelak, beliau akan menggunakan cincin itu untuk pertunangannya, sebagai tanda hubungan erat dengan ibunya.
Katanya, cincin itu menggambarkan detik bahagia dalam kehidupan ibu bapanya. Sejak itu, beliau menyimpannya dalam peti keselamatan dan membawanya bersama ketika bercuti bersama Kate dan teman mereka ke Kenya bulan lalu.
Beliau tidak membenarkan sesiapa menghampiri beg sandangnya yang berisi cincin itu kerana bimbang rahsianya diketahui. Beliau menyarungkan cincin itu pada jari Kate selepas gadis itu berkata ‘Ya’ terhadap lamarannya.
Pasangan itu dilaporkan menyewa helikopter untuk membawa mereka ke sebuah tasik terpencil di atas Gunung Kenya setinggi 4,000 meter dari paras laut, tempat William membuat lamaran itu.
Kate, dalam wawancara itu berkata: “Cincin ini amat cantik dan istimewa. Saya akan menjaganya dengan baik.” - Agensi
1 sweet comments:
Salam Izan..
Lama tak jenguk Izan di sini...
Dah dapat lum souvenirnya, Nida pos 9 oktober dulu.. pakai pos biasa
Post a Comment