salam..
Alangkah terkilannya keluarga mangsa bila tahu pemandu bas yang mengakibatkan kemalangan maut di kilometer 36, lebuh Raya Karak kelmarin di sahkan tidak mempunyai lesen oleh JPJ. Macamana pengusaha bas boleh letakkan keselamatan nyawa semua penumpang bas pada seorang pemandu yang tiada lesen..???? Tambah lagi bila pemandu tersebut turut di sahkan MEMANDU SEBELAH TANGAN akibat keCACATan kesan dari kemalangan tahun 2006..??!! Cukup membuatkan aku terpana...!!!

JENAZAH tujuh orang Belia 4B mangsa kemalangan bas persiaran di Genting Sempah dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Mukim Siang, Baling, Kedah, semalam. – MINGGUAN/AZMAN MD. NOOR

Sumber : Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tujuh penumpang di Kilometer 38 Genting Sempah berhampiran susur ke Genting Highlands dekat sini malam tadi, disahkan tidak memiliki lesen memandu.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, polis dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa pemandu berusia 40-an itu tidak mempunyai lesen memandu selepas membuat semakan.
Beliau berkata, lelaki terbabit sebelum ini mengaku kepada polis bahawa dia mempunyai lesen memandu namun semakan dengan JPJ menunjukkan sebaliknya.
“Sehubungan itu, kita telah menahan pemandu terbabit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara merbahaya yang boleh menyebabkan kematian.
“Di bawah seksyen ini, pemandu terbabit boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Che Hussin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pemandu bas itu memandu laju sebagai punca kemalangan.

“Kita belum lagi mengambil keterangan daripada saksi-saksi kemalangan yang terselamat kerana keadaan belum mengizinkan memandangkan ramai masih tidak stabil dan trauma.
“Selain itu, kita masih menunggu laporan kotak hitam dan pemeriksaan fizikal bas daripada Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd.),” katanya.

Beliau berkata, selain pemandu, pengusaha syarikat bas persiaran terbabit turut boleh dikenakan tindakan jika membenarkan pemandu tiada lesen membawa kenderaan mereka.
“Selain itu, tindakan juga boleh dikenakan jika membenarkan bas yang mempunyai masalah teknikal untuk beroperasi,” ujar beliau.

3 sweet comments:

eelobor said...

ada terbaca gak laporan akhbar tadi, & memang amat mengejutkan

☆ lieya latif ☆ said...

alfatihah buat mangse nahas...moga ditempatkan di kalangan org yg beriman.....takut laa cite eksiden2 bas nieh.....

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

tak sangka perkara begini terjadi.. kesian pada keluarga mangsa.. al fatihah