Salam...
Tadi balik dari dinner sempena kedatangan 'suprised special guest' kat restoran makanan ARAB, SABA, Cyberjaya. Lepas makan.. hantar guest kitaorg keluar highway terus kitaorang balik rumah. Sampai rumah ON je TV keluar Rancangan Bersamamu TV3 kisah seorang bekas pekerja kilang yang di simbah asid .
Memula jenuh aku nak recall kes nihh.... tapi bila search balik kat Internet baru terjumpa kisah
Then baru dapat recall article yg pernah di siarkan oleh Harian Metro.
Tragedi ini berlaku kerana perselisihan faham antara keluarga.
Peristiwa berlaku setelah si anak datang ke rumah orang tua bertanyakan geran motor arwah bapa kepada si Ibu selain berbincang tentang harta2 lain.. dan tak tau apa yang berlaku selepas tu sampai Si Ibu sangup menyimbah asik ke wajah anak... hmmmmmmmmmmmmmm.
Moralnya tu laaah.. dalam masyarakat Melayu kita ni memang soal harta adalah soal yang sangat sangat sensitif. Kerana itu jugalah kerajaan pernah mengishtiharkan tanah rizab@pusaka Melayu bernilai berbilion ringit gara-gara kebanyakan pemilik yang telah meninggal tidak membuat surat wasiat.
Akhirnya... kerana harta anak boleh hilang hormat pada orang tua.. kerana harta juga orang tua pula sampai boleh hilang kasih pada anakk....
Moga kita & keluarga di jauhkan dari perkara-perkara yang sangat menyedihkan macam nihh...
Kepada yang masih mempunyai orang tua, semoga kasih dan hormat kita tetap tidak berbelah bagi untuk kedua insan yang telah banyak berkorban membesarkan kita selama ini.
Apapun kalau ada yang bersimpati dan ingin menyalurkan bantuan boleh menerusi akaun RHB Bank bernombor 10702800602905 atau menghubungi rakannya, Sharul Kamel di talian 012-5772130.
Ikuti berita terkini dari keratan Utusan Malaysia.
KULIM 25 Jun - Nasib seorang bekas pekerja kilang, Azri Abdullah, 41, yang menderita akibat kecederaan di seluruh tubuh selepas menjadi mangsa disimbah asid Disember lalu, mula mendapat perhatian pelbagai pihak.
Kisahnya yang tersiar dalam akhbar ini bukan sahaja mendapat perhatian orang ramai, malah Pertubuhan Keselamatan Sosial turut melahirkan rasa simpati dengan menghulurkan sumbangan kewangan kepada Azri.
Pengarah Perkeso Kedah, Ismail Abi Hashim berkata, pihaknya bersetuju menghulurkan bantuan pencen ilat kepadanya mulai bulan ini.
Katanya, buat permulaan, Azri akan mendapat bantuan wang sebanyak RM410.75 seperti mana yang ditetapkan dalam syarat-syarat caruman majikannya sebelum ini.
"Kita bersimpati dengan nasib yang dialami Azri dan berharap sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dan menampung makan minumnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.
Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan, Azri, dari Taman Tunku Putra di sini kini terpaksa menahan sakit akibat kecederaan di seluruh tubuh selepas menjadi mangsa disimbah asid sejak enam bulan lalu.
Azri yang masih bujang adakalanya menangis akibat tidak tahan menanggung kesakitan apabila kulitnya ditumbuhi ruam dan kepanasan.
Kesakitan yang dideritainya menyebabkan dia tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan kerana tidak mampu banyak bergerak selain mata kanannya menjadi kabur.
Lebih malang, dia yang kini disisihkan keluarga terpaksa bergantung harap kepada tiga rakan karib iaitu Md. Dori Osman, 34; Shahrel Mohd. Ali, 28, dan Shahrul Kamel Jamaluddin, 41, yang menyewa rumah untuk menjaganya.
Kejadian malang tersebut berlaku sekitar Disember lalu selepas dia disimbah asid ketika perselisihan faham antara ahli keluarga.
Dalam pada itu, Azri berkata, dia kini memerlukan wang hampir RM40,000 bagi membiayai pembedahan mata kanannya yang hampir buta serta pembedahan lain.
"Dengan bantuan rakan-rakan, saya kini dirujuk ke Pusat Pakar Mata Antarabangsa (ISEC) di Kuala Lumpur baru-baru ini. Bagaimanapun, kos yang diperlukan agak tinggi dan saya terpaksa menunggu sehingga duit cukup," katanya.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, pihaknya kini sedang menggerakkan satu tabung khas bagi mendapatkan dana untuk membantu kos rawatan Azri.
"Kita amat bersimpati dengan nasib yang dialami Azri dan berharap dengan tabung khas sejumlah sumbangan boleh dijana untuk membantu membiayai kos perubatan," katanya.
Tambah beliau, pihaknya sebelum ini turut berjaya mendapatkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim sebanyak RM300 sebulan mulai April lalu.
Orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan yang dialami Azri boleh menghulurkan bantuan kepadanya menerusi akaun simpanan RHB Bank bernombor 10702800602905 atau menghubungi rakannya, Shahrul Kamel di talian 012-5772130.
6 sweet comments:
mamat ni hensemkan sebenarnye....sian ...tak pasal kene tanggung keperitan mcm nie....
kesian nye kat dia..spnjg hayat menderita camni..
tu arr...penah tgk ceta ni kt tv...klrga sdiri sggup anaiya dia...kesian dia...semoga Allah mbls pd mereka yg bniat jahat tu....
tengok gak semalam, memang sedih dan salute pada sahabat2 mereka yang menjaga
ambik gambar sekeping yer...
salam kenal..
mekasih datang blog saye. marilah sama-sama bantu En. Azri agar dia dapat hidup normal seperti sediakala.
Post a Comment