Salam Raya..
Hari ni final Badminton Terbuka Jepun. Dek kerana pergi beraya kitaorang pun tak sempat tengok saat-saat Dato Lee Chong Wei mengalahkan seteru utamanya Lin Dan petang tadi..!! Sedar-sedar sampai rumah bila tengok ESPN tournament pun dah tamat dan terpaksa la google info kat internet je.
Apapun tahniah kepada Dato Lee Chong Wei kita kerana berjaya merangkul kemenangan setelah bertungkus lumus selepas pusingan rubber set. Semoga terus mengekalkan prestasi cemerlang selepas ini!
TOKYO: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul juara Terbuka Jepun selepas menewaskan pemain China dan musuh utamanya, Lin Dan, pada perlawanan final, sebentar tadi.
Pemain pilihan utama dari Malaysia itu hanya memerlukan masa 81 minit untuk menang ke atas Lin Dan, 22-20, 16-21, 21-17.
Dalam acara perseorangan wanita pula, pemain bukan pilihan yang juga juara remaja dunia 2002, Jiang Yanjiao menewaskan pemain nombor satu dunia, Wang Xin 23-21, 21-18. - AFP
Keputusan Penuh :
Lee Chong Wei (MAS x1) klk Lin Dan (CHN x5) 22-20, 16-21, 21-17 Jiang Yanjiao (CHN) klk Wang Xin (CHN x2) 23-21, 21-18 Zhang Nan/Zhao Yunlei (CHN) klk Tao Jiaming/Tian Qing (CHN x8) 21-19, 22-20. - AFP
4 sweet comments:
aku suke wei!!!! mmg sengit kan keputusan nye....sipi2 jek......tahniah malaysia!!!~
Menang gk kan...tahniah2 mesia..
Re Lieya :
Tu aaa.. rugi aa tak dapat tengokk! nak tengok gak muka lin dan kalah ngan chong weii ha ha
Re Gie : Malaysia BOLEH!
Post a Comment