Iklan Raya TV3 edisi 2010 mencetuskan pelbagai reaksi dan emosi di kalangan umat Islam ni negara ini. Walaupun Iklan tersebut telah pun di banned dan penyiarannya telah di hentikan di kaca TV DAN
TV3 telah pun mengeluarkan kenyataan mohon maaf tapi sebenarnya NASI TELAH PUN MENJADI BUBUR.
Teknologi cyber terlalu canggih untuk di kekang. Walaupun tidak lagi tersiar di kaca TV tetapi iklan tersebut
telah tersebar dengan begitu pantas di Youtube, Facebook, blog, rantaian E-mail dan sebagainya. Mail box aku sendiri pun ntah berapa kali foward mail pasal iklan ni masuk.. dan macam-macam pula terjemahannya..!
Ada entry video ni dari Youtube telah di tarik balik oleh pemilik asal seperti tertera.. tapi tak semudah itu untuk 'membersih'kan semua entry video iklan tersebut dari alam maya. Satu website hilang berpuluh ratus lagi yang lain sedia queue dalam carian Google untuk di terjah..!
Pengajarannya.. lain kali kalau ada apa sahaja yang berkaitan agama kita biarlah 'air tangan' kita sendiri yang mencorakkannya. Tak perlu la nak di subkan pada pihak lain. Jangan la kabur sangat dengan RM RM dan RM...! Kalau dah jadi macam ni sah-sahlah anggota penerbit/pengarah dari golongan bukan muslim sebab tu jadi carca marba dan huru hara macam nih..!! First time aku tengok pun TERNGANGAAAAAA.....!!! NGAAAAAAAAAAAAA...?????? Sengalllnyerrrr......1 Malaysia la sangat sampai bab-bab agama pun nak di lanyak ikut suka..?
TAPI kalau sebenarnya penerbit dan pengarah memang dari muslim kita sendiri.. aku pun tak tau nak kata apaa.. aku pun tak leh nak imagine apa yang di fikir kat kepalanya.....????
Nota Kaki : Masih HAIRAN macamana iklan ni boleh 'terlepas' untuk di tayangkan... ?????
1 sweet comments:
apa2 pun final approval of course daripada Datuk Farid Ridzuan kan?....aku dah low respect sket pasal dia...sebelum ni mmg aku salute dia...hmmm...harap2 x jadiklah incident cenggini lagi...
Post a Comment