Hari ini Berita TV3 memaparkan perkembangan terkini tentang siasatan bahan bukti kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati . Lebih banyak bahan bukti telah berjaya di temui di lokasi kejadian termasuk senjata pembunuhan, harta peribadi milik Datuk Sosilawati serta 3 yang lain.. 

Ini dia wajah suspek utama pembunuhan kejam, seorang peguam bergelar Datuk. 
Dah la peguamm.. tau undang-undang.. lagi mau bunuh orangg.. 
Dah la semua mangsa tu ada keluarga.. ada anak bini... di bunuh ketika umat Islam menyambut Aidilfitiri..
tak tau aku nak kata apaa... manusia kalau hati yang merah tu dah sama kaler ngan kaler rambut cam ni la jadinya...!

Sepandai-pandai tupai melompat.. akhirnya jatuh ke tanah juaa..
Keseluruhan kes melibatkan wang berjumlah RM7.1 juta RM... 

Antara bahan bukti yang di temui.. zink yang di gunakan untuk membakar mayat..
Dah la di pukul dan di cederakan dengan objek tajam sehingga mati.. mayatnya pula di bakarrr menjadi abu..! Memang kejammm.. kejammm...!! 


Antara suspek yang di bawa untuk mencari bahan bukti...
Diaorang ni semua sepatutnya kalau sebelum kena hukuman gantung tu kasi lima enam puluh sebatan di khalayak ramai dulu cukup cukupp..! baru tau rasa camna mangsa2 yang diaorang seksa sebelum mati...

Tulang-tulang yang di temui di percayai menjadi salah satu bukti penting kes pembunuhan.

Dengan ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengihstiharkan kes selesai dan semua suspek akan di dakwa minggu depan termasuk beberapa kes 'laporan kehilangan' yang di pandang 'sepi' sebelum ini.

NOTA LUTUT :

1. Wahai semua rakyat Malaysia, jangan lupa untuk sama-sama saksikan pengakhiran kes ini. Jangan sekarang je hangat-hangat tahi ayam.. janji berdegar-degar. Esok lusa tengok-tengok tak kemana pun kes ni dok buat rayuan sana sini. Maklumla.. suspek pun 'peguam'. Kita tengok sehebat mana institusi kehakiman negara mengadili kes bila tertuduh sendiri seorang 'peguam'. Wait and see........

2. Bila apa-apa kes melibatkan bangsa Melayu.. cepat2 keluar statement jangan timbulkan isu perkauman. Iyelah.. jangan la kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Mujurlah orang Melayu kita ni cepat mengalah.. banyak bersabar. Tak terus buat lagu canang kat You Tube. Harap-harap bangsa lain pun macam tu jugak.. Fikir rasional. Jangan bila ada secubit kes terkena bangsa diaorang terus 'riuh' satu duniaa dan cepat pula nak naikkan sentimen..!

Berita penuh :


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
sumber : Berita Harian


Suspek pembunuhan kejam jutawan kosmetik, tiga lagi mangsa didakwa minggu depan


KUALA LUMPUR: Polis menganggap kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain, selesai dan semua suspek dijangka didakwa minggu depan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis kini pada peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk yang ditahan setakat ini.
Sambil memuji Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diketuai Pengarahnya, Datuk Mohd Bakri Zinin dan Timbalan JSJ, Datuk Hadi Ho Abdullah atas kejayaan pasukan itu menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh yang cepat, Ismail bagaimanapun berkata, ini bukan bermakna siasatan sudah dihentikan.

“Pasukan itu masih meneruskan siasatan di lokasi kejadian di Banting dan mencari bukti berhubung kes berkenaan. Pasukan itu juga sedang mengumpul maklumat mengenai beberapa kes kehilangan lain yang dikaitkan dengan suspek sama,” katanya dalam sesi diskusi dengan pengarang kanan media di Bukit Aman, semalam.

Ini adalah pertemuan pertama Ismail dengan pengarang kanan media selepas mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara pada 12 September lalu. Turut hadir, Timbalannya, Datuk Hussin Ismail dan Mohd Bakri.

Kes pembunuhan Sosilawati, 47; serta pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, terbongkar berikutan penahanan lapan suspek dua hari selepas menerima laporan isteri seorang ahli perniagaan warga India yang sebelum ini turut dilaporkan hilang selepas berurusan dengan peguam bergelar Datuk itu. 
Sosilawati dan tiga individu itu yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, dipercayai dibunuh di Ladang Gadong, Banting sebelum dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau. Mereka dipercayai dibunuh kira-kira 10 malam, 30 Ogos, iaitu pada hari sama mereka dilaporkan menemui Datuk itu.

Setakat ini, polis menahan lapan orang bagi membantu siasatan kes itu, termasuk Datuk terbabit dan adiknya, juga seorang peguam. Semua suspek yang ditahan pada 10, 11 dan 12 September lalu direman sehingga Sabtu ini.

Polis dikatakan akan meminta lanjutan tempoh reman untuk membolehkan pendakwaan dibuat akhir minggu depan.

Mohd Bakri berkata, polis menubuhkan dua pasukan petugas khas, iaitu satu untuk menyiasat kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu yang bersamanya, manakala satu lagi bagi menyiasat laporan orang hilang yang dikaitkan dengan suspek sama.

Ditanya mengapa banyak laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini tidak disiasat, Ismail yang mengaku turut menerima banyak pertanyaan mengenainya, berkata beliau akan memastikan semua aduan orang hilang disiasat secara serius.

“Jika pegawai atau anggota saya didapati tidak memandang serius kes orang hilang, saya akan pastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka,” katanya. 

2 sweet comments:

Nida said...

Salam Izan...

Salam lebaran dari Nida...

Boleh bagi alamat tak? ada souvenir dari NZ sikit nak bagi... :)

radinsah@gmail.com

*∽ IZAN ∽* said...

Re Nida: salam raya gakk..!! wahh betul kerrr..? bercucurann air matakuuu hu hu hu!!! tenkiu tenkiuu!!