Salam..

Hari Raya tinggal berapa hari lagi je... Isnin lepas akhirnya sempat juga jejak kaki ke Pusat Kecemerlangan Proton yang terletak bersebelahan dengan KESAS highway untuk service 1000km. Alhamdulillahh.. syukur yang tidak terhingga kehadrat yang maha Esa kerana Ramadhan ini di murahkan rezeki untuk kami memiliki MPV Nasional pertama keluaran Malaysia. Alhamdulillah..!!

Pujian ikhlas dari Danish :
Mama.. Danishhh sukaaaaa sangatttt la kereta niii....!!!!

Hari ke-3 Ramadhan hari tu 'Baby Exo' kami selamat di terima. Kami berikan nama manja nye WU* 777* 'Wu triple 7* (bukan nama sebenar.. sekadar short name dari 'Nama asal'..) hehe.


So pagi Isnin tu seawal pukul 9:20 pagi aku dah tercegat kat COE (Center Of Excellence) Proton. Check in time pukul 9:20 pagi terus ada staff check Baby Exo kami. Pukul 9 lebih tu rupanya dah ramai customer menunggu..!! Semuanya penangan  Raya..!!

Sistem di sini sangat bersistematik. Semua kenderaan di kehendaki parking kat service registration bay dan buat registration utk di service.

Service Reception

Service Reception Bay ~ Parking di sini

 Reception centre ~ Register utk di service kat kaunter.


Tapi aku tak register kat kaunter pun. Since first time sampai sini terus la ringan mulut tanya kat service staff kat situ procedure nak buat service. So staff tu terus guide keta mana nak park, terus dia buat pre-checking keta & registerkan baby Exo on the spot. So aku terus pergi ke tempat menunggu je.

Ruang menunggu. Di sediakan  majalah.. TV..etc

 Ada 2 biji PC berinternet. Ada Wifi juga.. ramai gak yang bawa laptopn masing2 sambil menunggu.

 Service Bay. Semua kenderaan di service di sini.. ada berapa berpuluh-puluh deck.

 Payment kaunter. Semua kenderaan yg dah siap di selenggara akan di registerkan kat log book kat kaunter ni. Kemudian receptionist akan SMS utk inform kenderaan dah siap dan dah boleh buat bayaran.


Dapat Kunci boleh collect kenderaan kat 'Service Parking' area... dah selesai service.. boleh balik dengan gembiranya. Yang pasti pemanduan pasti lebih lancar lepas nih..!!!

Show Room

Since first time service kat sini, sambil-sambil menunggu tu sempat gak le aku meronda kat COE tuh. Naik ke 1st floor ada show room.. jom layann..




LOTUS EVORA...



Sedang di bangunkan...
EMAS ~ Proton Concept Car

Exora Hybrid


Alhamdulillah.. aku sekeluarga cukup berpuas hati dengan pakej yang di tawarkan oleh Exora lebih-lebih lagi dari segi keselesaan travelling bersama keluarga tersayang.. setara dengan harganya yang berpatutan. Bak kata Air Asia versi proton "Kini semua orang pun boleh ber'MPV'" he he.

Last but not least, semoga dengan 'sokongan' aku dan ramai lagi di luar sana terhadap kereta Nasional ini akhirnya akan menjadikan Malaysia seperti Negara Jepun & Korea.. di mana di sana aku dapati hampir 90% kereta dalam negara di kuasai oleh kereta keluaran tempatan negara mereka.

Walaupun teknologi kita masih banyak yang boleh di perbaiki, dengan kepimpinan Dato' Syed Zainal, doa aku semoga Proton yang di cetuskan oleh Tun Mahathir satu ketika dahulu akan terus melebarkan sayap kemajuan  dan revolusi ke persada dunia. Malaysia boleh!!!..Insya-Allahh..!!

10 sweet comments:

tiefazatie said...

pergh!tahniah kak!wah2..raya ngan keta baru ye..best tue!

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

Alhamdulillah, rezeki ramadhan & syawal.. dapat "bb" baru ek. hehehhehe

berhati2 di jalan raya izan.. Selamat Hari Raya

eelobor said...

hehehe, baru benor la tuh sebab 1st service 1000km. apapun semoga selamat dalam perjalanan pegi & balik

*∽ IZAN ∽* said...

re Tiefa :

Alhamdulillahh... selesa sket la Danish & dania nak bergolek dlm keta

*∽ IZAN ∽* said...

Re mimi :

hu hu.. BB baruu hehe. Kemain Danish pelukkk..hehe

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

wahhh...congrat...dapat keta raya....drive safely yer masa balik kg...takut teruja sgt jer..hehe

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor :
Ma kasehhh.. moga selamat pergi dan balik...kena memandu secara berkhemahh.. tak le merempittt dah lepas nihh hehe

☆ lieya latif ☆ said...

wah..tahniah2...exora pun best ape.....tahniah2...mmg beraye sakan korang tahun nie.....hik hik hik....

selamat hari raye izan dan keluarga...mohon maaf zahir dan batin.....moga bergembira di hari lebaran....

*∽ IZAN ∽* said...

Re lieya :
Alhamdulillahh Lieya. Tu pun dah bersyukur sangatt..

samalah kitaa.. hati-hati di jalan raya ekkk.. jgn merempit ngan G.Livina muu..!! selamat hari raya maaf zahir batinn...

Me_Bee N Kids said...

wah2 dapat keta baru ..raya sakan ni :p
Anyway drive safely ne :)