Salam Raya..

Ni belum-belum kertas siasatan dah kena rejectt..  camne nihh.... Jangan hangat-hangat tahi ayam je sudah la...
Tapi bagus gak ni.. sekali siasat terus kes-kes lain.. asal jangan banyak 'sangkut' sudahh..


******************************************************
sumber : Malaysia Kini


Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain kerana berpendapat siasatan dalam pelbagai aspek perlu dijalankan, menurut Ketua Bahagian Pendakwaannya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah. 

altantuya trial 160707 tun majidDalam satu kenyataan, beliau berkata polis telah diarahkan untuk melengkapkan siasatan tersebut sebelum menghantar semula ke pihaknya. 

Tun Abd Majid (kanan) berkata pihaknya telah mengembalikan kertas siasatan itu semalam setelah menerimanya pada hari yang sama kerana banyak lagi perkara yang memerlukan siasatan lebih lanjut.

Katanya Peguam Negara telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-supek berkenaan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara dan memberi jaminan laporan lengkap kes pembunuhan berprofil tinggi itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

NONELaporan itu termasuklah laporan lengkap DNA yang kini giat dilakukan oleh sekumpulan pakar forensik Jabatan Kimia bagi membolehkan pendakwaan dilakukan secepat mungkin.

Selain Sosilawati (kanan), 47, yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38. 

Polis kini turut menyiasat empat kes yang melibatkan tiga kes orang hilang dan seorang wanita yang mati dibunuh di hadapan rumahnya di Banting yang di percayai ada kaitan dengan dua peguam yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati. 

Antara kes tersebut melibatkan seorang kontraktor, Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya yang dilaporkan hilang oleh keluarganya lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam tersebut di ibu negara bagi urusan perniagaan.

Sosilawati Lawiya police search afp 3Kehilangan Shafik dan rakannya telah dirujuk di Ibu pejabat Daerah Brickfileds.

Selain itu, ia turut melibatkan kes kehilangan saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India yang tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu.

Allal yang mempunyai perniagaan restoran, hartanah dan barang kemas dilaporkan hilang selepas dijemput kedua-dua suspek terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

BERNAMA

4 sweet comments:

~~Ciklinn~~ said...

huwaaaaaaaaa ciklinn geram giler bila tau pasal nie.... harap2 polis akan terus dapat bukti yg lebih kukuh lagi.. supaya peguam n the kuncu digantung sampai mati huhuhuh

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

lol, ramainyer yg dh dihilangkan!
tak sabar nk taw cite selanjutnya..

☆ lieya latif ☆ said...

harap si datuk yg perasan dpt datuk tu di bicara seadil2nye....jgn penjara seumur hidup lak...tu mmg tak layak...patut gantung sampai mati!

Aleyn said...

Tunggu dan lihat sajer lah..

May the truth revealed