Salam Raya..
Aha.. hari ni pun aku ada 3 rumah nak di terjah... *peaceee...!*
Hari ni nak buat entry pasal Panduan membeli nombor kenderaan...
Untuk rekod setakat ni dah 2 kali aku beli nombor kenderaan dan kali ni aku nak share panduan bagaimana nak membeli nombor kenderaan okeh..!

Sebenarnya membeli nombor pendaftaran kenderaan sangatlah tidak sukar. Lebih mudah dari anda berurusan dengan runner kerana jika nombor yang di pilih tidak ada anda segera boleh membuat pilihan lain dan sudah tentu tidak ada bayaran tambahan. Ketika saya hendak membeli nombor ini runner menawarkan nombor yang saya pinta dengan harga RM 410 sedangkan saya boleh beli sendiri dengan harga RM 210 :D. (NOTE : RM10 adalah bayaran perkhidmatan)
Okehh.. berikut ialah Panduan membeli nombor pendaftaran kenderaan.

1. Mula-mula check dulu apakah nombor kenderaan terkini dari Laman Web Rasmi JPJ KLIK SINI

2. Dari senarai tu pilih lah nombor yang di ingini. Biasanya nombor kenderaan yang di boleh di beli ni ialah saki baki nombor-nombor yang telah di tender/tempah. Nombor-nombor dalam kategori tender seperti nombor-nombor bernilai utama ( 1 -10 ), nombor-nombor menarik ( 17,77, 777, 7777  etc) dan nombor-nombor popular (Nombor kapit e.g 2772. nombor kahwin e.g 7272). KLIK SINI. Selain dari nombor-nombor ni kita boleh beli terus dari kaunter JPJ dengan bayaran RM 210 sahaja.


3. Download borang Permohonan nombor pendaftaran kenderaan  dari laman web rasmi JPJ ni. Print dan isi siap-siap kat rumah.


4. Sediakan salinan IC anda dan lebih baik jika bawa salinan resit pembelian/tempahan kenderaan anda. Sediakan wang RM 210.

5. Pergi ke cawangan JPJ utama di setiap negeri. Contoh kalau untuk Wilayah Perseketuan ialah di Wangsa Maju. Pergi seawal pagi. JPJ di buka 7:45 pagi. Kami gerak dari rumah seawal pukul 6:45 pagi dan sampai kira-kira pukul 7:50 pagi.

6. Naik ke tingkat 1, JPJ Wangsa Maju dan ambil nombor giliran di kaunter pertanyaan terletak di sebelah kiri pintu masuk. Borang membeli nombor juga boleh di dapati di sini. Perhatikan senarai nombor terkini dari Skrin monitor kerana nombor terkini mungkin lebih advance 1000-2000 nombor berbanding update di laman web JPJ petang sebelumnya. INGAT ! :Sediakan sekurang-kurangnya 10 nombor pilihan anda..! Just in case jika nombor yang anda idamkan dah di sambar orang lain..!


7. Masih awal pagi dan jumlah pelanggan tak sampai pun 10 orang. Tak sampai 10 minit giliran kami tiba. Sampai di kaunter kami ajukan ke semua nombor pilihan mengikut priority. Staff di kaunter akan masukkan setiap nombor ke dalam komputer untuk carian status. Kami memang suka nombor 7. No 7 ni memang banyak makna dalam hidup kitaorangg.. walaubagaimanapun 8 nombor pilihan pertama termasuk 6779 yang di gunakan sebelumnya dan tahun kami di lahirkan pun sudah di beli orang lain..! dan akhirnya kami dapat juga no plat WU* 777*.



8. Walaupun running number pada waktu itu ialah 2000 - 4000 dan nombor yang kami beli adalah dalam range 7000 ++, hanya RM 210 di kenakan. Buat pembayaran RM 210 di kaunter dan satu resit akan di keluarkan mengandungi maklumat seperti yang tertera di bawah. Urusan pembelian nombor kenderaan selesaii..!! Mudah sahaja bukan!



9. Sekarang serahkan resit pembelian nombor pendaftaran itu kepada agen anda untuk proses selanjutnya iaitu pendaftaran kereta dan cukai jalan. Anda sudah pun boleh memiliki nombor pilihan anda..!

Moralnya cuma 5 langkah


1. Pilih nombor pilihan
2. Download dan isi borang
3. Sediakan wang RM 210 dan pergi ke kaunter JPJ (awal pagi!)
4. Ambil nombor giliran, pilih nombor bila giliran di panggil dan buat pembayaran
5. Serahkan resit pembelian kepada agen untuk urusan pendaftaran

Selesaiii...!!

Nak tau orang kaya sanggup berabis banyak mana beli no plat ...?

KCT 1

TAN 1

14 sweet comments:

ambrynaa said...

Senang je ek... Rajin x rajin je nak pegi JPJ kan.

e.l.i.z.@ said...

alamak..pucuk dicita ulam mendatang la izannn hehhe..eli nk tiru ayat izan ni tau ekkeke tp kena translate to english la ekekke nk tulis dlm thesis

Jet said...

Thanks a bunch for this post. Baru tadik pegi beli no pilihan lepas dah baca tips kat blog nih. Mmg senang dan tak ramai orang. Sampai kul 7.50pg, kul 8.05 dah selesai. Masuk keje on time.

Thanks!!!!

safinah said...

hi.. nak tanye.. boleh ke bli nombor ni kat jpj cawangan?

Unknown said...

nk tanye sikit... Kalau nk beli no Pendaftaran baru tapi kenderaan baru nye xde lagi(bajet xcukop lg) hihi!! atau nk pakai no pendaftaran baru 2 kat kenderaan lama yang memang dah ada no pendaftaran cm mane ye??? Dan berapa Kos proses nya??

*∽ IZAN ∽* said...

Re Safinah:
Kat KL cawangan wangsa maju :D

*∽ IZAN ∽* said...

Re Akmal :
Nombor yang di beli mesti di bayar dalam tempoh 30 hari dan mesti di daftarkan dalam masa 3 bulan dari tarikh bayaran.
http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=96%3Apanduan-memohon-nombor-pendaftaran-kenderaa&catid=6%3Akenderaan&Itemid=42&lang=ms

berkenaan fee tukar nombor kenderaan sedia ada tak pasti tapi boleh cek artikel berkenaan di
http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=93%3Aprosedur-pemindahan-nombor-pendaftaran-kenderaan&catid=6%3Akenderaan&Itemid=42&lang=ms

Unknown said...

owhH.. Tq

fif said...

Salam kak, saya nak bertanya, bagaimana kalau resit pendaftaran nombor kenderaan yang saya beli tu hilang?ada sebarang denda sekiranya saya dapatkan kembali di JPJ?

asyraf rosli said...

hi,

nak tanya sikit. macam pulak kalau kita nak buat carian number lama.
contohnya macam AR89. terima kasihh

arimourinho said...

kalau sy nk no mcm ni boleh ka...no ARI 1111...agak agak brp kena bayar

noorzie said...

Salam akk, mna 1 borang yg akk gunakan tu..sy check kt portal jpj tu ada 3 jenis borang..sy nk amik yg mana?

1) Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan Secara Tawaran (PINDAAN 1/2009) (M.V.10)
2) Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan Secara Pilihan (M.V.10A)
3) Borang Tempahan Nombor Pendaftaran (Pindaan 2/2009) Kelulusan Khas (M.V.10B)

Tenkiuuu...:)

Krol said...

Kalau tender dah abis tempoh..boleh aply lg x nombor tuu..

Eichaa Yasni said...

Siapa tahu, kalau dah beli nombor plat, nak daftar kat jpj kena bayar berapa lagi kos?

Kalu nak daftar no plt kat jpj perlu bawa dokumen apa? Atau perlukan ada kenderaan semasa daftar?

Thank you .