Assalamualaikum...

Akhirnya yang ditunggu2 diumumkan juga...
Hari ni Sidang Media Prestasi Kewangan Bank Rakyat untuk tahun 2012 
telah di umumkan.

Dan jumlah Dividen untuk Saham Bank Rakyat 2012 ialah sebanyak
18 % 
(merosot 2 % dari 2011) dengan agihan
16% tunai + 2% syer


Bank Rakyat hari ini mengumumkan Prestasi Kewangan & Dividen bagi Tahun berakhir 31 Disember 2012. Bank Rakyat terus cemerlang dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.11 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 4.7% atau RM94.9 juta berbanding RM2.02 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam masa yang sama, Bank Rakyat juga mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18% yang melibatkan pembayaran dividen tunai sebanyak 16% berjumlah RM440 juta dan dividen bonus saham dalam bentuk syer sebanyak 2% berjumlah RM55 juta bagi tahun kewangan 2012 kepada para anggotanya. Pembayaran tersebut akan dimulakan hari ini. 



Terima kasih di atas sokongan yang diberikan para anggota dan pelanggan. Terus jadikan Bank Rakyat, Bank Pilihan Anda!




Yang bestnya, agihan tunai 16% dan agihan syer 2% terus diupdate dalam
penyata akaun kita. Memang sungguh efficient!!

Apapun syukur... akhirnya dapat jugak 'menuai' hasil buat kali pertama huhuhuh.

8 sweet comments:

Irfa said...

tq fr info
sy igt2 lupa yg ada saham kat bank rakyat..rm500 je pun.setiap coll dividen yg tak sampai pun rm100.hehe
nak kuarkan byk sgt proses..maka biarlah kat situ

*∽ IZAN ∽* said...

Re IRfa : Tak pe.. sikit2 lama2 jadi duit. RM100 pun duit jugak tu sape nak kasi free kan.

Tu laa.. saham bank rakyat ni kurang2 3 bulan baru bleh settle urusan nak keluarkan uhuhuh. Elok buat je la tukun dalam tu uhuhu

Puan Mimi said...

mimi pun ada saham RM500 masa sibuk2 orang buat dulu.. tp rasa dah setahun dua dah.. mmg buku bank tu pun simpan dan jenguk2.. sampai dah naik lupa.. la ni baru teringat balik.. agak2 berapa ajer la yang dapat agaknya. hehehe

Puan Mimi said...

** dan TAK jenguk2..

*∽ IZAN ∽* said...

Re Mimi :

Mimi... kalau dah bertahun dah beranak pinak jugak dividen dalam tu gak nyer. tahun lepas dapat tambahan dividen bonus syer 5% kan.. tahun ni dapat dapat lagi syer 2%

Dapat la jugak tu buat geli geli hihihihi

Cho Zila said...

tahniah.. tahniah... baguih... pelaburan mesti di kembangkan... biarkan duit bekerja untuk kita bukan kita bekerja untuk duit...

*∽ IZAN ∽* said...

Re Cho Zila : alhamdulillah... orang kata sikit2 lama2 jadi bukit. Kalo tak letih asyik nak bayar hutang je kan kakkk

ieda immi said...

Tq info dikk
akak x pernah masuk .. entahlah kenapa ..